Umi Fatehah

HARI ini, sebut sahaja garam, pasti anda terbayang lebih daripada sekadar bahan asas di dapur.  Ada garam Himalaya warna merah jambu, garam laut dari Jepun, garam kosher, garam buluh dari Korea. Kesemua jenis garam itu ‘ditambah perasa’ dengan dakwaan kononnya lebih sihat, semula jadi, anti-penyakit dan ada juga yang berani mendakwa ia boleh menurunkan berat badan. Namun, apakah benar garam-garam tersebut mampu beri kesan luar biasa seperti yang didakwa? Bila garam tak lagi sekadar penambah rasa Sebelum ini, Kesihatan Awam Malaysia pernah berkongsi kisah seorang pelajar universiti yang mengalami cirit-birit berpanjangan dan keletihan melampau.  Pemeriksaan lanjut menunjukkan paras sodium dalam…

Read More

MEMILIKI rumah sendiri suatu ketika dahulu dianggap simbol kejayaan dalam kehidupan. Ia melambangkan kestabilan, kematangan dan pencapaian peribadi.  Secara tidak langsung, memiliki rumah sudah menjadi satu impian yang sering menjadi penanda aras kepada kejayaan hidup orang muda.  Namun, bagi generasi hari ini, impian itu tidak lagi semudah dahulu. Realitinya, semakin ramai anak muda tidak mampu memiliki rumah. Bukan kerana tidak mahu tetapi kerana tidak mampu. Gaji dan harga rumah Salah satu punca utama rumah semakin sukar dimiliki adalah kerana jurang yang semakin melebar antara pendapatan dan harga hartanah.  Menurut laporan Bank Negara Malaysia, harga rumah di negara ini diklasifikasikan sebagai…

Read More

TIDAK semua orang pandai Matematik atau suka menghafal nota-nota Sejarah. Ia perkara yang sangat normal dan bukan bermakna kita malas atau kurang bijak. Mungkin anda belum jumpa cara belajar yang betul atau tidak tahu kekuatan diri sendiri. Setiap pelajar ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan terlalu bersedih dengan kekurangan sehingga melupakan kelebihan sendiri. Meskipun sistem persekolahan menghendaki untuk mempelajari pelbagai subjek, ia tidak bermakna anda perlu skor A untuk kesemuanya. Apa yang penting, anda mengenali potensi diri sendiri supaya boleh belajar dengan lebih yakin dan seronok. Bagi subjek yang kurang cemerlang, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kefahaman…

Read More

GAJI yang tinggi bukan alasan untuk hidup mewah dengan kereta mahal dan barangan berjenama. Sedangkan di belakang tabir, diri masih dibelenggu hutang yang menyesakkan. Tanpa sedar, ramai sebenarnya terjebak dalam gaya hidup melebihi kemampuan. Duit yang masuk sekejap saja ‘hilang’ entah ke mana, sehingga timbul persoalan: Kenapa sentiasa tak cukup walaupun pendapatan besar? Hakikatnya, sesiapa pun boleh terperangkap dalam masalah kewangan jika tiada kesedaran dan disiplin dalam menguruskan wang sendiri. Berikut, Relevan senaraikan lima tanda anda mungkin sedang berdepan krisis kewangan tanpa sedar. Hanya mampu membayar kadar minimum kad kredit Jika setiap bulan anda hanya mampu membayar jumlah minimum pada…

Read More

HARI ini, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan tidak kurang juga terpaksa menelan pahit apabila tidak berjaya mendapat sebarang tawaran. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka dalam dilema. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan? Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing. Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan.  Menurut Portal Kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di…

Read More

SERAMAI 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berjaya ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, seramai 86,589 calon ditawarkan di universiti awam, manakala 42,058 calon ditawarkan di politeknik, 20,427 kolej komuniti dan 1,483 orang di Mara Bahagian Pendidikan Tinggi. “Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 17,693 dengan pecahan tawaran iaitu 16,189 bagi kategori B40, 590 Orang Kurang Upaya (OKU), 593 atlet dan 321 Orang Asli. “Selain itu, seramai 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat…

Read More

BULI di tempat kerja bukan lagi perkara luar biasa. Ia bukan berlaku dalam gelap atau sekadar di pejabat besar. Hakikatnya, ia wujud hampir di setiap organisasi dan lebih merisaukan, ia sering dianggap perkara biasa, dipandang remeh oleh pihak yang tidak ada empati. Aril (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja baharu yang muda, mempunyai perwatakan menarik dan disenangi ramai orang di syarikat dia bekerja. Dia juga rajin, sanggup bekerja di luar kawasan dan tidak berkira. Apa sahaja tugasan yang diberi, semua diselesaikan dengan baik. Malangnya, salah seorang senior Aril, Zulaiha (juga bukan nama sebenar) kurang senang dengan kebolehan Aril. Dia risau…

Read More

SETIAP kali membuang makanan yang tidak habis, kita mungkin rasa ia perkara kecil. Tetapi tahukah anda, sisa makanan adalah antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar? Ia bukan sahaja satu amalan pembaziran malah meninggalkan jejak karbon yang membimbangkan. Menurut laporan SWCorp Malaysia, rakyat negara ini membuang lebih 17,000 tan makanan sehari dan sebahagian besarnya masih boleh dimakan. Mengapa makanan yang cukup untuk memberi makan jutaan orang, hanya berakhir di tapak pelupusan sampah? Apa kaitan sisa makanan dengan pencemaran? Apabila makanan dibuang ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan, ia akan mereput tanpa oksigen (anaerobic decomposition). Proses ini menghasilkan…

Read More

PERNAHKAH anda menggunakan ChatGPT untuk membantu memahami sesuatu topik pelajaran, mencari maklumat tambahan atau mendapatkan penerangan dengan lebih jelas?  Nama Sam Altman mungkin tidak sepopular nama selebriti tetapi sumbangannya dalam membentuk teknologi masa kini menjadikannya antara tokoh paling berpengaruh di dunia moden. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, syarikat teknologi pencetus ChatGPT iaitu satu bentuk kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) yang kini dimanfaatkan jutaan manusia di seluruh dunia.  Di bawah kepimpinan Altman, AI bukan sekadar alat tetapi sudah menjadi pemacu perubahan dalam dunia pendidikan, pekerjaan dan komunikasi harian. Minat terhadap teknologi Dilahirkan pada tahun 1985 di St. Louis, Missouri,…

Read More

“EH, kau pakai produk penjagaan kulit? Tidak cukup jantanlah!” Masih ramai yang percaya bahawa penjagaan kulit hanya untuk perempuan. Kononnya, lelaki tidak memerlukan produk penjagaan kulit, cukup cuci muka dengan air paip dan biarkan sahaja jerawat datang dan pergi. Realitinya, penjagaan kulit bukan soal jantina tetapi kesihatan dan kebersihan diri. Sudah tiba masanya kita ubah stigma ini. Lelaki pun berhak dan perlu jaga kulit. Bukan sebab nak jadi kacak semata-mata tetapi kerana kulit adalah pertahanan pertama badan kita. Ia terdedah kepada peluh, habuk, minyak, sinar matahari dan pencemaran setiap hari. Lelaki jaga kulit tidak jantan? Sejak dahulu lagi ideologi lelaki…

Read More