DALAM keadaan kos sara hidup semakin meningkat, orang ramai semakin berhati-hati ketika berbelanja. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada sikap itu sebenarnya berjimat cermat atau terlalu kedekut? Walaupun nampak hampir sama, kedua-duanya sebenarnya berbeza. Berjimat cermat ialah sikap mengurus wang dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan kewangan lebih stabil. Kedekut pula lebih kepada terlalu sayang mengeluarkan duit walaupun untuk perkara yang penting atau perlu. Anda berjimat cermat jika… Berbelanja ikut keperluan Anda masih membeli barang penting tetapi lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan. Contohnya, anda akan membandingkan harga terlebih dahulu, mencari promosi atau menunggu waktu yang sesuai untuk membeli sesuatu…
Umi Fatehah
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang menerusi satu hantaran di Threads memaklumkan bahawa penggunaan singkatan ‘Mohd’ tidak lagi dibenarkan bagi pendaftaran nama anak baharu. Sebaliknya, nama tersebut perlu ditulis secara penuh seperti Muhammad, Mohamad atau Muhamad bagi memastikan ketepatan ejaan pada dokumen rasmi. Perkongsian itu menarik perhatian ramai, terutama individu yang menggunakan singkatan tersebut pada kad pengenalan mereka sejak sekian lama. Situasi ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai garis panduan penamaan anak di Malaysia. Ramai sebenarnya tidak sedar bahawa bukan semua nama boleh didaftarkan secara automatik kerana terdapat beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan ketika proses pendaftaran kelahiran dilakukan. Bukan…
DI Malaysia, status bankrap bukan sekadar label kewangan. Ia memberi kesan besar terhadap kehidupan harian, termasuk sekatan perjalanan ke luar negara, kesukaran mendapatkan pinjaman baharu dan kawalan terhadap aset peribadi. Secara asasnya, bankrap berlaku apabila seseorang individu gagal melunaskan hutang dan diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah, sama ada atas permohonan pemiutang atau penghutang sendiri, selaras dengan Akta Insolvensi 1967. Apabila seseorang diisytiharkan bankrap, hampir semua harta tidak bercagar akan diletakkan di bawah kawalan Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI bertanggungjawab mengurus, menjual aset dan mengagihkan hasil kepada pemiutang yang sah. Punca utama rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap Pinjaman…
PADA 27 Mei 2026, umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha. Ibadah ini bukan sekadar amalan tahunan tetapi simbol ketaatan dan pengorbanan yang besar, berakar daripada kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. Sehingga hari ini, umat Islam meneruskan ibadah tersebut dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau unta pada hari raya dan hari-hari tasyrik. Namun begitu, satu persoalan sering timbul setiap kali musim korban. Bolehkah daging korban dimasak dan dijadikan hidangan untuk majlis atau kenduri? Bagi merungkai isu ini, Relevan merujuk kepada penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Hukum…
FENOMENA penggunaan ‘pen kurus’ seperti Mounjaro, Ozempic dan Saxenda semakin popular dan ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan ketara. Realitinya, bila berat badan turun terutamanya secara cepat, ramai mula perasan satu perkara – kulit tak lagi licin seperti dulu. Muncul cellulite dan stretch mark yang membuatkan ramai rasa kurang yakin. Kenapa cellulite muncul lepas kurus? Cellulite ialah keadaan di mana kulit nampak berlekuk-lekuk (seperti kulit buah oren), biasanya di paha, punggung atau perut. Cellulite berlaku apabila lemak di bawah kulit menolak ke arah permukaan, manakala tisu penghubung (connective tissue) menarik kulit ke bawah. Gabungan dua tekanan ini menyebabkan permukaan…
BERMULA 1 Mei, satu perubahan penting melibatkan urusan digital rakyat Malaysia mula dilaksanakan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menetapkan penggunaan MyDigital ID Malaysia sebagai satu-satunya kaedah log masuk ke sistemnya. Perubahan ini mungkin nampak kecil tetapi hakikatnya ia adalah langkah besar ke arah pendigitalan penuh perkhidmatan kerajaan. Apa itu MyDigital ID? MyDigital ID ialah identiti digital rasmi rakyat Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian, khususnya yang melibatkan agensi kerajaan. Ia berfungsi seperti kunci utama untuk pelbagai urusan. Tidak perlu lagi mengingati banyak nama pengguna dan kata laluan berbeza untuk setiap sistem kerajaan. Dalam kata…
DALAM dunia pekerjaan, rasa selesa sering dianggap sebagai sesuatu yang positif. Gaji masuk setiap bulan, rutin kerja sudah biasa dan persekitaran tidak terlalu menekan. Namun, di sebalik keselesaan itu, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada anda sedang berkembang atau hanya kekal di takuk lama? Kadangkala, apa yang kita anggap sebagai selesa sebenarnya adalah satu bentuk kebiasaan yang membuatkan kita sukar untuk bergerak ke hadapan. Keselesaan yang perlahan-lahan membatasi Tidak salah untuk berada dalam zon selesa. Malah, ia boleh memberi kestabilan dan ketenangan dalam jangka masa tertentu. Tetapi apabila rutin kerja semakin membosankan dan tiada kemajuan, ia bermakna anda sudah tidak lagi…
BARU ditegur sedikit, terus naik suara. Baru diuji sikit, terus rasa nak marah satu dunia. Sifat mudah baran mungkin nampak normal, alasannya emosi terganggu atau dikatakan amarah biasa sahaja. Tetapi jika tidak dikawal, ia boleh merosakkan hubungan, menjejaskan kerjaya malah memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal. Menurut American Psychological Association, kemarahan adalah emosi semula jadi. Namun, cara kita menguruskan kemarahan itulah yang menentukan sama ada ia menjadi sesuatu yang sihat atau sebaliknya. Jadi, jika anda sering rasa cepat marah, ini antara cara yang boleh membantu mengawalnya. Kenal pasti punca sebenar kemarahan Ramai orang ingat mereka marah kerana perkara kecil…
RAMAI anggap sendawa selepas makan sebagai perkara biasa malah ada yang menganggapnya tanda perut sudah kenyang. Hakikatnya, sendawa memang sebahagian daripada proses semula jadi badan untuk mengeluarkan udara berlebihan dari perut. Namun, jika ia berlaku terlalu kerap, berpanjangan atau sampai mengganggu aktiviti harian, itu mungkin bukan sekadar angin biasa. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sendawa berlaku apabila udara yang ditelan keluar semula melalui mulut. Jika udara ini tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa. Antara punca biasa termasuk makan terlalu cepat, banyak bercakap ketika makan, minum minuman berkarbonat, mengunyah gula-gula getah dan merokok. Tetapi dalam…
PERNAH tak anda rasa ketinggalan bila tengok orang lain pakai barang berjenama, beli telefon terbaru atau tunjuk gaya hidup mewah di media sosial? Keadaan ini dikenali sebagai fear of missing out (FOMO). Dalam konteks kewangan, ia boleh menjadi berbahaya — bukan kerana kita tidak mampu tetapi kita terdorong untuk berbelanja untuk mengejar sesuatu yang sebenarnya tidak pasti nilainya. Lebih membimbangkan, FOMO bukan sekadar tentang barang. Ia tentang emosi, identiti dan bagaimana kita melihat diri sendiri. Beli untuk apa? Ramai orang fikir mereka mahu beg mahal, kasut berjenama atau jam eksklusif. Namun hakikatnya yang dikejar ialah ialah perasaan di sebalik barang…

