Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    By Umi FatehahMay 6, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Disahkan muflis? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis. - GAMBAR HIASAN MELINDA GIMPEL/UNSPLASH

    DI Malaysia, status bankrap bukan sekadar label kewangan. Ia memberi kesan besar terhadap kehidupan harian, termasuk sekatan perjalanan ke luar negara, kesukaran mendapatkan pinjaman baharu dan kawalan terhadap aset peribadi.

    Secara asasnya, bankrap berlaku apabila seseorang individu gagal melunaskan hutang dan diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah, sama ada atas permohonan pemiutang atau penghutang sendiri, selaras dengan Akta Insolvensi 1967.

    Apabila seseorang diisytiharkan bankrap, hampir semua harta tidak bercagar akan diletakkan di bawah kawalan Jabatan Insolvensi Malaysia melalui Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI bertanggungjawab mengurus, menjual aset dan mengagihkan hasil kepada pemiutang yang sah.

    Punca utama rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap 

    • Pinjaman peribadi (paling tinggi)
    • Sewa beli kenderaan
    • Pinjaman perniagaan
    • Pinjaman perumahan
    • Hutang kad kredit

    Cara keluar daripada status bankrap

    Walaupun kedengaran muktamad, status bankrap sebenarnya boleh ditamatkan melalui beberapa saluran sah:

    1. Pembatalan perintah bankrap (Seksyen 105)

    Kaedah ini adalah antara cara paling berkesan untuk menamatkan status bankrap sepenuhnya. Individu perlu melangsaikan kesemua hutang termasuk kos pentadbiran dan fi berkaitan, sebelum memfailkan permohonan ke mahkamah.

    Jika mahkamah berpuas hati, status bankrap akan dibatalkan sepenuhnya.

    1. Pelepasan melalui Mahkamah (Seksyen 33)

    Permohonan ini boleh dibuat pada bila-bila masa selepas diisytiharkan bankrap.

    Mahkamah akan menilai laporan KPI, termasuk:

    • Tahap kerjasama individu
    • Sikap dalam menyelesaikan hutang
    • Usaha pembayaran balik

    Keputusan mahkamah berpotensi menjadi pelepasan penuh (mutlak), pelepasan bersyarat atau penolakan terhadap permohonan tersebut.

    1. Pelepasan melalui Sijil KPI (Seksyen 33A)

    Selepas lima tahun, individu boleh memohon pelepasan melalui KPI tanpa perlu ke mahkamah.

    Antara faktor yang dipertimbangkan ialah peratus bayaran balik kepada pemiutang, tahap kerjasama dan sebab muflis.

    Menariknya, terdapat kategori tertentu yang boleh dilepaskan tanpa bantahan pemiutang, seperti:

    • Penjamin sosial
    • Individu OKU
    • Penghidap penyakit serius
    • Kes melibatkan individu yang telah meninggal dunia
    1. Pelepasan Automatik (Seksyen 33C)

    Individu boleh dilepaskan secara automatik selepas tiga tahun, bermula dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE), dengan syarat:

    • Memberi kerjasama penuh kepada KPI
    • Membuat sumbangan bayaran yang ditetapkan
    • Mematuhi semua keperluan pentadbiran

    Namun, pelepasan ini boleh ditangguhkan jika syarat tidak dipenuhi.

    Ramai beranggapan buat tidak tahu atau tidak hadir ke mahkamah boleh mengelakkan masalah bankrap, itu tidak tepat.

    Sebaliknya, tindakan mengabaikan notis mahkamah boleh memburukkan keadaan, termasuk risiko waran tangkap atau sekatan tambahan.

    Hakikatnya, sistem kebankrapan di Malaysia bukan sekadar menghukum. Ia juga menyediakan laluan pemulihan bagi individu yang benar-benar mahu memperbaiki keadaan kewangan mereka.

    Dengan memahami hak, proses undang-undang, dan pilihan yang ada, individu masih mempunyai peluang untuk membina semula kehidupan asalkan ada usaha dan kerjasama yang konsisten. – RELEVAN

    Previous ArticleKemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    Next Article Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.