Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

    Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

    By Umi FatehahMay 4, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan. - GAMBAR HIASAN

    FENOMENA penggunaan ‘pen kurus’ seperti Mounjaro, Ozempic dan Saxenda semakin popular dan ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan ketara.

    Realitinya, bila berat badan turun terutamanya secara cepat, ramai mula perasan satu perkara – kulit tak lagi licin seperti dulu. Muncul cellulite dan stretch mark yang membuatkan ramai rasa kurang yakin.

    Kenapa cellulite muncul lepas kurus?

    Cellulite ialah keadaan di mana kulit nampak berlekuk-lekuk (seperti kulit buah oren), biasanya di paha, punggung atau perut.

    Cellulite berlaku apabila lemak di bawah kulit menolak ke arah permukaan, manakala tisu penghubung (connective tissue) menarik kulit ke bawah. Gabungan dua tekanan ini menyebabkan permukaan kulit kelihatan tidak rata dan berlekuk.

    Ramai menyangka cellulite hanya muncul selepas seseorang menjadi kurus, sedangkan tanggapan itu tidak sepenuhnya tepat. 

    Apabila berat badan menurun, lapisan lemak di bawah kulit turut berkurang, menyebabkan kulit menjadi lebih longgar dan struktur di bawahnya lebih terdedah. Keadaan ini membuatkan cellulite yang sedia ada kelihatan lebih jelas, bukannya baru terbentuk.

    Selain itu, beberapa faktor lain mempengaruhi kemunculan cellulite termasuk penurunan kolagen yang menyebabkan kulit kurang anjal, perubahan hormon seperti estrogen, serta faktor genetik. 

    Apa itu stretch mark?

    Stretch mark biasanya berlaku dalam beberapa situasi seperti kenaikan berat badan secara mendadak, penurunan berat badan yang cepat, kehamilan serta fasa pertumbuhan pesat ketika remaja. 

    Dalam keadaan ini, lapisan tengah kulit (dermis) mengalami koyakan mikro akibat regangan yang berlaku terlalu cepat.

    Pada peringkat awal, stretch mark biasanya berwarna merah atau ungu. Namun, seiring dengan masa, warnanya akan pudar dan bertukar menjadi putih atau keperakan. 

    Keadaan ini berlaku kerana stretch mark sebenarnya merupakan parut (scar), bukannya sekadar garisan biasa pada kulit.

    Cara hilangkan cellulite 

    Cellulite dan stretch mark tidak boleh dihilangkan sepenuhnya. Jika terdapat produk yang mendakwa mampu menghilangkannya 100 peratus, ia berlebihan dan tidak tepat. 

    Namun begitu, keadaan ini masih boleh diperbaiki daripada segi penampilan. Dengan penjagaan yang konsisten, ia boleh dipudarkan, dikurangkan keterlihatannya serta diperbaiki daripada segi tekstur kulit.

    Berikut merupakan beberapa cara yang boleh membantu mengurangkan penampilan cellulite.

    1. Senaman 

    Amalkan rutin senaman yang memberi fokus kepada strength training seperti angkat berat, termasuk pergerakan seperti squats dan lunges. Senaman ini membantu membina otot di bawah kulit, sekali gus menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan sekata.

    1. Jaga pemakanan

    Pengambilan makanan yang seimbang juga memainkan peranan penting. Pilih diet yang tinggi protein bagi menyokong penghasilan kolagen, minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit, serta kurangkan pengambilan gula dan makanan diproses yang boleh menjejaskan kesihatan kulit.

    1. Urutan dan teknik luaran

    Kaedah seperti dry brushing dan urutan lymphatic drainage boleh membantu melancarkan peredaran darah serta mengurangkan penampilan cellulite buat sementara waktu. Walaupun kesannya tidak kekal, ia masih mampu memperbaiki penampilan kulit secara keseluruhan.

    1. Rawatan estetik

    Bagi mereka yang inginkan hasil yang lebih ketara, rawatan estetik boleh dipertimbangkan. Antara pilihan yang ada termasuk rawatan laser, radiofrequency dan subcision, iaitu prosedur yang membantu melonggarkan tisu di bawah kulit untuk mengurangkan lekukan.

    Cara hilangkan stretch mark

    1. Penggunaan bahan aktif

    Pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan aktif seperti retinol, hyaluronic acid dan centella asiatica. 

    Retinol membantu merangsang pembaharuan sel kulit, manakala hyaluronic acid mengekalkan kelembapan dan centella asiatica menyokong proses pemulihan kulit. Namun, perlu diingat bahawa retinol tidak sesuai digunakan oleh ibu hamil.

    1. Kekalkan kelembapan kulit

    Pastikan kulit sentiasa lembap dengan penggunaan losen atau minyak seperti cocoa butter dan vitamin E. Kulit yang terhidrat dengan baik akan menjadi lebih anjal, sekali gus membantu mengurangkan keterlihatan garis stretch mark.

    1. Rawatan klinikal

    Bagi hasil yang lebih berkesan, rawatan klinikal boleh dipertimbangkan. Antara pilihan yang sering digunakan termasuk laser fractional, microneedling dan chemical peel. Kaedah ini merupakan antara yang paling efektif untuk membantu memudarkan stretch mark, terutamanya yang sudah lama terbentuk.

    Secara keseluruhannya, cellulite dan stretch mark adalah perubahan semula jadi pada tubuh, terutamanya selepas penurunan berat badan. 

    Walaupun ia tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, langkah penjagaan yang betul mampu membantu memperbaiki penampilannya. Apa yang lebih penting, beri masa kepada tubuh untuk menyesuaikan diri dan fokus kepada kesihatan, bukan sekadar kesempurnaan pada luaran. – RELEVAN

    Previous ArticleSedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya
    Next Article 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.