Umi Fatehah

CUBA perhatikan langit seketika. Warna apa yang anda nampak? Pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa langit yang terbentang luas ini sentiasa kelihatan biru dan bukan hijau, putih atau warna lain? Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), warna biru terhasil daripada cara cahaya matahari berinteraksi dengan atmosfera bumi. Cahaya matahari sebenarnya bercampur warna? Cahaya matahari yang kelihatan putih sebenarnya mengandungi pelbagai warna dalam spektrum seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Setiap warna ini mempunyai panjang gelombang yang berbeza.  Apabila cahaya ini memasuki atmosfera bumi, ia tidak bergerak dalam garis lurus tanpa gangguan. Sebaliknya, ia berlanggar dengan molekul udara…

Read More

RAMAI pencari kerja beranggapan pengalaman kerja yang panjang sudah cukup untuk menarik perhatian majikan. Hakikatnya, masih ramai yang menghantar puluhan resume tanpa menerima sebarang panggilan temuduga. Dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif, resume yang bagus bukan sekadar menyenaraikan pengalaman kerja. Ia perlu menunjukkan mengapa anda lebih layak berbanding calon lain. Berikut lima sebab mengapa resume anda mungkin ditolak walaupun mempunyai pengalaman kerja atau ciri pekerja yang syarikat tertentu mencari. Resume tidak disesuaikan dengan jawatan yang dimohon Ramai pencari kerja menghantar resume yang sama kepada puluhan syarikat tanpa membuat sebarang perubahan, sedangkan setiap jawatan mempunyai keperluan dan kemahiran yang berbeza. Jika…

Read More

RAMAI menganggap persaraan masih terlalu jauh untuk difikirkan, lebih-lebih lagi ketika usia masih muda dan komitmen kewangan semakin bertambah.  Namun, keputusan kewangan yang dibuat hari ini sebenarnya menentukan sama ada seseorang mampu menikmati persaraan yang selesa atau sebaliknya. Tanpa perancangan yang betul, ada beberapa kesilapan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan apabila tiba waktu bersara. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berikut empat kesilapan yang sering dilakukan ketika merancang persaraan. Bertangguh untuk mula menyimpan Ramai beranggapan masih mempunyai banyak masa sebelum bersara. Akibatnya, mereka menangguhkan usaha menyimpan dan hanya mula memberi perhatian apabila usia semakin meningkat. Sebenarnya, lebih awal seseorang mula…

Read More

“ISH! Susahnya nak tidur, banyak sangat nyamuk. Kalau nyamuk tidak wujud mesti dapat tidur dengan aman”. Nyamuk memang antara haiwan yang paling ramai orang tidak suka. Kecil, mengganggu dan selepas digigit, pasti akan meninggalkan bintat yang gatal. Dalam kebanyakan situasi, ia hanya dianggap sebagai perosak – terutamanya perosak tidur yang mesti dihapuskan. Namun, dalam konteks sains dan alam sekitar, hampir tiada spesies yang wujud tanpa fungsi, termasuk nyamuk. Nyamuk bukan sekadar pengganggu Walaupun sering dilihat sebagai ancaman kepada manusia, nyamuk sebenarnya merupakan sebahagian daripada rantai makanan dalam ekosistem. Ia menjadi sumber makanan kepada pelbagai haiwan lain seperti: Ikan kecil Katak…

Read More

MEMOHON pinjaman kelihatan seperti proses yang mudah. Isi borang, sediakan dokumen dan tunggu keputusan. Namun, tidak semua permohonan akan diluluskan. Ramai beranggapan permohonan ditolak hanya kerana gaji yang rendah. Sebenarnya, institusi kewangan menilai pelbagai faktor sebelum membuat keputusan termasuk rekod pembayaran, komitmen bulanan dan cara seseorang menguruskan kewangan. Lebih mengecewakan, ada pemohon yang sebenarnya layak tetapi permohonan tetap ditolak disebabkan kesilapan yang boleh dielakkan. Jika anda bercadang memohon pinjaman peribadi, pembiayaan kenderaan atau pinjaman perumahan, elakkan tujuh kesilapan berikut. Mempunyai rekod pembayaran yang kurang baik Salah satu perkara pertama yang akan dinilai oleh pihak bank atau institusi kewangan ialah rekod…

Read More

HAMPIR semua orang mempunyai tabiat kerap menggosok mata. Sama ada kerana gatal, letih atau baru bangun tidur. Ia kelihatan seperti tindakan spontan yang tidak berbahaya. Namun, jika dilakukan terlalu kerap atau dengan tekanan yang kuat, tabiat ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan mata dalam jangka panjang. Mata adalah organ yang sangat sensitif. Sedikit tekanan atau geseran berulang boleh memberi kesan pada struktur halus di dalamnya. Berikut beberapa risiko yang ramai tidak sedar. Risiko jangkitan meningkat Tangan kita menyentuh pelbagai permukaan setiap hari – telefon, pemegang pintu, wang dan banyak lagi. Apabila mata digosok, bakteria dan kuman dari tangan mudah…

Read More

KORTISOL dikenali sebagai hormon stres kerana ia dihasilkan oleh kelenjar adrenal apabila tubuh berdepan tekanan. Pada paras yang normal, hormon ini memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah, metabolisme, sistem imun dan membantu badan bertindak balas terhadap situasi mencabar. Namun, apabila tekanan berlarutan tanpa kawalan, paras kortisol boleh kekal tinggi untuk tempoh yang lama. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan emosi, malah boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Berikut ialah beberapa tanda yang mungkin menunjukkan paras hormon kortisol anda lebih tinggi daripada biasa. Sukar tidur walaupun badan penat Kortisol biasanya berada pada paras tertinggi pada waktu pagi untuk membantu kita bangun…

Read More

STRES sering dianggap sekadar gangguan emosi yang akan reda sendiri apabila keadaan kembali stabil.  Namun, dari sudut kesihatan, tekanan yang berpanjangan sebenarnya boleh memberi kesan kepada tubuh secara perlahan dan sistematik. Ia tidak berlaku secara drastik, sebaliknya muncul melalui perubahan kecil dalam rutin harian yang sering diabaikan. Berikut ialah beberapa tanda awal yang menunjukkan stres mungkin sudah mula memberi kesan kepada kesihatan anda. Tidur tidak lagi memberi rasa segar Tidur sepatutnya menjadi proses pemulihan utama untuk tubuh. Namun apabila stres berpanjangan, kualiti tidur boleh terganggu walaupun tempohnya mencukupi. Antara tanda yang sering berlaku ialah sukar tidur, kerap terjaga pada waktu…

Read More

RAMAI orang menyangkakan kesukaran tidur hanya berkait dengan stres atau penggunaan telefon sebelum tidur. Tapi sebenarnya, apa yang kita makan pada waktu malam juga boleh memainkan peranan besar terhadap kualiti tidur. Ada makanan yang nampak biasa malah sering dianggap ringan tetapi boleh membuatkan badan kekal aktif lebih lama daripada sepatutnya. Kopi dan minuman berkafein Ini yang paling jelas tetapi masih ramai yang ambil pada waktu lewat petang atau malam. Kafein boleh kekal dalam sistem badan selama beberapa jam, menyebabkan otak sukar berehat walaupun badan sudah letih. Bukan sahaja kopi tetapi juga teh, coklat dan minuman tenaga turut mengandungi kafein. Makanan…

Read More

“KALAU meja tak kemas, saya jadi tak selesa. Saya ni OCD.” Ungkapan seperti ini sering digunakan dalam perbualan harian. Malah, ada yang menganggap OCD hanyalah sifat terlalu pembersih, cerewet atau suka memastikan semua perkara tersusun dengan sempurna. Hakikatnya, OCD atau Obsessive-Compulsive Disorder merupakan gangguan kesihatan mental yang jauh lebih kompleks daripada sekadar suka kebersihan. Bagi individu yang mengalaminya, OCD boleh mengganggu kehidupan harian, hubungan sosial dan prestasi kerja. Ia juga boleh menyebabkan tekanan emosi yang berpanjangan jika tidak difahami dan diurus dengan baik. Apa itu OCD? OCD ialah gangguan yang melibatkan dua komponen utama iaitu obsesi (obsession) dan kompulsi (compulsion).…

Read More