Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    By Umi FatehahNovember 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    PERMAINAN dalam talian bukan lagi sekadar hiburan. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup pelajar masa kini. Dengan telefon pintar dan sambungan internet, sesiapa sahaja boleh bermain, berkomunikasi dan berlumba untuk menjadi juara maya.

    Namun di sebalik keseronokan itu, tersembunyi bahaya yang boleh menjejaskan pelajaran, emosi dan juga keselamatan diri. 

    Kajian oleh Nurul Izzla Haizam Mohd Zameri, Mohd Izwan Mahmud dan Ku Suhaila Ku Johari mendapati bahawa ketagihan permainan dalam talian boleh menurunkan prestasi akademik pelajar serta menjejaskan fokus terhadap pembelajaran.

    Sekadar isi masa lapang jadi ketagih

    Kajian tersebut menjelaskan bahawa ramai pelajar mula bermain hanya untuk berseronok atau melepaskan tekanan. Namun, apabila terlalu kerap bermain, mereka menjadi ketagih tanpa sedar.

    Permainan dalam talian dengan grafik menarik, ganjaran maya dan peluang berinteraksi dengan rakan baharu membuatkan pemain sukar berhenti. Lama-kelamaan, masa belajar semakin berkurang, tugasan tertangguh dan tumpuan di kelas merosot.

    Lebih membimbangkan, ada yang bermain sehingga larut malam. Keesokan harinya datang ke sekolah dalam keadaan mengantuk dan tidak bermaya. Walaupun nampak kecil, tabiat ini boleh menjejaskan prestasi dalam jangka panjang.

    Penipuan dalam permainan

    Selain masalah ketagihan, dunia permainan dalam talian kini turut dipenuhi dengan penipuan. Ramai pelajar menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang berpura-pura mahu berkawan. 

    Mereka mungkin menawarkan hadiah percuma, barang maya atau pautan yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya perangkap untuk mencuri maklumat peribadi.

    Antara taktik yang biasa digunakan termasuk:

    • Hadiah palsu: Menawarkan “skin” atau barangan eksklusif dengan syarat pemain klik pautan luar.
    • Penyamaran: Meniru akaun rasmi pembangun permainan untuk meminta kata laluan.
    • Ajakan peribadi: Memujuk berbual di luar permainan atau berjumpa di dunia sebenar.

    Kajian sama turut menegaskan bahawa pemain yang terlalu tenggelam dalam dunia maya mudah terpedaya kerana mereka tidak lagi peka terhadap risiko sebenar. Apabila terlalu leka bermain, pemikiran kritikal mula berkurang. Jadi, ia akan membuka ruang kepada penipuan serta pengaruh buruk lain.

    Kesan ketagihan terhadap pelajar

    Ketagihan permainan dalam talian bukan sekadar menyebabkan pelajar leka tetapi turut menjejaskan hubungan sosial dan prestasi akademik. 

    Beberapa pelajar yang ketagih permainan dalam talian juga cenderung berasa terasing kerana lebih selesa berinteraksi di dunia maya berbanding bergaul secara bersemuka.

    Selain itu, mereka sering menangguh kerja sekolah dan gagal mengurus masa dengan baik kerana terlalu asyik bermain. 

    Lama-kelamaan, tugasan tertinggal dan prestasi pelajaran merosot. Dari segi emosi, ketagihan ini boleh menimbulkan rasa marah, cemas atau kecewa apabila kalah atau gagal mencapai tahap tertentu dalam permainan. 

    Jika dibiarkan, pelajar boleh mengalami tekanan dan hilang minat terhadap pelajaran.

    Langkah bijak untuk elak ketagihan

    Walaupun permainan dalam talian boleh membantu menghilangkan tekanan dan meningkatkan kreativiti, ia tetap perlu dikawal. Pelajar dinasihatkan untuk merancang masa bermain dengan seimbang agar tidak menjejaskan waktu belajar. 

    Anda juga disarankan untuk berhati-hati daripada berkongsi maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat atau nombor telefon dengan pemain lain.

    Selain itu, elakkan menekan pautan luar yang mencurigakan dan hadkan interaksi dengan pemain yang tidak dikenali. Untuk seimbangkan antara kehidupan realiti dan masa bermain permainan dalam talian, libatkan diri dalam aktiviti sebenar seperti bersukan, menyertai kelab atau program sekolah. 

    Jika ketika bermain permainan dalam talian anda berada dalam situasi atau perbualan yang menimbulkan rasa tidak selesa, jangan diamkan sahaja. Sebaiknya berbincang dengan ibu bapa atau guru supaya mereka boleh membantu. – RELEVAN

    Previous Article5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda
    Next Article 7 tip persediaan menjelang SPM

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.