Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    By Umi FatehahMay 1, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    BERMULA 1 Mei, satu perubahan penting melibatkan urusan digital rakyat Malaysia mula dilaksanakan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menetapkan penggunaan MyDigital ID Malaysia sebagai satu-satunya kaedah log masuk ke sistemnya.

    Perubahan ini mungkin nampak kecil tetapi hakikatnya ia adalah langkah besar ke arah pendigitalan penuh perkhidmatan kerajaan. 

    Apa itu MyDigital ID?

    MyDigital ID ialah identiti digital rasmi rakyat Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian, khususnya yang melibatkan agensi kerajaan.

    Ia berfungsi seperti kunci utama untuk pelbagai urusan. Tidak perlu lagi mengingati banyak nama pengguna dan kata laluan berbeza untuk setiap sistem kerajaan.

    Dalam kata lain, MyDigital ID akan menjadi pusat pengesahan identiti anda secara dalam talian.

    Agensi lain bakal menyusul

    Pelaksanaan oleh JPJ merupakan permulaan kepada penggunaan meluas MyDigital ID. Kerajaan telah merancang supaya lebih banyak platform dan agensi akan beralih kepada sistem ini secara berperingkat. 

    Ini bermaksud, pada masa akan datang, kebanyakan urusan berkemungkinan memerlukan MyDigital ID untuk log masuk. Antaranya adalah seperti berikut:

    • Urusan lesen memandu
    • Pembaharuan cukai jalan
    • Semakan saman
    • Perkhidmatan berkaitan bantuan kerajaan
    • Portal rasmi agensi kerajaan lain

    Jika tidak daftar sekarang, anda mungkin akan berdepan kesukaran mengakses perkhidmatan penting nanti.

    Cara daftar MyDigital ID 

    Jika anda belum mendaftar, berikut langkah mudah untuk bermula:

    1. Muat turun aplikasi

    Cari aplikasi MyDigital ID di Google Play Store atau Apple App Store.

    1. Daftar akaun

    Masukkan nombor kad pengenalan. Kemudian, isikan maklumat peribadi yang diperlukan.

    1. Pengesahan identiti

    Pengesahan identiti dilakukan melalui pengimbasan wajah. Ikut arahan yang tertera dan pastikan wajah anda berada dalam bulatan yang disediakan dengan melaraskan posisi sehingga pengesanan berjaya.

    Proses ini penting untuk memastikan hanya pemilik sebenar boleh mengakses akaun tersebut.

    1. Tetapkan kata laluan dan PIN keselamatan

    Pastikan anda menggunakan kombinasi yang kuat dan sukar diteka.

    1. Selesai

    Selepas pengesahan berjaya, akaun anda boleh terus digunakan untuk log masuk ke sistem yang menyokong MyDigital ID.

    Apa risiko kalau tidak mendaftar?

    Ramai yang masih bertangguh kerana merasakan belum perlu. Namun, keputusan ini boleh memberi kesan dalam jangka masa pendek dan panjang.

    Terkini, anda berkemungkinan tidak boleh log masuk ke sistem JPJ bermula. Selain itu, urusan penting seperti pembaharuan lesen atau semakan saman juga mungkin terganggu.

    Tidak mustahil juga anda akan ketinggalan apabila lebih banyak perkhidmatan kerajaan beralih ke sistem ini.

    Pendek kata, tidak mendaftar bermaksud anda mungkin terputus akses kepada perkhidmatan digital kerajaan.

    Jadi, daripada menunggu hingga saat akhir atau menghadapi kesukaran di kemudian hari, lebih baik ambil langkah awal.

    Daftar sekarang dan pastikan urusan anda berjalan lancar tanpa gangguan. – RELEVAN

    Previous ArticlePetua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    Next Article Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.