Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 6, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu. - GAMBAR HIASAN CANVA

    BUAT yang masih keliru tentang terma pada slip gaji, sebenarnya terdapat beberapa potongan wajib yang dibuat setiap bulan oleh majikan di Malaysia. 

    Antaranya termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Sistem Insurans Pekerja (SIP). 

    Walaupun potongan ini membuatkan angka gaji bersih kelihatan lebih kecil, ia sebenarnya bertujuan demi melindungi kebajikan pekerja dalam jangka masa panjang.

    Lihat sahaja slip gaji, jumlah gaji pokok tertera di bahagian atas diikuti beberapa potongan seperti KWSP, Perkeso dan SIP. 

    1. KWSP – Simpanan untuk hari persaraan

    KWSP merupakan skim simpanan jangka panjang yang bertujuan memastikan anda mempunyai wang selepas bersara. Caruman dibuat setiap bulan oleh pekerja dan majikan.

    Kadar caruman biasa ialah 11 peratus daripada gaji pekerja, manakala majikan menyumbang sebanyak 13 peratus bagi gaji bawah RM5,000 dan 12 peratus bagi gaji melebihi RM5,000.

    Walaupun potongan ini besar, ia sebenarnya membantu membina simpanan masa depan. Pengeluaran hanya boleh dibuat sepenuhnya apabila mencapai umur 55 tahun, walaupun terdapat beberapa kemudahan pengeluaran tertentu untuk situasi kecemasan.

    1. Perkeso – Perlindungan jika berlaku perkara tidak dijangka

    Perkeso pula berfungsi sebagai perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau penyakit yang menjejaskan keupayaan anda untuk bekerja.

    Terdapat dua skim utama di bawah Perkeso iaitu:

    • Skim Bencana Pekerjaan: Melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja.
    • Skim Keilatan: Memberi sokongan kepada mereka yang tidak mampu bekerja akibat penyakit atau kecacatan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

    Jika berlaku sesuatu, Perkeso boleh membantu menanggung kos perubatan, pemulihan dan juga memberi elaun bulanan sebagai pengganti pendapatan. 

    Caruman pekerja biasanya antara 0.5 peratus hingga 1.75 peratus bergantung kepada gaji, manakala majikan menyumbang lebih tinggi.

    1. SIP – Bantuan kewangan apabila hilang pekerjaan

    SIP diperkenalkan pada tahun 2018 untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan secara tidak sukarela.

    Caruman untuk SIP adalah kecil, iaitu sekitar 0.2 peratus daripada gaji pekerja dan 0.2 peratus lagi daripada majikan. Walaupun jumlahnya sedikit, manfaatnya cukup besar ketika diperlukan.

    Jika anda diberhentikan kerja atau syarikat ditutup, SIP akan menyediakan bantuan kewangan sementara. Selain itu, ia juga menawarkan bantuan mencari pekerjaan, kaunseling kerjaya serta program latihan semula.

    Untuk layak menerima manfaat ini, anda perlu memenuhi syarat caruman tertentu di mana pemberhentian secara sukarela tidak termasuk dalam perlindungan SIP. – RELEVAN

    Previous ArticleDisahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    Next Article Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.