Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    By Umi FatehahApril 24, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia? - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    RAMAI orang bekerja keras setiap hari dengan satu persoalan yang sama  di fikiran. “Berapa sebenarnya gaji yang cukup untuk hidup selesa?”

    Jawapannya tidak semudah meneka sebarang angka. Ada yang merasakan RM3,000 sudah memadai, ada pula berpendapat RM8,000 pun masih terasa sempit. 

    Hakikatnya, cukup itu bukan sekadar tentang jumlah gaji tetapi bagaimana gaya hidup, lokasi dan komitmen kewangan membentuk realiti hidup seseorang.

    Hidup selesa

    Sebelum bercakap tentang angka, kita perlu jelas, apa yang dimaksudkan dengan hidup selesa?

    Bagi sesetengah orang, hidup selesa bermaksud mampu membayar sewa atau rumah tanpa stres, cukup makan, dapat membayar segala bil dan ada sedikit lebihan untuk simpanan.

    Tetapi bagi orang lain, selesa mungkin termasuk dapat makan luar tanpa berfikir dua kali, bercuti ke luar negara setahun sekali dan ada dana kecemasan atau pelaburan.

    Sebab itu, definisi selesa sangat subjektif. Dua individu dengan gaji sama boleh rasa kehidupan yang sangat berbeza.

    Realiti kos sara hidup di Malaysia

    Menurut data Jabatan Perangkaan, kos sara hidup semakin meningkat, terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

    Selain itu, Bank Negara Malaysia pernah menekankan bahawa ramai rakyat Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan kewangan yang rapuh walaupun bekerja sepenuh masa.

    Antara perbelanjaan utama setiap bulan seperti:

    • Sewa rumah atau bayaran bulanan: RM800-RM1,500
    • Makan dan barangan dapur: RM400-RM800
    • Pengangkutan (minyak, tol, Grab): RM300-RM600
    • Bil dan komitmen lain: RM200-RM500

    Tanpa sedar, kos asas sahaja sudah mencecah sekitar RM1,700 hingga RM3,400 sebulan (tidak termasuk simpanan, hiburan atau kecemasan).

    Jadi, berapa gaji yang cukup?

    Secara realistik, ini gambaran kasar berdasarkan gaya hidup bujang di bandar:

    • RM2,500-RM3,000

    Tetapi, angka tersebut hanya cukup-cukup makan. Kebanyakan individu yang menerima gaji lingkungan jumlah tersebut perlu berjimat-cermat dan simpanan pula sangat terhad.

    • RM3,500-RM5,000

    Bagi gaji lingkungan seperti di atas dapat menjalankan kehidupan dengan lebih stabil dan masih mempunyai lebihan wang untuk menyimpan. Namun, anda masih perlu mengawal gaya hidup agar tidak terlebih belanja atau mengumpul hutang. 

    • RM6,000 ke atas

    Pendapatan RM6,000 ke atas biasanya memberi lebih fleksibiliti kewangan. Selain menampung keperluan harian, seseorang masih boleh menyimpan, melabur dan menikmati kehidupan tanpa terlalu tertekan dengan kewangan.

    Namun begitu, angka ini bukanlah ukuran yang tetap. Jika seseorang mempunyai komitmen seperti hutang pendidikan, bayaran kereta atau tanggungan lain, jumlah gaji yang diperlukan untuk rasa ‘cukup’ mungkin berbeza.

    Tentang ‘cukup’ 

    Ramai anggap penyelesaian kepada masalah kewangan ialah cari kerja dengan gaji yang lebih tinggi atau tambah pendapatan – itu betul tetapi tidak lengkap.

    Hakikatnya, ada orang gaji RM3,500 tapi stabil. Ada juga gaji RM7,000 tapi masih tertekan

    Bezanya ialah cara mengurus kewangan dan jangkaan hidup. Daripada fokus pada angka semata-mata, cuba tanya diri:

    • Adakah saya ada simpanan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan?
    • Adakah saya hidup dalam kemampuan atau sekadar nampak berkemampuan (tapi hakikatnya kesempitan)?
    • Adakah gaji saya berkembang seiring pengalaman?

    Tiada satu angka universal untuk gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia. Apa yang pasti, dengan kos hidup yang semakin meningkat, gaji rendah memang menyukarkan. Tetapi gaji tinggi juga tidak menjamin kehidupan yang tenang jika tiada kawalan kewangan. – RELEVAN

    Previous ArticleKerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    Next Article FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.