Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    By Umi FatehahNovember 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan mata pelajaran baharu yang dinamakan Alam dan Manusia sebagai sebahagian Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027). 

    Subjek bersepadu ini akan diperkenalkan kepada pelajar Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan menggantikan beberapa mata pelajaran sedia ada.

    Menurut KPM, Alam dan Manusia menggabungkan pelbagai disiplin ilmu termasuk Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta elemen Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan digital.

    Langkah ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan murid secara holistik.

    Fokus 3M dan karakter pelajar

    Mata pelajaran baharu ini dirangka untuk menekankan penguasaan literasi, numerasi (3M) dan pembentukan karakter dalam kalangan pelajar. Melalui pendekatan pembelajaran bersepadu, pelajar bukan sahaja diajar ilmu akademik tetapi juga nilai, kemahiran sosial, kreativiti dan pemikiran kritikal.

    KPM menjelaskan pendekatan ini membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, seiring dengan keperluan dunia pendidikan masa kini yang menuntut keupayaan adaptif dan pelbagai kemahiran.

    Kaedah pengajaran berpasukan

    Salah satu ciri utama pelaksanaan subjek ini ialah pengajaran berpasukan. KPM mewajibkan dua orang guru berada dalam bilik darjah secara serentak semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan. 

    Pendekatan itu membolehkan guru saling melengkapi kepakaran masing-masing dan memberi tumpuan kepada keperluan murid secara individu.

    Kaedah ini juga diyakini dapat:

    • Menyokong keperluan pembelajaran peribadi (personalised learning) pelajar.
    • Meningkatkan kawalan kelas dan memastikan PdP lebih teratur.

    Pendekatan terbaharu ini dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan bermakna bagi pelajar.

    Transformasi Kurikulum Persekolahan 2027

    Kurikulum baharu ini menggabungkan dua pendekatan utama:

    • Kurikulum berasaskan standard – Menetapkan sasaran pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai pada tahap tertentu.
    • Kurikulum berorientasikan kompetensi – Memberi tumpuan kepada keberhasilan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan murid mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan sikap dalam situasi sebenar.

    Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran aktif dan bermakna, menyediakan pengalaman pembelajaran serta pentaksiran yang autentik dan memastikan setiap murid benar-benar bersedia menghadapi dunia sebenar.

    Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027

    KP2027 digubal dengan matlamat utama untuk melahirkan individu yang seimbang, beradab dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

    Matlamat ini menekankan lima aspek utama pembangunan murid, iaitu:

    1. Keseimbangan dalam kehidupan

    Murid digalakkan mengamalkan gaya hidup yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek agar mampu menghadapi cabaran kehidupan dengan tenang dan bijak.

    1. Pembelajaran sepanjang hayat

    KP2027 membudayakan semangat ingin tahu dan minat untuk terus belajar supaya murid sentiasa berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan dan kemajuan dunia.

    1. Menghargai perpaduan dan kepelbagaian

    Kurikulum ini menanam nilai perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan murid pelbagai latar belakang, sejajar dengan semangat Malaysia Madani.

    1. Menjadi warganegara beradab dan bertanggungjawab

    Matlamat ini juga menekankan pembentukan karakter dan nilai moral agar murid menjadi insan yang beretika, berdisiplin serta bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    1. Berdaya saing di peringkat global

    Kurikulum baharu ini mempersiapkan murid dengan kemahiran abad ke-21, literasi digital dan kecekapan global agar mereka mampu bersaing dan menyumbang di pentas antarabangsa. – RELEVAN

    Previous ArticleBina tabiat ini sebelum mula bekerja
    Next Article 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.