Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 1, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya. - GAMBAR HIASAN PEXELS/LIZA SUMMER

    KITARAN haid bagi seorang wanita pasti akan melalui empat fasa utama iaitu menstruasi, folikular, ovulasi dan luteal. 

    Pada fasa luteal inilah yang sering dikaitkan dengan simptom prahaid (PMS) yang boleh memberi kesan kepada emosi dan fizikal. Satu kajian membuktikan anggaran tiga daripada empat individu yang mengalami haid turut merasai simptom ini.

    Perubahan hormon sepanjang kitaran haid, khususnya hormon estrogen dan progesteron memainkan peranan besar dalam mempengaruhi emosi dan tingkah laku. 

    Selepas ovulasi, paras progesteron meningkat dan ini boleh menyebabkan sesetengah individu mula rasa murung, mudah marah atau cemas.

    Simptom anda sedang menghadapi fasa luteal

    Menurut Natural Cycles, antara simptom emosi yang biasa dialami termasuk : 

    • ‘Mood swing’ atau emosi kurang stabil
    • Sukar fokus
    • Gangguan tidur
    • Keinginan untuk menyendiri
    • Sakit kepala
    • Senggugut
    • Keletihan
    • Jerawat
    • Keinginan terhadap makanan tertentu

    Jika tidak diurus dengan baik, simptom ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan keyakinan diri.

    Cara mengawal emosi dan kesihatan ketika melalui fasa luteal

    Berikut ialah lapan cara yang boleh membantu anda mengawal emosi dan menjaga kesihatan mental sepanjang fasa luteal:

    1. Perhatikan emosi sepanjang kitaran haid


      Guna aplikasi atau jurnal untuk merekod perubahan emosi harian. Ini membantu anda mengenal pasti naik turun emosi dan bersedia lebih awal apabila menghampiri fasa PMS.

    2. Dapatkan rehat mencukupi


      Perubahan hormon boleh menyebabkan keletihan. Pastikan anda tidur secukupnya bagi membantu tubuh dan minda kekal seimbang.

    3. Kekal aktif secara fizikal


      Senaman secara konsisten membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan ‘mood’. Jika tidak larat, pilih aktiviti ringan seperti berjalan, yoga atau berenang.

    4. Jaga pemakanan


      Amalkan diet seimbang dengan protein, lemak sihat dan karbohidrat kompleks. Makanan kaya zat besi seperti sayur hijau, kekacang dan daging merah juga penting untuk menampung kehilangan darah.

    5. Minum air secukupnya


      Kekal hidrasi membantu tubuh berfungsi dengan baik dan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental.

    6. Luangkan masa untuk diri sendiri


      Manjakan diri dengan aktiviti yang menenangkan seperti penjagaan kulit, membaca atau berehat. Ini membantu mengurangkan tekanan emosi.

    7. Terima apa sahaja yang dirasai


      Usah paksa diri untuk ‘baik-baik sahaja’. Berikan ruang untuk diri mengawal emosi atau melakukan perkara yang menenangkan fikiran.

    8. Kekal berhubung dengan orang lain


      Berkongsi masalah dihadapi dengan rakan yang anda percayai, ahli keluarga atau bantuan profesional boleh membantu meringankan beban emosi.

    Fasa luteal adalah proses semula jadi dalam kitaran haid. Memahami perubahan yang berlaku dalam tubuh badan bermakna anda boleh mengurus emosi diri dengan baik. – RELEVAN

    Previous ArticleBelum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat
    Next Article Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.