Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 24, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PASARAN kerja di Malaysia pada tahun 2026 semakin berubah seiring dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang mula memainkan peranan besar dalam dunia teknologi moden.

    Selepas pandemik, konsep bekerja dari rumah atau ‘work from home’ menjadi satu norma baharu untuk ramai pekerja, khususnya dalam sektor berkait rapat dengan teknologi digital.

    Majikan hari ini tidak lagi menilai pekerja berdasarkan lokasi pejabat atau kehadiran tepat pukul sembilan pagi. Sebaliknya, mereka lebih mencari individu yang mampu menyelesaikan masalah, menjana keuntungan, meningkatkan sistem serta membawa nilai kepada syarikat.

    Ini bermakna walaupun anda tinggal jauh dari tempat kerja, anda masih berpeluang menerima gaji lumayan selagi memiliki kemahiran yang diperlukan dengan kehendak pasaran kerja.

    Menurut Talent Labs, berikut ialah beberapa kerjaya bekerja dari rumah yang semakin mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

    1. Pakar prompt AI

    Kerjaya ini semakin popular sejak kemunculan sistem AI seperti chatbot dan penjana imej. Tugas utama mereka ialah memberi arahan yang tepat kepada sistem AI supaya menghasilkan jawapan, idea, kandungan atau penyelesaian berkualiti.

    Apa yang mereka lakukan?

    • Menulis arahan (prompt) yang berkesan untuk AI.
    • Menguji jawapan AI dan memperbaikinya.
    • Membantu syarikat menggunakan AI untuk pemasaran, khidmat pelanggan, penulisan, dan analisis data.
    1. Pakar strategik kandungan 

    Aplikasi media sosial seperti TikTok dan Instagram Reels menjadi medium pemasaran utama. Rata-rata syarikat sanggup membayar individu dengan kemahiran menghasilkan video pendek yang mampu menarik perhatian pengguna.

    Apa yang mereka lakukan?

    • Merancang kandungan di platform TikTok, Instagram Reels dan YouTube Shorts
    • Menulis skrip pendek yang kreatif menarik
    • Mengkaji trend semasa di media sosial
    • Membantu syarikat melariskan jualan melalui kandungan tular
    1. Penganalisis data kelestarian

    Kerjaya ini penting bagi memantau dan melaporkan prestasi sesebuah syarikat dari sudut alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

    Apa yang mereka lakukan?

    • Mengira penggunaan tenaga syarikat.
    • Menganalisis pelepasan karbon.
    • Menyediakan laporan ESG.
    • Membantu syarikat capai sasaran mesra alam.
    1. Arkitek dunia maya

    Apabila teknologi Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR) dan Metaverse berkembang, syarikat memerlukan individu yang mampu mereka bentuk ruang digital termasuk pejabat maya, pusat latihan VR, pameran digital, dan pengalaman pelanggan interaktif.

    Apa yang mereka lakukan?

    • Mereka bentuk ruang 3D
    • Membina persekitaran maya
    • Menghasilkan pelbagai elemen berkaitan dunia digital
    • Mencipta sesuatu dengan gabungan reka bentuk dan teknologi
    1. Pakar etika AI

    Penggunaan AI yang semakin ‘mendunia’ memerlukan kawalan dan pemantauan agar teknologi ini digunakan secara selamat, adil dan beretika. Oleh itu, kerjaya ini semakin penting untuk masa kini.

    Apa yang mereka lakukan?

    • Menilai semula risiko penggunaan AI
    • Memastikan data digunakan secara beretika
    • Membantu syarikat patuh undang-undang dan garis panduan

    Lokasi bukan lagi halangan

    Pengajaran dari era pandemik membuktikan dunia pekerjaan kini semakin fleksibel dan bersedia menghadapi sebarang perubahan.

    Jika anda memiliki kemahiran digital yang bernilai, anda berpeluang bekerja dari rumah sambil menikmati pendapatan secara lumayan. – RELEVAN

    Previous ArticleCara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    Next Article Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.