Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahana bangun tidur lambat

    Bahana bangun tidur lambat

    By Umi FatehahOctober 31, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bahana bangun tidur lambat. - GAMBAR CHATGPT

    SIAPA yang tidak pernah terlajak tidur? Loceng berbunyi tiga kali tapi tangan menekan nyahpasang (snooze). Apabila sedar, matahari sudah tinggi.

    Bangun tidur lewat mungkin kelihatan seperti perkara remeh tapi tabiat kecil ini yang boleh mengganggu produktiviti dan kestabilan diri. Berikut ialah kesan buruk sekiranya anda bangun tidur lambat.

    1. Tergesa pagi-pagi, risiko meningkat

    Apabila bangun lambat, semuanya jadi tergesa-gesa. Tak sempat sarapan, terus capai kunci dan memecut ke tempat kerja. Dalam keadaan kelam-kabut dan mengantuk, risiko kemalangan meningkat.

    Menurut Sleep Foundation, kekurangan tidur atau bangun dalam keadaan tidak segar boleh menjejaskan fokus dan reaksi pemandu sama seperti memandu dalam keadaan mabuk!

    Tabiat terburu-buru pada waktu pagi boleh mencetuskan kesan domino – terlupa dokumen penting, kasut terbalik atau tertinggal barang di rumah. Semua ini buat hari anda bermula dengan kekacauan.

    1. Stres sebelum sempat sampai pejabat

    Bila masa tidak mencukupi, otak mula panik. Menurut Mayo Clinic, dalam keadaan panik, hormon stres (kortisol) meningkat dan menyebabkan kita cepat marah, mudah cemas dan kurang sabar. Mood hari itu pun rosak sebelum sempat sampai ke pejabat.

    Lebih buruk, keadaan ini menjadikan pagi yang sepatutnya tenang berubah jadi permulaan yang serabut. 

    Tenaga mental habis digunakan untuk mengejar masa, bukan untuk memfokuskan pada kerja. Kalau hal ini berlaku setiap hari, kita bukan sahaja keletihan fizikal tapi keletihan emosi yang boleh membawa kepada burnout.

    Stres ini bukan sekadar emosi, ia boleh menjejaskan kesihatan jantung dan sistem imun jika berlarutan.

    1. Tubuh hilang ritma semula jadi

    Mayo Clinic menjelaskan bangun terlalu lewat boleh mengganggu ritma sirkadian badan iaitu jam biologi semula jadi yang mengawal waktu tidur, makan dan tenaga harian. Tubuh manusia direka untuk aktif waktu siang dan berehat waktu malam.

    Apabila corak tidur terganggu, metabolisme menjadi perlahan. Disebabkan itu, orang yang suka bangun lambat lebih mudah merasa letih dan lesu walaupun tidur lama. 

    Waktu matahari pagi sebenarnya penting untuk keseimbangan hormon dan vitamin D. Bila jarang terdedah pada cahaya pagi, sistem badan menjadi keliru dan akhirnya membuatkan seseorang berasa lemah serta kurang bertenaga sepanjang hari.

    1. Rezeki pun macam malu nak datang

    Dalam budaya kita, sering disebut rezeki datang bersama pagi. Ungkapan rezeki pagi bukan sekadar kata-kata. Banyak peluang, idea dan inspirasi datang bila minda segar dan dunia baru mula bergerak.

    Rasulullah SAW bersabda: “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkah dan keberuntungan.” (Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar).

    Sebaliknya, bila bangun lambat, banyak perkara sudah terlepas. E-mel penting, pelanggan yang tak sempat dijawab atau peluang kecil yang mungkin besar nilainya. Pendek kata, rezeki pun boleh lari bila kita masih di bawah selimut.

    1. Kesan jangka panjang pada disiplin diri

    Bangun lambat bukan sekadar isu masa, ia juga cerminan disiplin. Orang yang biasa bangun awal lebih cenderung teratur dan produktif. 

    Namun, apabila tabiat bangun lambat menjadi kebiasaan, ia membentuk cara seseorang berfikir dan bertindak. 

    Apabila minda sudah terbiasa menunda, kesannya tidak berhenti pada waktu tidur sahaja. Lama-kelamaan, ia turut mempengaruhi cara kita membuat keputusan, menyelesaikan tugasan dan menepati janji. 

    Sikap bertangguh ini boleh menjejaskan disiplin diri dan membuatkan kita sukar berkembang, sama ada dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian.

    Setiap kali kita menang melawan loceng dan tidak bangun, kita sebenarnya kalah dengan masa, tenaga dan peluang.- RELEVAN

    Previous ArticleApabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    Next Article Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.