Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 7, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada - kajian. GAMBAR HIASAN CANVA

    SIAPA sangka sel ibu sebenarnya ada dalam diri kita, malah kekal berada di dalam tubuh seorang anak. Lebih menyentuh hati, kajian sains mendapati sebahagian kecil sel anak juga akan terus hidup di dalam tubuh ibu sepanjang hayatnya.

    Fenomena ini dikenali sebagai ‘mikrokimerisme’ iaitu keadaan apabila dua individu berkongsi sejumlah kecil sel dalam tubuh masing-masing. Penemuan ini membuatkan ramai saintis percaya bahawa hubungan istimewa antara ibu dan anak turut wujud secara fizikal di peringkat sel.

    Kajian tentang proses sel ibu bergabung dengan anak

    Semasa hamil, sel daripada bayi boleh bergerak masuk ke dalam tubuh ibu melalui plasenta. Pada masa sama, sel ibu juga masuk ke dalam tubuh anaknya. Menariknya, sel-sel ini tidak hilang selepas proses kelahiran, sebaliknya kekal selama puluhan tahun.

    Satu kajian pada tahun 2015 oleh sekumpulan penyelidik dari Leiden University Medical Centre di Belanda menemui bukti mengejutkan mengenai fenomena ajaib ini. Mereka mengkaji sel tisu daripada 26 wanita yang meninggal dunia semasa atau selepas mengandung. 

    Hasil kajian mendapati sel bayi ditemui dalam setiap organ yang diperiksa termasuk otak, jantung, buah pinggang serta bahagian organ lain. Walaupun jumlahnya kecil, iaitu kira-kira satu dalam setiap 1000 sel, ia tetap membuktikan sel anak boleh hidup lama dalam tubuh ibu.

    Fakta menarik – sel anak bantu menyihatkan ibu

    Menurut penyelidik, antara 50 hingga 75 peratus wanita masih mempunyai sel anak dalam badan mereka selepas melahirkan. Ketika hamil pula, sehingga enam peratus DNA dalam darah ibu sebenarnya datang daripada bayi yang dikandung.

    Apa yang lebih menakjubkan, sel-sel ini bukan hanya ‘menumpang’ dalam badan ibu, tetapi dipercayai turut membantu kesihatan ibu.

    Saintis mendapati sel daripada bayi bertindak seperti ‘kit pembaikan semula jadi’ dalam tubuh ibu. Sel ini boleh bergerak ke bahagian tubuh yang cedera dan membantu proses pemulihan.

    Buktinya, kajian pada tahun 2011 oleh Mount Sinai School of Medicine mendapati sel stem daripada bayi boleh membantu memulihkan jantung ibu selepas serangan jantung atau kecederaan lain.

    Sel tersebut akan bergerak ke kawasan jantung yang rosak dan berubah menjadi sel yang menyerupai sel jantung bagi membantu proses pembaikan.

    Sel anak bantu kurangkan risiko kanser

    Bukan itu sahaja, beberapa kajian lain turut menunjukkan wanita yang masih mempunyai banyak sel anak dalam tubuh mereka mempunyai risiko kanser payudara yang lebih rendah.

    Kajian yang diterbitkan dalam The AAPS Journal pada tahun 2015 mendapati 85 peratus wanita sihat masih mempunyai sel anak dalam badan mereka, berbanding hanya 64 peratus wanita yang menghidap kanser payudara.

    Dalam masa sama, bayi membawa sel ibu dalam tubuh mereka sejak dalam kandungan.

    Dianggarkan satu daripada sejuta sel dalam tubuh seseorang sebenarnya berasal daripada ibunya. 

    Walaupun kedengaran sedikit, tubuh manusia mempunyai kira-kira 30 trilion sel. Ini bermakna setiap individu membawa jutaan sel ibu di dalam badan mereka.

    Sel ibu bantu perkembangan otak anak

    Kajian pada tahun 2022 yang diterbitkan dalam Nature Communications pula mendapati sel ibu membantu perkembangan otak bayi sebelum dilahirkan.

    Sebuah kajian mendapati sel ibu membantu sel otak anak berkembang dengan baik sejak dalam kandungan.

    Hubungan ibu dan anak melebihi dari kajian sains

    Menerusi penemuan ini, tubuh manusia terbukti menyimpan sebahagian kecil insan yang pernah mempunyai hubungan sedarah dengan mereka.

    Ia seolah memberi gambaran jika seseorang ibu sudah tiada, sebahagian kecil dari dirinya masih hidup di dalam diri anaknya untuk selamanya. – RELEVAN

    Previous ArticlePerbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    Next Article Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.