Umi Fatehah

ADA hari di pejabat rasa seronok bekerja. Tetapi ada juga hari yang terasa berat lebih lebih lagi jika bos terlalu suka mengritik dan mengawal segala yang anda lakukan. Setiap kali nak hantar e-mel, anda semak ayat berkali-kali kerana takut dipersoal. Sebelum mesyuarat bermula, anda tarik nafas panjang sambil bersedia untuk dimarah atau diperbetulkan hadapan orang lain. Sedangkan, apa yang anda buat bukannya salah besar pun. Namun, bila bos terlalu mengawal, suka mengkritik dan tak pernah percaya kebolehan orang lain, tugas paling mudah pun boleh jadi beban emosi. Lama-kelamaan, ia boleh menghakis keyakinan diri. Mahu buat apa-apa tugasan sahaja rasa seperti…

Read More

RAMAI orang begitu tekun menjaga kulit wajah dengan produk mahal dan rutin yang teliti. Namun, tanpa sedar, beberapa tabiat harian yang kelihatan biasa sebenarnya boleh mempercepat proses penuaan kulit.  Menurut seorang pakar dermatologi bertauliah di Newport Beach, California, Dr. Suchismita “Tia” Paul, berikut ialah tabiat yang akan mencepatkan penuaan. Terlalu kerap membasuh muka Memang benar mencuci muka dengan pencuci membantu menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sisa solekan.  Namun, jika dilakukan terlalu kerap misalnya lebih daripada dua hingga tiga kali sehari, ia boleh merosakkan lapisan pelindung kulit (skin barrier). Hal ini kerana pencuci muka terutamanya yang mengandungi sulfat atau alkohol boleh…

Read More

WAKTU kecil dahulu, ramai antara kita suka bermain basikal. Mungkin ada juga yang pernah mengalami rantai basikal putus atau rosak sehingga terpaksa menuntun basikal pulang ke rumah. Tetapi bagi Soichiro Honda, basikal menjadi titik permulaan kepada minatnya terhadap dunia mekanikal. Siapa sangka, minatnya terhadap basikal ketika kecil akhirnya membuka jalan kepada kelahiran Honda yang kini menjadi salah satu syarikat permotoran terbesar di dunia. Dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung kecil di Shizuoka, Jepun, Soichiro Honda sering membantu ayahnya membaiki basikal. Beliau belajar cara menukar rantai, meluruskan rim dan membaiki tayar bocor. Bagi Soichiro Honda, setiap skru, tayar dan enjin…

Read More

RAMAI yang berusaha menjaga kesihatan badan sebaik mungkin. Setiap hari, kita pastikan makan makanan berkhasiat, minum air kosong dan ada juga yang rajin bersenam untuk kekal cergas.  Tetapi dalam usaha menjaga kesihatan diri, kadangkala kita terlupa tentang satu bahagian penting iaitu kesihatan gigi dan mulut. Ramai menganggap gosok gigi dua kali sehari sudah memadai. Ada yang hanya akan ke klinik gigi bila gigi sakit atau berlubang. Sedangkan, menjaga gigi bukan sekadar untuk mengelak sakit gigi atau nafas berbau tetapi juga untuk memastikan kesihatan keseluruhan tubuh sentiasa baik. Jadi, bila kali terakhir anda pergi jumpa doktor gigi untuk buat scaling atau…

Read More

MATCHA kini bukan lagi sekadar minuman tradisional Jepun. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, matcha mula mendapat tempat di hati ramai orang di seluruh dunia termasuk Malaysia.  Sama ada dalam bentuk matcha latte panas, matcha frappe sejuk atau digabungkan dengan susu oat dan pelbagai campuran lain, matcha dilihat sebagai alternatif minuman sihat yang memberi tenaga dengan cara lebih lembut berbanding kopi. Ramai yang memilih matcha kerana percaya ia lebih baik untuk kesihatan berbanding kopi. Ada yang mendakwa matcha memberi rasa fokus yang tenang, tidak seperti kopi yang kadangkala menyebabkan jantung berdebar dan tangan menggeletar.  Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Benarkah matcha…

Read More

GAJI masuk seperti biasa setiap bulan. Ada yang menerima pada hujung bulan, ada yang pada pertengahan. Waktu duit baru masuk, kita rasa lega. Hutang tertunggak dilangsaikan, belanja dapur dapat ditambah dan ada baki untuk kegunaan harian.  Namun, anehnya, belum sampai pertengahan bulan, kita mula rasa sesak. Akaun bank semakin menipis, duit dalam dompet pun makin berkurangan. Mula timbul perasaan risau, kalau duit dah habis awal bulan, macam mana nak bertahan sampai gaji seterusnya? Lebih membingungkan, tiada pula belanja besar dibuat. Tiada barangan berjenama baru, tiada percutian mahal, tiada pembelian gajet terkini tetapi duit tetap habis begitu sahaja.  Jika anda pernah…

Read More

“AHMAD, sekarang giliran awak untuk menceritakan di hadapan kelas tentang apa yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua,” kata Cikgu Ros kepada Ahmad. Dengar sahaja namanya diseru, jantung Ahmad mula berdegup kencang. Tangannya mula berpeluh. Dia bangun perlahan-lahan sambil berdoa dalam hati supaya suaranya tidak bergetar dan dapat membentangkan setiap fakta dengan betul. Pasti ramai pelajar pernah mengalami situasi seperti Ahmad. Perasaan cemas dan gementar apabila bercakap di hadapan orang ramai itu biasa. Namun begitu, perasaan ini boleh diatasi jika kita tahu cara untuk membina keyakinan diri. Sebenarnya, bercakap di hadapan kelas bukanlah sesuatu yang menakutkan jika kita membuat persediaan seperti…

Read More

DILEMA ini sering membelenggu ramai anak muda sebaik sahaja mereka mula bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.  Ada yang merasakan memiliki kereta sendiri lebih penting kerana ia memudahkan pergerakan harian terutamanya jika tempat kerja jauh atau akses kepada pengangkutad awam yang terhad.  Namun, ramai juga berpendapat membeli rumah patut diutamakan kerana ia pelaburan jangka panjang dan bukti kestabilan hidup. Dengan gaji permulaan yang terhad serta komitmen lain seperti bayaran pinjaman pelajaran, mana satu yang patut anda utamakan dahulu? Kereta atau rumah? Kereta: Keperluan atau kehendak? Ramai orang memilih untuk membeli kereta dahulu selepas mula bekerja. Bagi mereka, memiliki kereta sendiri memberikan…

Read More

RAMAI  antara kita sudah terbiasa membersihkan telinga dengan putik kapas setiap kali selepas mandi. Ada yang rasa kurang selesa jika telinga tidak dibersihkan betul-betul. Namun, pernahkah anda terfikir adakah tabiat ini baik untuk telinga atau hanya menimbulkan masalah lain yang kita sendiri tidak sedar? Biasanya kita beranggapan tahi telinga ialah kotoran yang perlu dibuang. Tetapi hakikatnya, telinga kita adalah organ yang sangat pintar. Ia mampu membersihkan dirinya sendiri tanpa bantuan kita.  Malangnya, kebiasaan membersihkan telinga dengan cara yang salah sebenarnya boleh membawa bahaya lebih besar daripada apa yang disangkakan. Apa fungsi tahi telinga? Tahi telinga atau cerumen dihasilkan secara semula…

Read More

BARU-baru ini tular di TikTok tentang seorang wanita yang rajin berkongsi kehidupan hariannya di rumah. Rumahnya tidak dihias seperti rumah pempengaruh lain yang penuh dengan dekorasi moden, langsir setinggi siling atau kabinet dapur kayu oak.  Pendek kata, rumahnya tidak estetik seperti rumah orang lain. Tetapi rumah wanita tersebut bersih dan kemas. Setiap sudut dijaga rapi mengikut kemampuan dan keperluan mereka sekeluarga. Malangnya, ada yang menghina, mengatakan rumahnya tidak cantik, tidak menarik dan tidak layak ditunjuk kepada orang ramai.  Wanita itu berkongsi rasa sedihnya kerana ramai yang menghina rumah yang selama ini menjadi tempat dia dan suami berlindung. Lebih memilukan, suaminya…

Read More