Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    By Umi FatehahApril 30, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda. - GAMBAR HIASAN SILERKBLACK/PEXELS

    DALAM dunia pekerjaan, rasa selesa sering dianggap sebagai sesuatu yang positif. Gaji masuk setiap bulan, rutin kerja sudah biasa dan persekitaran tidak terlalu menekan.

    Namun, di sebalik keselesaan itu, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada anda sedang berkembang atau hanya kekal di takuk lama?

    Kadangkala, apa yang kita anggap sebagai selesa sebenarnya adalah satu bentuk kebiasaan yang membuatkan kita sukar untuk bergerak ke hadapan.

    Keselesaan yang perlahan-lahan membatasi

    Tidak salah untuk berada dalam zon selesa. Malah, ia boleh memberi kestabilan dan ketenangan dalam jangka masa tertentu.

    Tetapi apabila rutin kerja semakin membosankan dan tiada kemajuan, ia bermakna anda sudah tidak lagi berkembang seperti peringkat awal bekerja dahulu.

    Lebih membimbangkan, apabila anda berhenti mencabar diri sendiri kerana merasakan apa yang ada sekarang sudah cukup.

    Takut berubah atau sudah terlalu selesa?

    Salah satu sebab utama seseorang kekal terlalu lama di tempat yang sama ialah rasa takut.

    Takut gagal di tempat baharu, takut tidak mampu menyesuaikan diri atau takut kehilangan kestabilan yang sudah ada.

    Perasaan ini normal. Namun, jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan diri.

    Kadangkala, kita bukan tidak mampu untuk berubah. Mungkin terlalu selesa dengan apa yang sudah biasa.

    Rutin yang tidak lagi memberi makna

    Apabila kerja hanya menjadi satu rutin tanpa sebarang rasa kepuasan, itu satu perkara yang wajar diberi perhatian.

    Anda mungkin masih mampu menyiapkan tugasan dengan baik tetapi dalam masa yang sama, rasa teruja dan bangga terhadap hasil kerja semakin pudar.

    Lama-kelamaan, keadaan ini boleh memberi kesan kepada motivasi dan semangat bekerja.

    Selesa tidak semestinya selamat untuk jangka panjang

    Ramai beranggapan bahawa kekal lama di satu tempat adalah pilihan yang selamat.

    Namun, dalam dunia yang sentiasa berubah, terlalu lama berada di tempat yang sama tanpa peningkatan kemahiran boleh menjadi satu risiko.

    Industri berkembang, teknologi berubah dan keperluan kerja juga semakin kompleks. Jika tidak bergerak seiring, anda mungkin akan ketinggalan tanpa sedar.

    Tanda anda perlu menilai semula perkembangan kerjaya

    Tidak semua keselesaan itu salah. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh menjadi petunjuk bahawa anda mungkin berada dalam situasi yang tidak lagi membantu perkembangan diri:

    • Tidak lagi belajar perkara baharu
    • Tiada cabaran yang membuatkan anda berkembang
    • Anda melakukan kerja yang sama berulang kali tanpa peningkatan
    • Anda mula rasa kosong walaupun kerja berjalan seperti biasa

    Jika beberapa tanda ini mula terasa dekat, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti seketika dan menilai semula arah kerjaya.

    Menilai semula bukan bermaksud perlu terus berhenti

    Penting untuk difahami, menilai semula tidak bermaksud anda perlu membuat keputusan drastik seperti berhenti kerja serta-merta.

    Sebaliknya, ia adalah peluang untuk anda melihat kembali matlamat, minat dan potensi diri.

    Anda tidak perlu terburu-buru untuk membuat perubahan besar. Namun, penting untuk jujur dengan diri sendiri. Adakah anda sekadar selesa atau terperangkap dalam kebiasaan? – RELEVAN

    Previous ArticleRisiko guna telefon sambil makan
    Next Article Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.