Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kedekut atau berjimat cermat?

    Kedekut atau berjimat cermat?

    By Umi FatehahMay 11, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kedekut atau berjimat cermat? - GAMBAR HIASAN CUP OF COUPLE/PEXELS

    DALAM keadaan kos sara hidup semakin meningkat, orang ramai semakin berhati-hati ketika berbelanja. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada sikap itu sebenarnya berjimat cermat atau terlalu kedekut?

    Walaupun nampak hampir sama, kedua-duanya sebenarnya berbeza.

    Berjimat cermat ialah sikap mengurus wang dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan kewangan lebih stabil. Kedekut pula lebih kepada terlalu sayang mengeluarkan duit walaupun untuk perkara yang penting atau perlu.

    Anda berjimat cermat jika…

    1. Berbelanja ikut keperluan

    Anda masih membeli barang penting tetapi lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan. Contohnya, anda akan membandingkan harga terlebih dahulu, mencari promosi atau menunggu waktu yang sesuai untuk membeli sesuatu barang. Namun, anda tidak menolak terus semua perbelanjaan hanya kerana mahu berjimat.

    1. Ada simpanan dan bajet

    Orang yang berjimat biasanya mempunyai perancangan kewangan yang lebih teratur. Mereka cuba mengasingkan duit untuk simpanan, kecemasan dan komitmen bulanan supaya tidak berbelanja melebihi kemampuan sendiri. Sikap ini membantu kewangan menjadi lebih stabil dalam jangka panjang.

    1. Tidak berkira dalam perkara penting

    Walaupun berjimat, anda masih sanggup mengeluarkan duit untuk perkara yang benar-benar perlu seperti kesihatan, keluarga, pendidikan atau membaiki barang rosak. 

    Anda faham bahawa ada perkara yang tidak boleh terlalu berkira kerana ia melibatkan keperluan dan kesejahteraan hidup.

    1. Tahu nilai sesuatu barang

    Orang yang berjimat biasanya tidak hanya melihat harga murah semata-mata. Mereka lebih mementingkan nilai dan kegunaan sesuatu barang dalam jangka panjang. 

    Kadang-kadang membeli barang yang sedikit mahal tetapi tahan lama sebenarnya lebih menjimatkan berbanding membeli barang murah yang cepat rosak.

    Anda mungkin kedekut jika…

    1. Terlalu takut mengeluarkan duit

    Walaupun berkemampuan, anda tetap sukar berbelanja walaupun untuk keperluan diri sendiri. Contohnya, menangguhkan rawatan kesihatan, memakai barang yang sudah rosak terlalu lama atau terlalu berkira untuk membeli keperluan asas.

    1. Sering berkira dengan orang lain

    Contohnya mengelak membayar giliran makan, terlalu berkira dalam berkongsi atau sentiasa mahu orang lain mengeluarkan duit dahulu. Sikap seperti ini kadang-kadang boleh membuatkan orang sekeliling rasa kurang selesa.

    1. Menyimpan duit sampai menyeksa diri

    Berjimat tidak sepatutnya membuatkan seseorang hidup terlalu tertekan. Jika anda terlalu menahan diri daripada membeli makanan yang cukup, keperluan harian atau perkara asas semata-mata mahu menyimpan duit, itu mungkin sudah melampaui batas berjimat yang sihat.

    1. Sukar membantu walaupun mampu

    Bukan soal perlu belanja besar tetapi terlalu berat hati untuk berkongsi atau membantu orang lain walaupun dalam keadaan yang munasabah. Sikap terlalu berkira dalam semua perkara boleh memberi kesan kepada hubungan dengan orang sekeliling.

    Dalam keadaan ekonomi sekarang, sikap berjimat memang penting. Namun, keseimbangan tetap diperlukan supaya kita tidak terlalu obses menyimpan wang hingga mengabaikan keselesaan diri dan hubungan dengan orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleFakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    Next Article Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.