Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    By Umi FatehahNovember 6, 2025Updated:November 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 hobi menyeronokkan tetapi berfaedah. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID/UTUSAN

    RAMAI beranggapan hobi hanya sekadar hiburan di waktu senggang. Namun, di sebalik keseronokan itu, hobi sebenarnya mampu melatih minda, menyerlahkan potensi diri dan membuka jalan ke masa depan yang lebih cerah.

    Selalunya bila sebut tentang hobi, yang terlintas di fikiran hanyalah membaca, menulis atau bersukan. Hakikatnya, dunia hobi jauh lebih luas! Banyak aktiviti menarik yang belum dicuba tetapi mampu mencergaskan minda, melatih fokus dan mencetuskan idea-idea kreatif.

    1. Main LEGO atau bina model miniatur

    Sekali pandang, aktiviti seperti bermain LEGO atau membina model miniatur mungkin kelihatan seperti permainan kanak-kanak. Namun, hobi ini sebenarnya melatih minda untuk berfikir secara logik dan kreatif dalam masa yang sama.

    Setiap blok perlu disusun dengan tepat pada kedudukannya sekali gus mengajar nilai perancangan, ketelitian dan kesabaran. Lebih menarik, apabila binaan itu siap, hadir perasaan puas yang sukar diungkap dengan kata-kata.

    Ramai tokoh dalam bidang seni bina, kejuruteraan dan reka bentuk memulakan langkah mereka melalui minat seperti ini. Jika anda gemar mereka bentuk, membina struktur atau membayangkan bentuk bangunan, mungkin ini petanda awal kepada bakat yang terpendam dalam diri.

    1. Origami dan kraf kertas

    Kraf kertas bukan sekadar lipat burung atau bunga. Origami, kad timbul (pop-up card) dan seni kraf moden menggabungkan kemahiran matematik, imaginasi dan kesabaran.

    Setiap lipatan memerlukan ketelitian kerana perbezaan sekecil satu milimeter boleh mengubah bentuk akhir kraf tersebut.

    Selain melatih koordinasi tangan dan mata, aktiviti ini juga membantu untuk lebih fokus dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda seseorang yang kreatif, hasil kraf ini boleh dijadikan hadiah, hiasan bilik malah boleh dijual!

    1. Fotografi dan videografi

    Tujuan mengambil gambar bukan untuk dimuat naik di media sosial semata-mata. Dengan memahami asas komposisi, pencahayaan dan penceritaan visual, anda akan mula melihat dunia dengan cara yang lebih mendalam.

    Perkara kecil yang sering terlepas pandang tiba-tiba terasa istimewa. Pantulan cahaya di air, senyuman spontan seorang rakan atau bentuk awan yang aneh di langit, segalanya kelihatan lebih indah melalui lensa kamera.

    Mempelajari cara menyunting foto dan video pula membuka ruang untuk berimaginasi dan berkarya dalam dunia digital masa kini.

    Bagi yang suka bercerita tanpa berkata-kata, kamera boleh menjadi alat untuk meluahkan pandangan dan rasa.

    1. Susun suai gambar

    Hobi yang nampak tenang ni sebenarnya cabaran besar kepada otak. Bila kamu menyusun susun suai gambar (puzzle) atau bina model 3D, otak kiri dan kanan bekerjasama untuk menganalisis bentuk, warna dan corak.

    Aktiviti ini melatih daya tumpuan, strategi dan kesabaran. Hasilnya, anda akan menjadi lebih cekap mencari jalan penyelesaian apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Tambahan pula, perasaan puas apabila melihat hasil selepas berjam-jam berusaha ibarat satu kejayaan kecil yang sungguh berbaloi.

    1. Pengekodan atau reka aplikasi

    Pada masa kini, semakin ramai pelajar mempelajari pengekodan (coding) sebagai hobi. Ia bukan semata-mata untuk menjadi jurutera komputer tetapi kerana minat mencipta sesuatu daripada kosong.

    Dengan asas pengaturcaraan, anda boleh membangunkan permainan mini, laman web peribadi atau aplikasi ringkas. Aktiviti ini melatih minda agar berfikir secara analitikal, menyusun langkah dengan teratur dan menyelesaikan masalah secara logik.

    Selain menyeronokkan, hobi ini juga boleh menjadi laluan ke dunia teknologi masa hadapan. Tidak mustahil idea aplikasi yang dicipta hari ini berkembang menjadi projek besar suatu hari nanti. – RELEVAN

    Previous ArticleKurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    Next Article AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.