Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

    FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

    By Umi FatehahApril 27, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya. - GAMBAR HIASAN JAPY PEXELS

    PERNAH tak anda rasa ketinggalan bila tengok orang lain pakai barang berjenama, beli telefon terbaru atau tunjuk gaya hidup mewah di media sosial?

    Keadaan ini dikenali sebagai fear of missing out (FOMO). Dalam konteks kewangan, ia boleh menjadi berbahaya — bukan kerana kita tidak mampu tetapi kita terdorong untuk berbelanja untuk mengejar sesuatu yang sebenarnya tidak pasti nilainya.

    Lebih membimbangkan, FOMO bukan sekadar tentang barang. Ia tentang emosi, identiti dan bagaimana kita melihat diri sendiri.

    Beli untuk apa?

    Ramai orang fikir mereka mahu beg mahal, kasut berjenama atau jam eksklusif. Namun hakikatnya yang dikejar ialah ialah perasaan di sebalik barang tersebut.

    Rasa dihargai?

    Rasa setaraf dengan orang lain?

    Masalahnya, perasaan ini tidak kekal lama. Selepas beberapa hari atau minggu, rasa teruja itu hilang dan digantikan dengan keinginan baru.

    Mampu tidak bermakna perlu beli

    Satu kesilapan besar yang sering berlaku ialah menyamakan kemampuan membeli dengan kemampuan kewangan sebenar.

    Hari ini, dengan adanya skim ansuran dan buy now, pay later (BNPL), hampir semua orang boleh membeli barang mahal. Tapi persoalan sebenar ialah: adakah anda mampu menanggung kesannya selepas itu?

    Bayangkan komitmen bulanan bertambah, simpanan semakin berkurang dan tekanan kewangan mula terasa.

    Akhirnya, barang yang sepatutnya membawa kegembiraan menjadi punca stres.

    Kenapa perlu FOMO?

    Realitinya, FOMO bukan perkara baru. Tetapi hari ini, ia menjadi lebih kuat kerana media sosial.

    Kita sentiasa terdedah kepada gaya hidup orang lain yang kelihatan sempurna, trend terkini yang berubah dengan cepat dan tekanan halus untuk mengikuti trend semasa.

    Apa yang kita nampak hanyalah secebis kehidupan orang lain, bukan realiti penuh mereka. Namun otak kita tetap membandingkan, seolah-olah itu adalah standard yang perlu dicapai.

    Cara atasi FOMO sebelum ia jejaskan kewangan

    1. Tangguhkan keputusan membeli

    Jangan beli serta-merta. Tetapkan peraturan mudah sebelum membeli seperti:

    • Tunggu sekurang-kurangnya 7 hari
    • Untuk barang mahal, tunggu 30 hari

    Kebiasaannya, keinginan itu akan pudar. Jika masih ada selepas tempoh tersebut, barulah pertimbangkan semula secara rasional.

    1. Kenal pasti punca FOMO

    Setiap orang ada punca FOMO yang berbeza.

    Mungkin pengaruh daripada pempengaruh (influencer) tertentu, video unboxing atau rakan sekeliling.

    Apabila tahu punca mencetuskan keinginan membeli, anda boleh mula mengawalnya sama ada dengan menghadkan pendedahan atau menukar cara melihat perkongsian itu bukan sebagai hasutan untuk membeli.

    1. Tetapkan prinsip kewangan sendiri

    Tanpa prinsip yang jelas, anda mudah terikut-ikut dengan standard orang lain.

    Mulai hari ini, hanya beli barang mahal untuk kegunaan jangka panjang, elakkan hutang untuk perkara bukan keperluan dan utamakan simpanan sebelum gaya hidup.

    Prinsip ini akan menjadi penapis setiap kali anda berdepan dengan godaan.

    1. Fokus pada ketenangan, bukan penampilan

    Perlu ingat dan faham bahawa orang lain tidak terlalu peduli pun tentang apa yang anda miliki. Pada akhirnya, anda yang menanggung kesan setiap keputusan kewangan yang dibuat. Tidak perlu terikut-ikut trend semasa. Tiada siapa peduli melainkan nafsu sendiri.

    Barang mewah mungkin memberi kepuasan sementara tetapi kestabilan kewangan memberi ketenangan yang berpanjangan. – RELEVAN

    Previous ArticleBerapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    Next Article Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.