Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    By Umi FatehahNovember 5, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres. - GAMBAR HIASAN TIRACHARD KUMTANOM/PEXELS

    PERNAHKAH anda merasa tidak tenang hati dan dengan spontannya mahu mencari makanan? Pada masa tertentu, walaupun sudah kenyang kita makan didorong minda dan emosi yang sedang penat.

    Keadaan ini dipanggil emotional eating – makan bukan kerana lapar tetapi mahu menenangkan perasaan. 

    Ia mungkin membuatkan seseorang merasa lega untuk sementara waktu. Namun, untuk tempoh masa panjang, emotional eating boleh menjejaskan kesihatan dan emosi kerana punca stres tidak ditangani dengan betul.

    Berikut adalah empat tanda jelas kita makan kerana mengalami tekanan.

    1. Lapar datang secara tiba-tiba

    Rasa lapar kebiasaannya datang secara perlahan-lahan. Kita akan mula merasa perut kosong, tenaga berkurangan atau kepala sedikit pening. Ini semua tanda semula jadi tubuh memerlukan tenaga.

    Seseorang mungkin merasa lapar yang datang secara mengejut, itu petanda sebab yang lain sedang berlaku. Contohnya, baru 30 minit lepas makan tengah hari, anda tiba-tiba merasa mahu makan coklat, kerepek atau minuman manis. Itu bukan lapar fizikal tetapi tindak balas emosi yang mencari kelegaan secara cepat.

    Apabila berada dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon kortisol yang membuatkan otak mencari sesuatu yang boleh memberi ketenangan segera. 

    Makanan yang tinggi gula atau lemak mengaktifkan bahan kimia dalam otak yang memberi kepuasan sementara. Namun, kesannya tidak bertahan lama kerana perasaan tertekan akan kembali selepas itu.

    1. Mengidam makanan tertentu sahaja

    Tanda kedua ialah kita mengidam makanan tertentu. Kita akan makan apa-apa sahaja apabila lapar. Tetapi apabila lapar disebabkan emosi, kita mahu makanan tertentu seperti ais krim, burger, kentang goreng, boba atau coklat.

    Ini kerana makanan seperti ini sering dikaitkan dengan rasa gembira dan kepuasan segera. Ia membantu otak mengalih perhatian daripada memikirkan tekanan atau kesedihan. Kita jarang mengidam salad atau buah bila sedih kerana makanan itu tidak memberi kesan ‘penenang’ secepat gula atau karbohidrat tinggi.

    1. Makan tanpa sedar dan sukar berhenti

    Jika perasan diri asyik makan tanpa sedar atau sukar berhenti walaupun sudah kenyang, itu tanda bahawa lapar itu berpunca daripada emosi. 

    Apabila sedang tertekan, otak tidak dapat memfokuskan pada isyarat kenyang yang dihantar oleh perut. Jadi, kita terus mengunyah bukan kerana lapar tetapi kerana ingin menenangkan hati.

    Contohnya, sedang marah selepas bergaduh atau kecewa di tempat kerja, tangan secara automatik membuka tin biskut atau balang kerepek. Ia berlaku kerana makan menjadi cara paling mudah untuk lari daripada emosi tidak selesa. Tetapi bila ia dilakukan terlalu kerap, kita mula bergantung pada makanan untuk menenangkan diri, bukan menyelesaikan punca sebenar tekanan.

    1. Rasa bersalah selepas makan

    Tanda terakhir ialah kita rasa bersalah selepas makan. Kebiasaannya, bila rasa lapar, kita akan makan hingga kenyang kemudian sambung semula rutin seperti biasa. 

    Tapi bila makan disebabkan emosi, selepas makan kita masih tidak rasa puas. Sebaliknya, muncul rasa menyesal dan kecewa dengan diri sendiri.

    Rasa bersalah itu muncul kerana dalam hati kita tahu, makanan tadi bukan keperluan tubuh tetapi hanya cara untuk menenangkan emosi seketika.

    Kitaran ini tidak sihat dan meletihkan. Semakin stres, semakin banyak makan. Jadi, sebelum makan, kenal pasti punca sebenar terlebih dahulu. Lapar kerana sudah berjam-jam perut tidak diisi atau marah, bosan dan kesunyian?

    Jadi adalah penting untuk mengetahui apa yang mendorong kita makan dan mengawal tabiat supaya kita dapat mencapai keseimbangan. – RELEVAN

    Previous ArticleSumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    Next Article Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.