Umi Fatehah

MINGGU ini menandakan detik penting bagi pelajar di seluruh negara yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Debaran dan ‘peluh sejuk’ mula dirasai, membawa bersama harapan dan usaha bertahun-tahun.   Setelah berhempas pulas mengulang kaji, memahami konsep dan menghafal formula, kini tiba masanya untuk ‘berjuang’ di medan sebenar – dewan peperiksaan. Namun, peperiksaan bukan sekadar usaha fizikal dan mental; ia juga menuntut kebergantungan kepada Yang Maha Kuasa.   Sudah berusaha, tibalah masanya untuk berdoa dan bertawakkal. Serahkan segalanya kepada Allah selepas memberi yang terbaik.   Untuk membantu para pelajar, Relevan menyenaraikan doa-doa yang boleh diamalkan untuk memohon kemudahan, kelancaran fikiran dan ketenangan hati…

Read More

ESOK merupakan hari terakhir sebelum kita melangkah ke 2025. Untuk tahun baharu ini, mengapa tidak letakkan pendidikan sebagai teras azam kita?  Pendidikan bukan sekadar hak kanak-kanak di bangku sekolah, ia adalah perjalanan sepanjang hayat yang membentuk keperibadian, membuka pintu peluang dan menyalakan cahaya harapan dalam diri setiap insan. Membaca, jendela kepada dunia Jika ada satu azam yang mudah dan berkesan untuk diterapkan oleh semua lapisan masyarakat, ia adalah membaca.  Membaca bukan hanya sekadar menyelak halaman buku tetapi menyelami lautan ilmu yang mampu mengubah pandangan hidup. Buku membawa kita mengembara ke pelbagai dunia, memberi kita pengalaman tanpa perlu melangkah keluar dari…

Read More

TIRAI tahun baharu telah pun dibuka, membawa kita ke lembaran baharu yang dipenuhi dengan peluang, cabaran dan kemungkinan.  Setiap permulaan baharu adalah peluang terbaik untuk bermuhasabah, menetapkan matlamat dan mencipta impian yang lebih besar.  Tahun ini, marilah kita melangkah dengan harapan, keazaman dan semangat yang membara untuk mencapai kejayaan. Tidak kiralah sama ada dalam aspek kehidupan peribadi, kerjaya atau hubungan dengan orang di sekeliling kita. Menghargai pengajaran tahun lalu Sebelum kita melangkah ke hadapan, penting untuk menoleh ke belakang dan menghargai segala pengalaman yang dilalui sepanjang tahun lalu.  Setiap cabaran yang ditempuhi, kegagalan yang menampar dan kejayaan yang diraih, semuanya…

Read More

PEJAM celik, pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu. Tahun ini banyak perkara yang berlaku. Ada indah, ada gundah. Namun, semua yang berlaku meninggalkan pelbagai pesanan. Cuba anda muhasabah diri sendiri dan lihat semula tabiat kewangan sepanjang tahun ini. Bagaimana? Azam kewangan tahun lepas tercapai atau tidak? Sekiranya anda berjaya merealisasikan azam kewangan tahun sebelumnya, tahniah. Ini membuktikan bahawa anda disiplin untuk merealisasikan matlamat.  Sekiranya azam tahun sebelumnya tidak tercapai, tidak mengapa. Cuba lagi tahun ini. Namun, pastikan azam tahun ini disusun dengan lebih realistik agar anda lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.…

Read More

TAHUN baharu sering menjadi masa untuk menetapkan matlamat baharu. Tetapi apa salahnya jika anda mula merancang percutian untuk tahun hadapan, bukan?   Untuk memudahkan anda, Relevan telah menyusun senarai cuti umum di Malaysia bagi tahun 2025. Dengan panduan ini, anda boleh merancang rehat yang sempurna sama ada untuk percutian santai atau pulang ke kampung halaman.   Namun, jangan lupa! Tarikh-tarikh ini mungkin berubah jika ada pengumuman rasmi, jadi pastikan anda sentiasa menyemak jadual terkini.   JANUARI Tarikh dan Hari Peristiwa Negeri yang terlibat 1 Januari (Rabu)  Tahun Baharu 2024 Seluruh negara kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu 14 Januari (Selasa) Hari Keputeraan…

Read More

KRISMAS adalah perayaan yang dihayati oleh pelbagai masyarakat di seluruh dunia, membawa bersama pelbagai tradisi, makanan dan cara sambutan yang unik.  Setiap negara dan budaya mempunyai cara tersendiri untuk merayakan perayaan ini dan menjadikannya satu pengalaman yang berwarna-warni.  Dari hiasan pokok Krismas yang indah hingga pelbagai jenis hidangan yang menggugah selera, Krismas adalah waktu untuk berkumpul, bersosial dan menikmati momen berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan pengaruh globalisasi, tradisi Krismas telah berkembang dan diadaptasi di pelbagai tempat, mencerminkan keunikan budaya setempat. Mari kita menerokai tradisi Krismas yang unik di pelbagai negara dan melihat bagaimana masyarakat merayakan perayaan ini dengan cara…

Read More

HUTANG belajar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau pinjaman lain merupakan komitmen kewangan yang perlu diurus dengan bijak. Berikut adalah panduan untuk membantu pelajar dan graduan mengelola hutang dengan lebih efektif: Fahamkan jumlah dan terma pinjaman Langkah pertama ialah memahami secara menyeluruh jumlah keseluruhan pinjaman yang diambil serta jadual pembayaran balik yang telah ditetapkan. Pastikan anda memahami kadar faedah yang dikenakan, syarat-syarat pembayaran serta sebarang penalti yang mungkin dikenakan jika berlaku kelewatan pembayaran. Rancang bajet bulanan Asingkan antara 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan anda secara konsisten untuk bayaran balik pinjaman sebagai langkah utama…

Read More

SETIAP kali tahun baharu menjelang, kita sering terfikir tentang harapan dan azam yang ingin dicapai.  Antara azam yang paling popular adalah berkaitan dengan kesihatan kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Namun, mencipta gaya hidup yang sihat bukanlah sesuatu yang mudah.  Oleh itu, penting untuk kita merangka strategi yang berkesan agar azam kesihatan 2025 bukan sekadar angan-angan kosong tetapi satu kenyataan yang bakal direalisasikan. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk menjadikan azam kesihatan 2025 anda lebih bermakna. Tetapkan matlamat realistik dan spesifik Daripada sekadar berazam mahu menjadi lebih sihat, tetapkan matlamat spesifik seperti berjalan kaki 10,000 langkah…

Read More

YOU Only Live Once atau YOLO sering menjadi alasan untuk menikmati hidup sepenuhnya tanpa penyesalan di kemudian hari.  Sama ada membeli tiket konsert artis kegemaran, merancang percutian impian atau menabung untuk masa depan, setiap keputusan mencerminkan cara kita memberi nilai kepada kehidupan.  Namun, di sebalik konsep YOLO, penting untuk mempertimbang kesan keputusan ini terhadap kewangan dan matlamat jangka panjang. Jadi, mana satu pilihan terbaik? Menikmati pengalaman sekali seumur hidup atau memikirkan langkah yang lebih bijak untuk masa depan? Tiket konsert: Saat yang mungkin tidak akan berulang Mendapatkan peluang menonton persembahan artis kegemaran secara langsung adalah sesuatu yang luar biasa. Setiap…

Read More

BAGI kebanyakan orang, numismatik bermula sebagai hobi. Namun, dengan perkembangan pasaran moden, hobi ini kini diiktiraf sebagai bentuk pelaburan alternatif yang stabil.  Pasaran wang lama menunjukkan peningkatan nilai secara konsisten terutamanya bagi barang koleksi yang jarang ditemui. “Ramai beranggapan bahawa usia menentukan nilai wang lama. Usia bukan penunjuk utama nilai wang tertentu. “Hakikatnya, nilai sesuatu wang lebih bergantung kepada keunikannya dan permintaan pasaran yang melebihi penawarannya,” kata Ah Kai. Sebagai contoh, duit syiling 50 sen Parlimen keluaran 1967, 1968 dan 1969 dikeluarkan dalam bentuk dua jenis iaitu terbelah dan tidak terbelah.  Bagi syiling 50 sen terbelah keluaran tahun berkenaan dijual…

Read More