Umi Fatehah

BAYAR bil setiap bulan bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan. Berjimat cermat bukan gaya hidup tetapi terpaksa. Dan menyimpan? Itu satu usaha yang makin lama makin mustahil. Ramai antara kita sudah buat apa yang sepatutnya. Elak berbelanja mewah, masak di rumah, cuba menabung walau sedikit. Tetapi bila tengok baki akaun menjelang hujung bulan, rasa letih dan kecewa datang serentak. Duit hilang begitu sahaja. Apa yang tinggal hanyalah perasaan resah, gelisah dan bersalah. Lalu kita mula menyalahkan diri sendiri. Mungkin aku yang boros. Mungkin aku perlu lebih tegas. Tetapi hakikatnya, dalam sistem ekonomi yang menekan seperti hari ini, anda tidak kesunyian.…

Read More

DI media sosial, air lemon suam sering dikenalkan sebagai rahsia kesihatan yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Dari perut buncit, kulit kusam hinggalah sistem imun yang lemah, semua kononnya boleh diselesaikan dengan segelas air lemon suam setiap pagi. Ramai yang mula mengamalkan minuman itu setiap pagi dengan harapan ia mampu menjadi detoks semula jadi atau pembakar lemak. Namun, sejauh mana kebenarannya? Benarkah air lemon boleh memberikan kesan yang begitu menakjubkan? Atau sebenarnya, ada perkara penting yang tidak ramai tahu termasuk kesan sampingan yang boleh berlaku jika diambil secara berlebihan? Minuman asidik bukan untuk semua orang Lemon ialah buah yang bersifat sangat…

Read More

MELALUI pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 di Dewan Rakyat semalam, kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun bermula 2026 hingga 2035 bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat mendiami kediaman yang selesa dan selamat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran tersebut akan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif sedia ada seperti Program Residensi Madani, Program Perumahan Penjawat Awam, Program Bantuan Bina Baharu Rumah serta Program Perumahan Mampu Milik yang digerakkan oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta. “Sehingga tahun 2025, 492,000 unit rumah telah siap dan sedang dibina oleh kerajaan.  “Namun, isu ketidaksepadanan antara permintaan, penawaran…

Read More

DALAM pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan. Antaranya, untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk KEMAS serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam. “Untuk rekod, sehingga 2025, kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara.  “Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu. Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian,” katanya. Tambahnya, kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus iaitu melebihi…

Read More

RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pembangunan yang adil dan menyeluruh perlu dicapai dengan kerjasama semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat agar tiada golongan yang tercicir dalam arus kemajuan. “Perkhidmatan kesihatan kekal sebagai antara sektor utama yang diberikan perhatian serius oleh kerajaan dalam RMK13. “Sistem kesihatan awam negara kini berdepan cabaran besar termasuk inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi,” kata Perdana Menteri. Menurut pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini, beberapa inisiatif utama dirangka termasuk: Pelaksanaan Skim Perubatan Madani bagi menjamin akses kepada rawatan yang…

Read More

RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’ digubal dalam konteks ekonomi global yang kian mencabar. Menurut Perdana Menteri, perang tarif dan dasar perlindungan yang digerakkan oleh Amerika Syarikat serta langkah timbal balas oleh negara-negara lain mengubah secara ketara landskap ekonomi dunia.  Kemelut ini bukan sahaja mengganggu aliran perdagangan dan pelaburan antarabangsa malah menggugat kestabilan rantaian bekalan global dan lebih membimbangkan, berpotensi mencetuskan kemelesetan ekonomi di peringkat dunia. “Malaysia tidak terlepas daripada kesan krisis ini. Harga barangan dan kos sara hidup terus meningkat manakala peluang pekerjaan…

Read More

RANCANGAN Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026-2030 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’. Menurutnya, tempoh lima tahun ke hadapan adalah tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan berkualiti. RMK-13 digerakkan berdasarkan tiga kebijakan utama. Pertama, peneguhan aspek tatakelola baik sebagai teras utama pentadbiran negara bagi memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama dengan mengambil kira keperluan rakyat. katanya, Kerajaan Madani akan terus berusaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, meningkatkan kecekapan sistem…

Read More

SEKARANG, kita hidup dalam zaman teknologi yang serba canggih. Oleh itu, ramai pelajar sudah memiliki telefon pintar sendiri. Telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk bermain permainan atau menonton video tetapi menjadi keperluan bagi memudahkan urusan pelajaran dan komunikasi dengan keluarga. Namun, apabila sudah memiliki telefon pintar, ramai pelajar mula tertarik untuk mencuba media sosial. TikTok, Instagram dan Facebook dilihat sebagai sesuatu yang semakin popular dan menyeronokkan. Disebabkan media sosial kini menjadi trend dan hampir semua orang menggunakannya, para pelajar juga tidak mahu berasa ketinggalan. Ramai yang mahu berkongsi gambar, menonton video hiburan atau melihat pelbagai kandungan menarik yang dimuat…

Read More

SETIAP kali berbual dengan rakan atau keluarga, pasti ada yang mengeluh penat bekerja. Ada yang kata gaji kecil buat mereka tertekan. Ada pula yang rasa hidup semakin kosong walaupun duit makin banyak. Kelihatannya, ramai yang terperangkap antara dua keadaan: tiada duit atau tiada masa. Pernahkah anda terfikir, mana satu sebenarnya lebih melelahkan? Miskin masa atau miskin duit? Apabila duit tidak pernah cukup Tidak dinafikan, hidup tanpa duit yang cukup memang memenatkan. Semua perkara terasa terbatas. Hendak makan sedap, perlu fikir dua tiga kali dahulu. Mahu pulang ke kampung, kena kira kos tol dan minyak dahulu. Malah, ada yang terpaksa tangguh…

Read More

TIDAK semua orang berpeluang atau bersemangat untuk ke gim. Sama ada kerana kekangan masa, malu dan ada juga yang ingin jimat wang.  Hakikatnya, tidak perlu melanggan keahlian gim yang mahal atau peralatan profesional untuk kekal aktif. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dari rumah atau di kawasan sekitar berbekalkan sedikit usaha dan kreativiti. Berikut adalah enam cara mudah dan berkesan untuk kekal cergas tanpa ke gim. Berjalan atau berlari di sekitar kawasan rumah Berjalan atau berjoging adalah antara senaman kardiovaskular yang paling mudah dan terbukti membantu kesihatan jantung, membakar lemak dan mengurangkan stres. Jika tinggal di kawasan perumahan…

Read More