Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    By Umi FatehahNovember 20, 2025Updated:November 21, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor. - GAMBAR HIASAN KMERRIMAN/PEXELS

    PERCUTIAN yang sepatutnya membawa kegembiraan bertukar tragedi bagi sepasang suami isteri dari Russia di Langkawi, apabila anak lelaki mereka berusia dua tahun meninggal dunia selepas disengat ubur-ubur. 

    Walaupun sudah menerima rawatan awal dan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, mangsa disahkan meninggal dunia akibat keracunan daripada sengatan tersebut.

    Kejadian ini menjadi peringatan penting bahawa walaupun kebanyakan sengatan ubur-ubur hanya menyebabkan iritasi ringan, ada spesies tertentu yang mampu mengancam nyawa terutamanya kanak-kanak, warga emas atau sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan.

    Menurut Cleveland Clinic, berikut ialah panduan apa yang perlu dilakukan sekiranya disengat ubur-ubur.

    Bagaimana sengatan ubur-ubur berlaku?

    Ubur-uburmemiliki sel penyengat yang dipanggil nematosista dan terletak pada tentakelnya. Setiap tentakel boleh mengandungi ribuan sel ini dan setiap satu memancutkan venom apabila tersentuh kulit manusia.

    Ubur-ubur tidak menyerang manusia tetapi sengatan biasanya berlaku apabila kita tersentuh tentakel ketika berenang atau berjalan di tepi pantai.

    Kesan sengatan terhadap badan

    Reaksi tubuh selepas disengat ubur-ubur bergantung pada beberapa faktor, termasuk:

    • Jenis ubur-ubur
    • Umur, kesihatan dan berat badan mangsa
    • Kawasan dan keluasan kulit yang terkena
    • Tempoh selepas disengat masuk ke dalam tubuh

    Simptom disengat ubur-ubur

    Apabila seseorang disengat ubur-ubur, reaksi awalnya mungkin hanya iritasi ringan. Mangsa boleh merasa pedih, terbakar atau seperti dicucuk pada kulit. Kawasan yang terkena sering berubah warna seperti kemerahan, keunguan atau kecoklatan seakan ruam dan mungkin terasa gatal atau berdenyut. 

    Dalam beberapa kes terutamanya jika jenis ubur-ubur sangat berbisa, reaksi boleh menjadi jauh lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Mangsa mungkin menghadapi kesukaran bernafas atau mengalami sakit dada yang tidak normal. Otot pula boleh menjadi kejang dan ada yang akan merasa kebas atau sensasi mencucuk-cucuk di anggota badan. 

    Loya atau muntah juga boleh berlaku dan lebam atau lepuh mungkin muncul di kulit. Sesetengah orang sukar menelan, berpeluh dengan banyak atau sakit perut yang teruk. 

    Sekiranya sebarang gejala sebegini muncul selepas sengatan, adalah sangat penting untuk segera mendapatkan bantuan perubatan di hospital berdekatan.

    Apa yang perlu dilakukan jika disengat ubur-ubur

    1. Bilas kawasan terkena dengan air laut 

    Air paip atau air tawar boleh mengaktifkan lebih banyak nematosista, menyebabkan venom keluar lebih banyak. Jadi, gunakan air laut untuk bilas tentakel dan venom pada kulit.

    1. Keluarkan tentakel yang masih melekat

    Gunakan penyepit (tweezers) atau sarung tangan. Jangan tarik dengan tangan sahaja kerana venom masih boleh dilepaskan.

    1. Tuang cuka atau alkohol (rubbing alcohol)

    Ini bagi menghentikan tembakan nematosista yang masih aktif. Tetapi perlu diingatkan bahawa jika disegat oleh ubur-ubur Portuguese man-of-war (Physalia), jangan gunakan kaedah ini kerana boleh mengaktifkan lebih banyak venom.

    1. Kurangkan rasa sakit dan bengkak

    Sapukan calamine lotion atau krim hidrokortison. Gunakan ais atau air suam untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan. Elakkan menggosok kawasan yang disengat.

    Ramai yang masih percaya mitos bahawa kencing pada kawasan sengatan boleh membantu meredakan kesakitan, namun hakikatnya tindakan itu tidak memberikan sebarang manfaat. Urin tidak mampu meneutralkan venom dan malah boleh menjadikan rasa pedih semakin teruk. 

    Begitu juga dengan penggunaan air tawar. Ia tidak sesuai digunakan untuk membilas kawasan yang disengat kerana air tawar boleh mengaktifkan lebih banyak sel penyengat yang masih melekat pada kulit. 

    Selain itu, kawasan sengatan tidak sepatutnya digosok dengan pasir atau tuala. Tindakan menggosok hanya menyebabkan lebih banyak nematosista melepaskan venom, sekali gus meningkatkan kesakitan dan keradangan. – RELEVAN

    Previous Article6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    Next Article Adakah kewangan anda stabil?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.