Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    By Umi FatehahNovember 19, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ancaman Salmonella dan cara mengatasinya. - GAMBAR HIASAN FILIROVSKA/PEXELS

    KITA selalu mendengar orang berpesan, “Masak ayam sampai betul-betul masak, nanti dijangkiti salmonella.”

    Tidak ramai yang memahami apa sebenarnya salmonella dan mengapa ia sering dikaitkan dengan ayam, telur dan makanan mentah lain. 

    Apa itu salmonella?

    Menurut Mayo Clinic, salmonella ialah sejenis bakteria yang kebiasaannya hidup dalam usus haiwan dan manusia. 

    Ia merebak melalui makanan atau minuman yang tercemar terutamanya ayam mentah, telur, susu tidak dipasteur serta buah dan sayur yang tercemar semasa diproses. Namun, bakteria ini tidak dapat dilihat secara fizikal dan tidak mengubah rupa, bau atau rasa makanan. 

    Jadi kita tidak akan mengetahui makanan itu selamat atau tidak hanya dengan melihat atau menghidunya.

    Bagaimana jangkitan berlaku?

    Jangkitan salmonella berlaku apabila seseorang termakan makanan atau minuman yang mengandungi bakteria itu. Ia boleh berlaku apabila makanan tidak dimasak dengan sempurna, peralatan dapur tidak dibersihkan selepas menyentuh bahan mentah atau makanan siap dimakan dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama. 

    Walaupun ayam dan telur adalah sumber paling biasa, pencemaran silang (cross contamination) di dapur boleh menyebabkan makanan lain turut membawa bakteria seperti contohnya salad, buah potong atau lauk yang sudah siap dimasak.

    Kesan dan gejala jangkitan salmonella

    Simptom biasanya muncul dalam tempoh enam jam hingga enam hari selepas terdedah kepada bakteria. 

    Kebanyakan orang akan mengalami cirit-birit, muntah, sakit perut, demam dan dehidrasi. Walaupun boleh pulih sendiri, kanak-kanak kecil, warga emas, wanita hamil dan individu dengan imuniti rendah lebih mudah mengalami komplikasi. 

    Dalam kes yang teruk, bakteria boleh masuk ke dalam aliran darah dan memerlukan rawatan hospital.

    Cara mengelakkan jangkitan salmonella

    Walaupun salmonella berbahaya, langkah pencegahannya sebenarnya mudah jika kita menjaga asas kebersihan dan cara pengendalian makanan.

    1. Masak makanan pada suhu yang betul

    Pastikan ayam dimasak sekurang-kurangnya 75°C dan telur dimasak hingga putih dan kuningnya pejal. 

    Untuk daging, elakkan bahagian yang masih mentah atau berdarah kecuali jika ia memang selamat dimakan pada tahap masak tertentu dan sumbernya boleh dipercayai.

    Kalau tiada termometer, pastikan jus ayam tidak lagi merah dan tekstur daging tidak lembik di bahagian tengah.

    1. Elakkan pencemaran silang

    Gunakan papan pemotong berasingan untuk bahan mentah dan makanan yang sudah siap dimakan.

    Basuh pisau dan peralatan yang digunakan untuk ayam mentah sebelum potong sayur atau buah. Letakkan bahan mentah di rak bawah peti sejuk supaya airnya tidak menitis ke makanan lain.

    1. Cuci tangan dan peralatan dengan betul

    Pastikan tangan dibasuh sebelum dan selepas menyentuh bahan mentah dan bersihkan peralatan dapur dengan sabun serta air panas. Selepas memotong ayam atau daging, lap permukaan dapur supaya tiada sisa yang tertinggal.

    1. Cairkan makanan mentah beku dengan selamat

    Cara selamat untuk mencairkan makanan mentah beku seperti ayam dan daging ialah dicairkan dalam peti sejuk. Walaupun mengambil masa lebih lama, cara ini tidak akan menyebabkan bakteria membiak dengan lebih banyak.

    Cara lain yang masih selamat ialah kaedah air sejuk. Kaedah air sejuk dilakukan dengan meletakkan ayam beku dalam beg plastik kedap udara, kemudian merendamnya dalam bekas berisi air paip sejuk. Air perlu ditukar setiap 30 minit supaya suhunya kekal rendah.

    Anda juga boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) dalam tetapan defrost. Perlu diingatkan makanan mentah yang sudah dicairkan perlu dimasak serta-merta. 

    Pastikan ayam diletakkan dalam beg atau bekas kedap supaya airnya tidak meleleh. Jangan sekali-kali mencairkan ayam di atas kaunter pada suhu bilik kerana keadaan itu menggalakkan pertumbuhan bakteria.

    1. Pilih sumber makanan yang selamat

    Pilih ayam, telur dan susu daripada pembekal yang diyakini dan elakkan produk tenusu yang tidak dipasteur. Semasa membeli, periksa tarikh luput dan pastikan pembungkusannya masih elok tanpa sebarang kerosakan.

    Dengan memahami bagaimana ia merebak dan bagaimana cara pencegahannya, kita dapat mengendalikan makanan dengan lebih selamat dan mengurangkan risiko keracunan makanan di rumah. – RELEVAN

    Previous ArticleRisiko terlalu lama depan laptop
    Next Article 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.