Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

    By Umi FatehahNovember 25, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MUSIM tengkujuh kini kembali. Hujan lebat berterusan, laporan banjir di media sosial dan berita ramai yang dipindahkan meningkatkan kebimbangan orang ramai. Bagi penduduk di kawasan yang berisiko, kegusaran itu meningkat berkali ganda. 

    Dalam keadaan genting seperti ini, seperti yang disyorkan oleh Yayasan Ikhlas, anda digesa menyediakan kit banjir.

    Apa itu kit banjir?

    Kit banjir atau lebih dikenali sebagai beg kecemasan atau dikenali sebagai Bug Out Bag (BOB). Ia sebuah beg yang mengandungi keperluan asas untuk membantu anda dan keluarga bertahan sekurang-kurangnya 24 hingga 72 jam selepas kejadian banjir.

    Ia bukan beg untuk melarikan diri jauh dari kawasan banjir tetapi beg yang membolehkan anda berpindah dengan pantas ke lokasi selamat atau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tanpa mencari barang secara tergesa-gesa pada saat kecemasan.

    Beg ini sepatutnya bersifat mudah dicapai, ringan dan kalis air atau sekurang-kurangnya kedap udara. 

    Fungsi utama kit banjir ialah memastikan anda mempunyai apa yang perlu sementara menunggu bantuan. Ini kerana semasa bencana, akses kepada makanan, elektrik atau ubat-ubatan mungkin terhad.

    10 barang wajib ada dalam kit banjir

    Yayasan Ikhlas menegaskan kandungan kit banjir tidak perlu mewah atau mahal. Paling penting ialah keperluan asas yang betul. Setiap barang ini ada fungsinya dalam memastikan keselamatan, komunikasi dan keselesaan minimum ketika kecemasan.

    1. Beg kalis air

    Air adalah musuh utama ketika banjir. Dokumen dan peralatan elektronik boleh rosak dalam sekelip mata. Beg kalis air membantu memastikan semua barang dalam keadaan kering walaupun anda terpaksa meredah air.

    1. Lampu suluh

    Kawasan banjir selalunya akan mengalami gangguan bekalan elektrik. Lampu suluh kecil tetapi tahan lama memadai untuk membantu anda bergerak atau mencari barang dalam gelap.

    1. Power bank

    Komunikasi sangat penting untuk mendapatkan bantuan. Pastikan power bank dicas sepenuhnya. Jika mampu, pilih yang mempunyai fungsi lampu LED.

    1. Air minuman

    Badankan mudah terhidrasi semasa bencana. Paling minimum simpan sekurang-kurangnya satu atau dua botol air mineral dalam kit.

    1. Wisel

    Jika terperangkap atau memerlukan bantuan, wisel menghasilkan bunyi yang lebih nyaring dan menjimatkan tenaga berbanding menjerit.

    1. Pelitup muka

    Di PPS, ramai orang akan ditempatkan dalam satu ruang. Pelitup muka membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit terutamanya selesema, influenza atau batuk.

    1. Baju hujan/ponco

    Baju hujan memudahkan pergerakan dalam hujan lebat dan mengelakkan badan menjadi terlalu sejuk, terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas.

    1. Dokumen penting

    Antara dokumen penting yang perlu ada ialah kad pengenalan, sijil lahir kanak-kanak, buku kesihatan anak, resit ubat, dokumen insurans, kad OKU (jika ada). Simpan semua dokumen penting dalam satu plastik atau bekas kalis air.

    1. Wang tunai

    Ketika bencana, mesin ATM mungkin tidak berfungsi. Banyak urusan kecemasan seperti membeli makanan atau minyak petrol memerlukan wang tunai. Jadi, lebih baik anda sediakan sejumlah wang tunai untuk situasi kecemasan.

    1. Makanan tahan lama

    Pilih makanan yang tidak perlu dimasak, seperti biskut, roti kering, sardin atau makanan ringan yang memberi tenaga segera seperti coklat atau energy bar.

    Seperti diingatkan oleh Yayasan Ikhlas, Tiada siapa mahu ditimpa musibah tetapi langkah bijak bermula dengan persediaan. Kit kecemasan ini nampak biasa tetapi dalam waktu genting, ia boleh membantu anda kekal tenang dan selamat. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.