AMAL HAYATI FAUZI

“KITA adalah apa yang kita makan”. Ungkapan ini sering dikaitkan dengan kepentingan menjaga pemakanan kerana apa yang diambil setiap hari memberi kesan terhadap kesihatan dalaman tubuh badan, khususnya sistem pencernaan dan usus. Apabila usus mengalami gangguan, tubuh badan akan mula memberi isyarat tertentu. Ada kalanya, tanda-tanda tersebut memberi reaksi pada kulit terlebih dahulu. Berikut lima keadaan kulit yang boleh menjadi petunjuk bahawa usus anda sedang bermasalah. Ruam, kulit bersisik atau kemerahan Kulit naik ruam, rasa gatal, bersisik atau kemerah-merahan yang sukar hilang? Ciri-ciri ini dikaitkan dengan tindak balas imun yang berpunca dari usus. Antaranya: Pengambilan makanan yang tidak sesuai untuk…

Read More

SATU dalam setiap 100 bayi yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital atau Congenital Heart Disease (CHD), iaitu masalah jantung yang wujud sejak lahir dan boleh menjadi ‘pembunuh senyap’ jika tidak dikesan lebih awal. Menurut pakar perubatan sebuah hospital swasta, Dr. Lim Wooi Kok, pengesanan awal serta rawatan moden kini memberi peluang lebih cerah kepada bayi untuk membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, demi mengelak perkara tidak diingini berlaku, ibu bapa disaran agar kekal peka terhadap tanda-tanda awal dan tidak memandang ringan pemeriksaan kesihatan bayi sejurus selepas kelahiran. Dua kategori utama masalah jantung kanak-kanak Penyakit jantung kongenital (sejak lahir) Keadaan…

Read More

Ramai menganggap bahagian atas peti ais ialah ruang tambahan yang sesuai untuk meletakkan pelbagai barang.  Disebabkan permukaannya rata dan mudah dicapai, ramai menjadikannya tempat simpanan tanpa memikirkan kesannya.  Sebenarnya, bahagian atas peti ais sering terdedah kepada haba sehingga boleh menjejaskan kualiti barangan tertentu dan mengundang risiko keselamatan. Berikut ialah 10 barang yang tidak sesuai diletakkan di atas peti ais: Minyak masak Minyak masak sensitif terhadap haba. Jika diletakkan lama di atas peti ais, suhu panas boleh mempercepat proses pengoksidaan dan menyebabkan minyak berubah bau serta menjadi tengik. Roti Menyimpan roti di atas peti ais boleh menyebabkan plastik pembungkus berwap akibat…

Read More

KESIBUKAN kerja mendorong ramai orang memilih untuk bersenam pada waktu malam. Namun, amalan itu menimbulkan perdebatan apabila ada yang berpendapat tubuh badan sepatutnya berehat selepas seharian bekerja. Menerusi laporan oleh Berita Harian, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Azhar Yaacob berkata, senaman pada waktu malam tidak semestinya memudaratkan, sebaliknya mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung kepada keadaan individu serta cara ia dilakukan. Risiko atau tidak bersenam waktu malam ? Menurut Azhar, bagi individu yang sudah biasa bersenam pada waktu malam, rutin itu boleh menjadi jadual harian yang konsisten walaupun sibuk bekerja. “Selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh…

Read More

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan harga barang, ‘side income’ atau pendapatan daripada kerja sampingan boleh menjadi penyelamat beban kewangan anda.  Perancang kewangan berlesen, Adam Zubir berkata, penggantungan kepada satu sumber pendapatan boleh menyebabkan seseorang berasa kurang selamat dari sudut kewangan. Berikut merupakan tujuh idea ‘side income’ terbaik di Malaysia yang dikongsikan oleh Adam Zubir. Guru tuisyen atau tutor Guru tuisyen atau tutor separuh masa merupakan pekerjaan sampingan yang popular, khususnya dalam kalangan golongan muda. Adam berkata, seseorang boleh memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lain-lain untuk mengajar pelajar sekolah.  “Ada juga permintaan…

Read More

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026 baru-baru ini.  Pemilihan bandar berkenaan dibuat berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets). Ini adalah 10 bandar paling bahagia di negara ini. Simpang Renggam, Johor Simpang Renggam popular dengan hasil nanas. Di sini terletaknya Ladang Nanas Peninsular yang merupakan ladang nanas terbesar negara. Bagi penggemar seni dan fotografi, mural Tiger of Renggam pasti mencuri perhatian. Lukisan pada bangunan lama berusia hampir satu abad itu pernah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Green Apple Awards for Beautiful Buildings tahun 2019. Dabong, Kelantan…

Read More

RAMAI pelajar cenderung meletakkan tumpuan sepenuhnya terhadap akademik semata-mata. Hakikatnya, dunia pendidikan dan kerjaya masa kini semakin menuntut lebih daripada sekadar markah pada kertas peperiksaan.  Universiti dan pasaran kerja mula memberi perhatian kepada kemahiran insaniah, pengalaman praktikal serta kebolehan beradaptasi dalam pelbagai situasi. Justeru, penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah perlu menjadi nilai tambah penting yang mampu membentuk masa depan seseorang pelajar. AKTIF SEBAGAI AHLI KELAB KOPERASI Salah satu contohnya ialah penglibatan dalam kelab koperasi sekolah. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada urusan jual beli, pengurusan stok serta pengiraan untung dan rugi. Tanpa sedar, pelajar sebenarnya sedang mengasah kemahiran…

Read More

DI sebalik kegembiraan menerima bonus daripada syarikat, persoalan penting yang perlu ditanya pada sendiri adalah langkah terbaik untuk menguruskan wang bonus itu Menurut perancang kewangan berlesen, Dr. Adam Zubir, bonus merupakan peluang keemasan untuk memperbaiki kedudukan kewangan.  Beliau menekankan bahawa ada tiga tindakan penting yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan duit bonus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selesaikan hutang sedia ada dahulu Langkah bijak selepas menerima bonus ialah menyelesaikan hutang dengan kadar faedah tinggi seperti kad kredit atau pinjaman peribadi. “Selagi hutang belum selesai, sebahagian pendapatan masa depan anda telah dicuri oleh hutang yang telah anda buat. “Apabila melangsaikan hutang lebih awal, ia…

Read More

ADA masanya kita terlalu sibuk sehingga terlupa untuk makan  yang menjadi satu keperluan  setiap manusia. Menurut pakar dietetik dan nutrisi, Gabrielle Trinsley, meninggalkan perut terlalu lama kosong akan mendorong tubh badan manusia untuk beralih kepada mod penjimatan tenaga secara tidak langsung.  Keadaan ini didakwa berbahaya kerana ia mempengaruhi tahap tenaga dan emosi sementara kadar metabolisme individu terbabit akan sentiasa berubah. Apa yang berlaku apabila terlupa makan? Paras gula dalam darah menurun Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, anda mungkin mengalami simptom seperti menggigil, cepat marah, perubahan emosi, sakit kepala dan keletihan. Metabolisme menjadi lebih perlahan Tubuh badan akan membakar kalori dengan…

Read More

SIAPA sangka, kuku boleh menjadi petunjuk awal kepada keadaan kesihatan dalaman seseorang. Kajian yang diterbitkan dalam Indian Dermatology Online Journal pada tahun 2015 menyatakan bahawa kuku bertindak sebagai jalan pintas kepada penyakit sistemik. Menurut pakar pemakanan, Dr. Rohini Patil, terdapat beberapa perubahan pada kuku yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin berkait dengan masalah kesihatan seperti kekurangan nutrien, gangguan tiroid, penyakit hati, buah pinggang, jantung dan paru-paru. Tompok putih pada kuku Ramai beranggapan kesan tompok putih pada kuku tidak berbahaya kerana berkemungkinan besar ia berpunca daripada kecederaan kecil sahaja. Namun dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi tanda kekurangan zink…

Read More