Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip beli barangan kemas terpakai

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    By RELEVANJune 24, 2026Updated:June 24, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tip beli barangan kemas terpakai. - GAMBAR HIASAN

    BARANGAN kemas menjadi kegilaan sejak zaman berzaman tanpa mengira usia dan golongan. Hal ini kerana nilainya yang terus melonjak menyebabkan ia menjadi aset simpanan.

    Terdapat pelbagai jenis barangan kemas yang ditawarkan di pasaran, ada yang baharu dan juga terpakai (preloved).

    Berkongsi mengenai pembelian barangan kemas preloved ini, Ahli Lembaga Pengarah Kedai Emas Sri Semantan Sdn. Bhd. (KESS) Shaaini Md. Jumaat berkata, barangan kemas terpakai lebih menguntungkan kerana tiada caj upah pembuatan yang menjadi sebab harga barangan kemas berganda-ganda mahal.

    Dari kiri Shaaini; Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Mahmood dan Ahli Lembaga Pengarah KESS, Sharif Saman pada sidang akhbar bersempena majlis pelancaran cawangan ke-16 KESS di Bangi.

    Pembeli juga berpeluang untuk memiliki rekaan klasik yang sudah tidak lagi dikeluarkan di pasaran semasa.

    Sehubungan itu, beliau yang merupakan salah seorang individu penting di KESS yang terkenal sebagai syurga barangan kemas terpakai dan kini sudah mempunyai 16 cawangan termasuk terbaharu di Bangi, berkongsi lima tip penting untuk mereka yang mahu membeli barangan kemas preloved seperti berikut:

    1. Beli ikut kemampuan

    Cari barangan kemas terpakai mengikut modal atau wang yang kita ada supaya tidak berbelanja melebihi kemampuan.

    Beli mengikut bajet anda, jangan paksa diri sehingga mengambil duit yang sepatutnya untuk perbelanjaan lain. Tidak mengapa beli yang kecil dahulu, jika ada duit lebih pada masa akan datang belilah yang lebih mahal atau tambah lagi koleksi.

    2.⁠ ⁠Corak atau rekaan

    Tengok dahulu corak atau rekaan yang mana anda suka kerana setiap orang cita rasa tidak sama. Walaupun barangan kemas preloved tetapi ia menawarkan pelbagai corak menarik, lama dan baharu. Tepuk dada, tangan selera.

    Bagi golongan muda sudah pasti mereka sukakan corak baharu yang lebih segar.

    3.⁠ ⁠Ketelitian pembuatan

    Sebelum membeli, anda perlu meneliti dan tengok betul-betul. Jangan harapkan kedai emas sahaja untuk menelitinya kerana dalam jumlah barangan kemas yang banyak kita khuatir mereka juga terlepas pandang.

    Semak dengan teliti satu persatu dan setelah berpuas hati baru buat keputusan untuk membeli.

    4.⁠ ⁠Semak kualiti atau gred emas

    Pembeli juga perlu tengok kualiti emas dan gred sama ada 916 atau lebih bawah. Jika anda berasa tidak yakin atau was-was, minta staf kedai emas untuk memeriksanya. Setiap kedai emas mempunyai mesin khas untuk memeriksa kualiti dan gred emas.

    5.⁠ ⁠Waktu sesuai beli emas

    Melihat kepada trend sekarang dan harga emas semasa yang sedang turun, inilah masa terbaik untuk membeli barangan kemas terpakai.

    Ambillah peluang ketika masih ada. Harga emas mungkin turun naik dalam jangka pendek, namun sejarah menunjukkan nilainya berpotensi meningkat dari semasa ke semasa. Di situlah terletaknya kelebihan menyimpan emas. – RELEVAN

    Previous ArticleKita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Next Article 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.