SETIAP kali sambutan perayaan, meja makan pasti penuh dengan juadah lazat. Tambah pula, Hari Raya Aidiladha sememangnya sinonim dengan lauk berasaskan daging hasil daripada pengagihan sembelihan ibadah korban. Rendang, gulai kawah, sup tulang, sate dan pelbagai hidangan berasaskan daging menjadi sajian utama dari pagi hingga malam. Walaupun menyelerakan, pengambilan makanan yang terlalu berat, berminyak dan berlebihan boleh menyebabkan badan lesu atau perut kembung. Keadaan ini sebenarnya petanda tubuh badan memerlukan ‘rehat’ selepas beberapa hari menikmati juadah raya tanpa kawalan. Justeru, berikut beberapa langkah mudah untuk detoks badan agar kembali segar selepas raya. Minum air kosong secukupnya Ketika beraya, ramai lebih…
AMAL HAYATI FAUZI
DAGING ibadah korban sememangnya juadah yang dinanti-nantikan setiap kali Hari Raya Aidiladha. Selain enak dimasak dalam pelbagai hidangan, daging merah kaya dengan khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh badan jika diambil secara sederhana dan dikendalikan dengan cara yang betul. Daging korban kaya dengan khasiat Daging merah mengandungi pelbagai zat nutrisi penting untuk kesihatan tubuh. Antaranya ialah zink yang membantu menguatkan sistem imun badan bagi melindungi diri daripada jangkitan kuman. Selain itu, daging merah kaya dengan vitamin B kompleks yang berfungsi membantu proses pemulihan sel-sel tubuh serta menyokong kesihatan otak. Kandungan proteinnya yang tinggi pula penting untuk pembentukan otot yang kuat…
PERSEKITARAN kerja yang sihat dan positif adalah asas kejayaan sesuatu organisasi. Perkara sama juga dilihat dalam menguruskan keluarga. Menurut Talent Labs, berikut merupakan ciri-ciri tempat kerja dengan persekitaran positif yang menjadi idaman ramai pekerja. Usaha dan pandangan dihargai Tempat kerja yang menghargai pandangan dan usaha pekerja kebiasaannya mempunyai budaya kerja yang terbuka serta saling menghormati. Setiap idea yang dikemukakan diberi perhatian dan dipertimbangkan secara serius, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Secara tidak langsung, pekerja akan berasa lebih dihargai dan bersemangat untuk terus meningkatkan prestasi kerja mereka. Menghormati privasi dan keseimbangan diri Jika tempat kerja anda menghormati urusan peribadi dan…
PERNAHKAH bau badan membuatkan anda berasa kurang selesa, sama ada di tempat kerja, bersama rakan, atau di dalam kenderaan awam?⁸ Selain menjejaskan penampilan dan keyakinan diri, bau badan boleh menjadi petunjuk sesuatu mungkin berkaitan kesihatan. Bagaimana Bau Badan Terbentuk Genetik Faktor keturunan mempengaruhi keadaan tubuh badan seperti penghasilan peluh, menjadikan bau badan berbeza antara satu sama lain. Usia Remaja dan orang dewasa cenderung mengalami bau badan yang lebih ketara kerana aktiviti hormon yang merangsang kelenjar peluh. Diet Makanan beraroma kuat seperti bawang putih, rempah, alkohol dan kafein boleh menyumbang kepada bau badan. Punca terjadinya bau…
KOLESTEROL tinggi sememangnya membahayakan nyawa kerana ia boleh berlaku tanpa sebarang gejala yang jelas. Jika tidak dikawal, keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah salur darah tersumbat. Selain pengambilan ubat dan pemeriksaan kesihatan berkala, pemilihan makanan yang betul juga memainkan peranan penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Oat bantu singkir kolesterol Oat merupakan makanan terbaik untuk membantu mengawal kolesterol kerana ia kaya dengan serat larut yang membantu membuang kolesterol dari badan. Ia juga membuatkan seseorang kenyang lebih lama sekali gus membantu mengawal berat badan. Cara mudah menikmatinya ialah dengan mengambil oat bersama susu rendah lemak…
DUNIA pekerjaan hari ini tidak seindah yang disangka. Oleh sebab itu, ramai graduan masih terperangkap dengan pelbagai tanggapan tentang kerjaya sehingga timbul rasa takut, tertekan dan hilang keyakinan sebelum memulakan pekerjaan. Ditambah pula dengan budaya media sosial yang memaparkan kejayaan kerjaya secara sempurna, ramai graduan mula merasakan mereka ketinggalan walaupun baru sahaja menamatkan pengajian. Hakikatnya, tiada siapa yang benar-benar mempunyai laluan kerjaya yang sempurna. Kerjaya adalah proses pembelajaran yang sentiasa berubah, bukan perlumbaan untuk cepat berjaya. Menurut Talent Labs, berikut merupakan beberapa mitos tentang kerjaya yang sering menakutkan graduan. Pekerjaan pertama menentukan seluruh masa depan Ramai graduan percaya bahawa mereka…
KESIBUKAN kerja dengan rutin harian yang padat sehingga pulang lewat malam tidak hanya menyebabkan keletihan, malah berpotensi meningkatkan risiko obesiti. Kajian terbaharu yang dibentangkan pada Kongres Obesiti Eropah di Istanbul baru-baru ini mendapati pengurangan satu peratus dalam jumlah jam bekerja tahunan memberi kesan kepada berat badan. Berdasarkan kajian ia juga berkait dengan penurunan kadar obesiti sebanyak 0.16 peratus dalam kalangan negara anggota Organisation for Economic Co-operation dan Development (OECD). Penemuan itu memberi gambaran bahawa cara hidup moden yang dipenuhi budaya kerja lebih masa boleh menjadi salah satu faktor utama peningkatan masalah berat badan dalam masyarakat. Risiko meningkat bagi individu bekerja…
MALAYSIA mempunyai pelbagai pusat beli-belah mega yang dibina dengan keluasan luar biasa. Secara tidak langsung, ia mencerminkan perkembangan pesat industri runcit dan pembangunan komersial negara. Menariknya, salah satu daripadanya turut diiktiraf sebagai pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara. Berikut merupakan 10 pusat beli-belah terbesar di Malaysia berdasarkan keluasan keseluruhan kompleks. IOI City Mall Keluasan: 8.4 juta kaki persegi (Fasa satu dan dua) Tarikh operasi: 20 November 2014 Pemilik: IOI Properties Group Berhad Diiktiraf sebagai antara pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara, IOI City Mall terkenal dengan pelbagai tarikan keluarga termasuk gelanggang ais, taman tema dalaman serta lebih 700 lot perniagaan.…
APA yang pada awalnya kelihatan seperti demam biasa sebenarnya boleh mengancam nyawa dalam tempoh yang singkat. Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kewujudan virus Hantavirus. Virus ini bermula dengan gejala ringan seperti demam, sakit badan dan keletihan seakan-akan selesema bermusim. Namun dalam sesetengah kes, keadaan boleh menjadi semakin serius apabila paru-paru mula terjejas. Menerusi laporan oleh The Times of India, pakar perubatan paru-paru, Dr. Arjun Khanna berkata, ramai pesakit tidak menyedari bahaya penyakit ini kerana simptom awalnya kelihatan seperti jangkitan biasa. Tanda awal Hantavirus Demam Sakit kepala Sakit otot dan badan Loya Lemah dan tidak bermaya Keletihan melampau Gejala ini muncul…
RAMAI beranggapan bulu pada jari kaki adalah perkara biasa. Namun menurut laporan oleh The Economic Times, keadaan ini sebenarnya boleh memberi gambaran tentang tahap kesihatan peredaran darah dalam tubuh seseorang. Bulu pada jari kaki tanda aliran darah baik Khabar baiknya, bulu pada jari kaki merupakan petanda positif. Folikel rambut memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk terus tumbuh dengan sihat. Ini bermakna darah mampu mengalir dengan baik sehingga ke anggota badan yang paling jauh dari jantung seperti kaki. Dalam kata lain, pertumbuhan bulu pada kawasan tersebut menunjukkan sistem peredaran darah masih berfungsi dengan baik. Tanda jika tiada bulu pada…

