Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 18, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KEHILANGAN pekerjaan secara tiba-tiba boleh menjadi satu pengalaman yang tertekan. Selain memikirkan tentang sumber pendapatan, pekerja juga perlu menguruskan komitmen kewangan seperti sewa rumah, pinjaman, bil bulanan dan perbelanjaan keluarga.

    Namun begitu, rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja masih mempunyai beberapa saluran bantuan dan perlindungan yang boleh dimanfaatkan. 

    Oleh itu, penting untuk mengetahui hak serta bantuan yang boleh dituntut supaya keadaan kewangan dapat diuruskan dengan lebih baik sementara mencari pekerjaan baharu.

    Apa yang perlu dilakukan selepas diberhentikan kerja?

    • Dapatkan surat pemberhentian kerja daripada majikan
    • Sahkan tarikh rasmi hari terakhir bekerja
    • Tanyakan kepada pihak sumber manusia (HR) mengenai gaji terakhir, baki cuti tahunan yang belum digunakan dan pampasan pemberhentian kerja
    • Simpan dokumen penting seperti kontrak pekerjaan, slip gaji, surat rasmi berkaitan pekerjaan
    • Daftar sebagai pencari kerja di MYFutureJobs
    • Mohon faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso secepat mungkin.

    Tuntutan faedah penamatan kerja daripada majikan

    Pekerja yang layak boleh menerima faedah penamatan kerja mengikut tempoh perkhidmatan mereka berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

    Kadar bayaran adalah seperti berikut:

    Berkhidmat kurang daripada dua tahun

    • 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan

    Berkhidmat antara dua hingga lima tahun

    • 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan

    Berkhidmat lebih daripada lima tahun

    • 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan

    Faedah penamatan kerja ini kebiasaannya dibayar oleh majikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penamatan perkhidmatan.

    Siapa yang layak menuntut faedah penamatan kerja?

    • Telah bekerja secara berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan
    • Menerima gaji RM4,000 dan ke bawah
    • Dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja) 1980

    Bagi pekerja yang menerima gaji melebihi RM4,000, kelayakan bergantung kepada kontrak pekerjaan atau polisi syarikat. Bagaimanapun, pekerja masih boleh mendapat perlindungan tertentu walaupun menerima gaji melebihi had tersebut.

    Mohon bantuan sistem insurans pekerjaan (SIP) Perkeso

    Selain faedah daripada majikan, pekerja yang kehilangan pekerjaan juga boleh memohon bantuan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

    SIP menyediakan bantuan kewangan sementara dan sokongan pencarian pekerjaan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan akibat kesan berikut.

    • Pemberhentian kerja 
    • Pengurangan tenaga kerja
    • Skim Pemisahan Sukarela (VSS)
    • Skim Pemisahan Bersama (MSS)
    • Penutupan syarikat
    • Kebankrapan majikan
    • Pembuangan kerja secara konstruktif

    Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan.

    Situasi yang tidak dilindungi oleh SIP

    • Peletakan jawatan secara sukarela
    • Persaraan
    • Pembuangan kerja kerana salah laku berbukti
    • Tamat tempoh kontrak pekerjaan
    • Kerja yang ditetapkan dalam kontrak telah selesai

    Oleh sebab itu, pekerja dinasihatkan supaya tidak terburu-buru menandatangani surat peletakan jawatan sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai status pekerjaan mereka.

    Bagaimana jika dibuang kerja secara tidak adil?

    Sekiranya pekerja merasakan mereka dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah atau tidak mengikut prosedur yang betul, mereka boleh membuat laporan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

    Tuntutan tersebut perlu difailkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberhentian kerja.

    Antara bentuk penyelesaian yang boleh dipertimbangkan ialah:

    • Pengambilan semula bekerja
    • Bayaran gaji tertunggak 
    • Pampasan sebagai ganti pengambilan semula

    Bantuan jika menghadapi masalah kewangan

    • Semak simpanan KWSP

    Pekerja boleh menyemak sama ada terdapat simpanan dalam Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh dikeluarkan bagi menampung keperluan kewangan jangka pendek.

    • Hubungi pihak bank

    Sekiranya menghadapi kesukaran membayar pinjaman atau pembiayaan, hubungi pihak bank seawal mungkin untuk berbincang mengenai pilihan penstrukturan semula pembayaran.

    • Dapatkan bantuan AKPK

    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat kaunseling kewangan dan program pengurusan hutang secara percuma kepada individu yang memerlukan.

    • Semak urusan percukaian

    Pekerja juga disarankan menyemak perkara berkaitan pelepasan cukai, pampasan kehilangan pekerjaan serta urusan pelepasan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

    • Jangan bertangguh membuat tuntutan
    1. Tuntutan SIP Perkeso: Dalam tempoh 60 hari.
    2. Tuntutan pembuangan kerja tidak adil: Dalam tempoh 60 hari.
    3. Bayaran faedah penamatan kerja oleh majikan: Lazimnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penamatan. – RELEVAN
    Previous Article7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    Next Article 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.