Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    By Umi FatehahJune 25, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan. - GAMBAR HIASAN PICASJOE/PEXELS

    RAMAI menganggap persaraan masih terlalu jauh untuk difikirkan, lebih-lebih lagi ketika usia masih muda dan komitmen kewangan semakin bertambah. 

    Namun, keputusan kewangan yang dibuat hari ini sebenarnya menentukan sama ada seseorang mampu menikmati persaraan yang selesa atau sebaliknya.

    Tanpa perancangan yang betul, ada beberapa kesilapan yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan apabila tiba waktu bersara.

    Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berikut empat kesilapan yang sering dilakukan ketika merancang persaraan.

    1. Bertangguh untuk mula menyimpan

    Ramai beranggapan masih mempunyai banyak masa sebelum bersara. Akibatnya, mereka menangguhkan usaha menyimpan dan hanya mula memberi perhatian apabila usia semakin meningkat.

    Sebenarnya, lebih awal seseorang mula menyimpan, lebih besar peluang simpanannya berkembang hasil pulangan atau dividen yang diterima dari semasa ke semasa.

    Sebagai panduan, seseorang boleh mengurus kewangan menggunakan kaedah 45/35/20, iaitu memperuntukkan 45 peratus pendapatan untuk keperluan harian, 35 peratus bagi komitmen kewangan dan baki 20 peratus untuk simpanan.

    1. Menganggap kos sara hidup selepas bersara rendah

    Ada yang menyangka apabila bersara, perbelanjaan akan berkurangan. Hakikatnya, kos kehidupan terus meningkat akibat inflasi di samping keperluan seperti rawatan kesihatan, ubat-ubatan, penyelenggaraan rumah dan perbelanjaan harian masih perlu ditanggung.

    Oleh itu, penting untuk menyediakan bajet persaraan yang realistik serta mengemas kini anggaran perbelanjaan dari semasa ke semasa supaya simpanan mencukupi apabila tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

    1. Bergantung kepada KWSP semata-mata

    Simpanan dalam KWSP sememangnya penting, namun ia tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber kewangan selepas bersara.

    Mempelbagaikan simpanan dan pelaburan mengikut kemampuan, tempoh pelaburan serta tahap toleransi risiko boleh membantu meningkatkan keselamatan kewangan pada masa hadapan.

    Strategi kewangan juga perlu berubah mengikut fasa kehidupan kerana komitmen serta keperluan seseorang ketika berusia 25 tahun tentu berbeza berbanding ketika berusia 45 tahun.

    1. Tiada dana kecemasan

    Kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, kos rawatan atau kerosakan rumah boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Jika tiada dana kecemasan, seseorang mungkin terpaksa menggunakan simpanan persaraan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Lama-kelamaan, jumlah simpanan untuk hari tua akan semakin berkurangan.

    Justeru, wujudkan dana kecemasan yang berasingan daripada simpanan persaraan supaya wang yang disimpan untuk hari tua tidak digunakan bagi tujuan lain.

    Merancang persaraan bukan sesuatu yang hanya perlu difikirkan apabila menghampiri usia persaraan. Sebaliknya, ia perlu dimulakan seawal mungkin melalui tabiat menyimpan, pengurusan bajet dan perancangan kewangan yang realistik. – RELEVAN

    Previous Article5 tip beli barangan kemas terpakai
    Next Article 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.