Facebook Twitter
    Trending
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    By AMAL HAYATI FAUZIJune 11, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KEHILANGAN pekerjaan merupakan situasi paling mencabar dalam kehidupan seorang pekerja.

    Menurut JobStreet Malaysia, banyak syarikat mengambil langkah penjimatan kos bagi memastikan kelangsungan operasi mereka. 

    Namun, pemberhentian kerja tidak bermaksud ia berpunca daripada kesilapan pekerja. Berikut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya berdepan situasi diberhentikan kerja.

    Punca pekerja diberhentikan kerja

    1. Pemotongan bajet

    Apabila syarikat mengalami kerugian, mereka ambil langkah untuk kurangkan kos. Hal ini kerana gaji pekerja merupakan antara perbelanjaan terbesar sesebuah syarikat.

    1. Penyusunan semula organisasi syarikat

    Apabila syarikat bertukar pemilik, perubahan strategi dan struktur pengurusan boleh menyebabkan pertindihan jawatan serta pengurangan tenaga kerja.

    1. Penutupan sesebuah jabatan

    Sesetengah jabatan dalam syarikat mungkin tidak lagi memberikan pulangan yang diharapkan atau telah mencapai objektif tertentu, lalu ditutup sepenuhnya.

    1. Perubahan matlamat syarikat

    Apabila syarikat menetapkan visi dan strategi baharu, berlaku kemungkinan sesetengah jawatan tidak lagi diperlukan.

    Persediaan mental dan fizikal jika diberhentikan kerja

    1. Kekal berkomunikasi dengan baik

    Bincang dengan penyelia atau pihak sumber manusia (HR) untuk mendapatkan maklumat yang jelas mengenai situasi semasa. Ini merupakan hak anda sebagai pekerja.

    1. Kawal emosi

    Perasaan sedih, marah atau kecewa adalah perkara biasa. Namun, elakkan membuat keputusan terburu-buru ketika emosi belum stabil. Beri ruang kepada diri sendiri untuk memproses situasi tersebut.

    1. Manfaatkan faedah yang masih ada

    Sekiranya masih mempunyai baki cuti tahunan atau manfaat kesihatan, pertimbangkan untuk menggunakannya sebelum tempoh perkhidmatan tamat.

    1. Baca dokumen dengan teliti

    Jangan tergesa-gesa menandatangani sebarang dokumen berkaitan penamatan pekerjaan. Pastikan faham setiap syarat dan hak yang ditawarkan termasuk pampasan, notis serta faedah lain yang berkaitan.

    1. Utamakan diri sendiri

    Walaupun rakan sekerja mungkin menghadapi situasi yang sama, beri perhatian pada diri terlebih dahulu. Jaga kesihatan mental, emosi dan kewangan anda sebelum membantu orang lain.

    Kehilangan pekerjaan sememangnya pengalaman yang sukar dihadam. Namun, ia juga boleh menjadi titik permulaan kepada peluang yang lebih baik. – RELEVAN

    Previous Article7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    Artikel berkaitan

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026
    Artikel Terkini

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.