AMAL HAYATI FAUZI

SETIAP jenis kurma mempunyai khasiat tersendiri. Ada yang cepat meningkatkan paras gula dalam darah, ada juga yang memberi rasa kenyang sepanjang hari. Menurut pengasas A Healthy Beat, Dr. Idris Dawaiwala berkongsi enam jenis kurma popular serta kelebihannya yang berbeza-beza. Kurma Ajwa  Kurma Ajwa sering menjadi pilihan kerana teksturnya lembut dan rasanya tidak terlalu manis.  Kelebihan: Lebih sesuai untuk individu yang menghidap diabetes kerana kandungan gulanya lebih terkawal Baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan serat dan mineral Membantu penghadaman, terutama bagi warga emas Kurang menyebabkan kembung perut kerana kebiasaannya ia tidak melalui proses pengawetan berlebihan Kurma Medjool Kurma Medjool terkenal…

Read More

MASIH ada negara yang memiliki sumber asli yang melimpah tetapi tergolong dalam negara termiskin di dunia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedangkan kekayaan alam sepatutnya menjadi pendorong kemakmuran sesebuah negara ? Laporan terbaharu oleh Global Finance menyenaraikan negara-negara termiskin dunia bagi tahun 2025 berdasarkan KDNK per kapita, iaitu ukuran yang menilai tahap pendapatan serta kuasa beli rakyat. Menurut laporan itu, hasil kekayaan bumi negara tidak dapat dinikmati secara adil oleh rakyat kerana isu rasuah, perang, ekploitasi luar, pentadbiran dan ekonomi lemah. Berikut ialah 10 negara termiskin dunia yang sebenarnya kaya dengan hasil bumi mengikut data yang dikumpulkan oleh Global Finance…

Read More

MEMILIH jurusan pengajian atau hala tuju kerjaya bukanlah keputusan yang mudah. Perbincangan ini sudah pasti buat ibu bapa turut sama pusing kepala dan gusar memikirkan masa depan anak mereka. Persoalan dalam situasi ini, suara siapa yang wajar menjadi penentu? Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi berkata, kekeliruan tentang minat adalah sesuatu yang normal dilalui oleh semua orang. Apa yang penting ialah bagaimana ibu bapa membantu anak meneroka minat itu dengan cara yang betul. PENDEDAHAN AWAL MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI ANAK Menurut Syaza, proses mengenal minat bukan sesuatu yang boleh diputuskan dalam masa singkat.…

Read More

DALAM bulan yang penuh keberkatan ini, terdapat beberapa waktu istimewa yang sangat digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT. Rebutlah peluang ini agar setiap doa yang dipanjatkan lebih hampir untuk dimakbulkan. Waktu sahur Sahur sering dianggap sebagai waktu mengisi perut atau sarapan sebelum memulakan hari dengan berpuasa.  Namun sebenarnya, waktu sahur termasuk dalam satu per tiga malam terakhir iaitu waktu mustajab untuk berdoa sesuai dengan suasananya yang tenang dan hening, memudahkan hati untuk lebih khusyuk bermunajat. Hari Berpuasa Setiap detik ketika berpuasa juga termasuk dalam waktu mustajab berdoa. Ini kerana sepanjang hari menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan…

Read More

TERDAPAT perkara yang tidak disedari boleh jatuh hukum makruh ketika berpuasa. Walaupun ia tidak membatalkan puasa sepenuhnya, perbuatan ini boleh mengurangkan pahala ibadah jika dilakukan tanpa keperluan. Menurut pendakwah bebas, Ustaz Faliq Fauzi, berikut merupakan senarainya. Berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun ketika berpuasa, berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan boleh meningkatkan risiko tertelan air yang pada akhirnya boleh membatalkan puasa. Menggosok gigi selepas waktu Zuhur Terdapat pandangan ulama yang memakruhkan gosok gigi selepas waktu Zuhur kerana bau mulut orang berpuasa mempunyai keistimewaan di sisi Allah.  Walaupun menjaga kebersihan itu…

Read More

BERPUASA bukan hanya menahan lapar dan dahaga, malah ia memerlukan pengurusan dan gaya pemakanan yang betul supaya tubuh kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.  Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa tabiat yang sering dilakukan ketika Ramadan tetapi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Berikut merupakan tabiat yang wajar dielakkan. Melambatkan waktu berbuka Sengaja melewatkan berbuka selepas masuk waktu Maghrib boleh menyebabkan paras gula darah menurun, keletihan melampau, pening dan dehidrasi. Perut yang kosong terlalu lama boleh mengakibatkan sakit perut atau gastrik. Menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dari sudut hukumnya, melewatkan berbuka tanpa sebab adalah makruh kerana bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW untuk…

Read More

Trend “masjid hopping” semakin popular dibicarakan, terutama apabila tibanya Ramadan. Selain beribadah, aktiviti ini memberi peluang untuk menghayati keindahan seni bina serta sejarah Islam di Malaysia. Berikut 10 masjid tercantik yang boleh dimasukkan dalam senarai jelajah anda. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini sering digelar binaan masjid tercantik di Malaysia. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada tahun 2019, ia mampu menampung sehingga lima ribu jemaah dalam satu masa. Masjid ini dilengkapi dengan tiga dewan solat, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah serta kediaman kakitangan. Keindahan reka bentuknya turut menjadikannya lokasi tumpuan…

Read More

DILEMA menentukan jurusan pengajian dan hala tuju kerjaya masih menjadi cabaran utama dalam kalangan pelajar, terutamanya apabila tamat alam persekolahan. Menurut Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi, kekeliruan ini bukan satu kelemahan. Sebaliknya, ia merupakan fasa normal dalam proses pertumbuhan diri demi memastikan kehidupan masa depan cerah. Syaza yang juga berperanan sebagai pengasas dan fasilitator kerjaya di Kejar Kerjaya menjelaskan bahawa ramai pelajar belum diberi ruang dan pendedahan mencukupi untuk memahami diri sendiri sebelum membuat pilihan besar dalam hidup. Tidak tahu minat bukan bermakna gagal Menurut Syaza, bukan semua pelajar mampu menentukan…

Read More

RAWATAN mencabut gigi adalah prosedur berkesan bagi mengelakkan rasa sakit berpanjangan atau jangkitan pada gigi yang telah rosak.  Menurut MediConnexions Consulting, penjagaan selepas rawatan memainkan peranan penting bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar dan mengurangkan risiko pada kawasan luka. Berikut merupakan panduan yang boleh diamalkan selepas rawatan cabut gigi. Rehat secukupnya  Selepas prosedur, tubuh badan memerlukan masa untuk pulih. Elak lakukan aktiviti lasak atau senaman berat dalam tempoh 48 jam pertama.  Gunakan masa tersebut untuk berehat dan biarkan badan memberi fokus kepada proses penyembuhan. Pilih makanan lembut Dalam beberapa hari awal, amalkan makanan lembut seperti bubur, sup, yogurt atau kentang…

Read More

KETIKA cuaca panas terik atau kering tekak, pemilihan makanan amat penting. Tanpa sedar, sesetengah makanan boleh meningkatkan suhu tubuh badan, dehidrasi dan mengganggu keseimbangan badan. Menurut Real Simple, berikut adalah senarai makanan atau minuman yang perlu dielakkan. Durian Raja buah ini mengandungi gula dan lemak yang banyak. Pengambilannya juga boleh membuat suhu badan meningkat dan menyebabkan rasa haus dengan cepat. Makanan pedas Makanan dengan kepedasan yang tinggi memberi sensasi panas dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Makanan berproses Makanan berproses termasuk kerepek kentang, sosej dan mi segera boleh menjadi punca dehidrasi paling cepat kerana kandungan garam, gula dan perisa tambahan…

Read More