AMAL HAYATI FAUZI

SUDAH menjadi tanggungjawab sebagai pemilik hartanah untuk memahami jenis cukai yang dikenakan kerana ia melibatkan kos pemilikan dan urusan jual beli hartanah. Menurut Property Guru, terdapat tiga cukai utama yang perlu diberi perhatian oleh pemilik hartanah di Malaysia. Setiap satu mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza. Cukai tanah Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan kepada pemilik hartanah yang berada di atas tanah, sama ada hartanah pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold). Cukai ini ditetapkan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Bagi hartanah berstatus strata seperti rumah teres atau kondominium dilindungi sekuriti, bayaran yang dikenakan dikenali sebagai cukai…

Read More

MELANGKAH masuk ke alam pekerjaan buat kali pertama cenderung menimbulkan tekanan untuk sentiasa melakukan yang terbaik tanpa kesilapan. Sedangkan kesilapan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang membantu meningkatkan kemahiran, pengalaman dan kualiti kerja dari semasa ke semasa. Walaupun kesilapan kecil tidak dapat dielakkan, terdapat beberapa tabiat yang boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi dan perkembangan kerjaya jika dibiarkan berterusan.  Menurut Talent Labs, berikut merupakan tabiat yang perlu dielakkan di tempat kerja bagi membantu anda menjadi pekerja yang lebih profesional. Lekas bersetuju tentang sesuatu perkara Kadang-kadang keterujaan mengatasi realiti sehinggakan tidak sempat berfikir sebelum berkata “ya” dalam membuat keputusan.  Begitupun, daripada…

Read More

KITARAN haid bagi seorang wanita pasti akan melalui empat fasa utama iaitu menstruasi, folikular, ovulasi dan luteal.  Pada fasa luteal inilah yang sering dikaitkan dengan simptom prahaid (PMS) yang boleh memberi kesan kepada emosi dan fizikal.  Satu kajian membuktikan anggaran tiga daripada empat individu yang mengalami haid turut merasai simptom ini. Perubahan hormon sepanjang kitaran haid, khususnya hormon estrogen dan progesteron memainkan peranan besar mempengaruhi emosi dan tingkah laku.  Selepas ovulasi, paras progesteron meningkat dan menyebabkan sesetengah individu mula rasa murung, mudah marah atau cemas. Tanda anda sedang menghadapi fasa luteal Menurut Natural Cycles, antara simptom emosi yang biasa dialami…

Read More

MALAYSIA sekali lagi membuktikan keunggulannya di peringkat antarabangsa apabila diiktiraf sebagai ekonomi Islam terbaik dunia menerusi State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025. Negara mencatatkan skor 165.1 mata, jauh meninggalkan tempat kedua, Arab Saudi yang memperoleh 100.9 mata. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Islam global selama sembilan tahun berturut-turut dan sebanyak 12 kali secara keseluruhan. Kedudukan ekonomi Islam global 2024/2025 10 negara teratas dalam Indeks Ekonomi Islam Global adalah seperti berikut: Malaysia – 165.1 Arab Saudi -100.9 Indonesia – 99.9 Emiriah Arab Bersatu – 95.8 Bahrain – 81.9 Jordan – 71.4 Kuwait – 67.0 Pakistan…

Read More

INSTITUSI pendidikan tinggi negara terus mencatat pencapaian membanggakan apabila 32 universiti Malaysia berjaya disenaraikan dalam QS World University Rankings 2027. Lebih membanggakan, lima universiti tempatan kini berada dalam kelompok 160 universiti terbaik dunia. Menurut QS, pengiktirafan kali ini menampilkan lebih 1,500 daripada lebih 8,000 universiti yang dinilai di seluruh dunia. Ia menghimpunkan universiti terbaik berdasarkan pelbagai indikator akademik, penyelidikan dan impak global. IPTA dalam kelompok 160 terbaik dunia Berikut merupakan lima universiti tempatan yang mencatat kedudukan tertinggi dalam QS World University Rankings 2027: Universiti Malaya (UM) Universiti Malaya kekal sebagai universiti terbaik negara apabila menduduki tangga ke-56 dunia dengan skor…

Read More

KEHILANGAN pekerjaan secara tiba-tiba boleh menjadi satu pengalaman yang tertekan. Selain memikirkan tentang sumber pendapatan, pekerja juga perlu menguruskan komitmen kewangan seperti sewa rumah, pinjaman, bil bulanan dan perbelanjaan keluarga. Namun begitu, rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja masih mempunyai beberapa saluran bantuan dan perlindungan yang boleh dimanfaatkan.  Oleh itu, penting untuk mengetahui hak serta bantuan yang boleh dituntut supaya keadaan kewangan dapat diuruskan dengan lebih baik sementara mencari pekerjaan baharu. Apa yang perlu dilakukan selepas diberhentikan kerja? Dapatkan surat pemberhentian kerja daripada majikan Sahkan tarikh rasmi hari terakhir bekerja Tanyakan kepada pihak sumber manusia (HR) mengenai gaji terakhir, baki cuti…

Read More

TANGGAL 1 Muharam setiap tahun menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam. Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah menjadi simbol perubahan, pengorbanan dan pembaharuan yang wajar dicontohi. Bagi pelajar, semangat hijrah boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri serta membentuk keperibadian yang lebih cemerlang. MAKNA HIJRAH SEBAGAI PELAJAR Ramai memahami maksud hijrah sebagai perpindahan fizikal dari satu tempat ke tempat lain. Namun, makna hijrah yang sebenarnya ialah perubahan daripada keadaan yang kurang baik kepada lebih baik. Dalam konteks pelajar, hijrah boleh diterjemahkan sebagai usaha memperbaiki sikap, meningkatkan disiplin dan membina tabiat positif dalam kehidupan seharian. Contohnya, pelajar yang sering…

Read More

PEPIJAT merupakan perosak yang sering menimbulkan masalah dalam kediaman sehingga mencetuskan fenomena serangan bed bugs yang dialami rata-rata penduduk di dunia.  Serangga kecil ini punca utama ramai tidak tidur lena akibat gigitannya yang gatal. Lebih membimbangkan, pepijat mudah berpindah-randah.  Serangga ini boleh menyelinap masuk ke dalam beg pakaian atau melekat pada pakaian individu tanpa sedar, sebelum berpindah ke tilam atau barang di rumah. Tanda anda terkena gigitan pepijat Pepijat aktif pada waktu malam dan menghisap darah ketika seseorang sedang tidur. Oleh itu, ramai hanya menyedari kehadiran serangga ini apabila bangun pada waktu pagi dengan kesan gigitan pada badan. Antara ciri…

Read More

TIADA siapa yang tahu bila ajal akan menjemput. Namun, setiap individu boleh merancang pengurusan harta yang ditinggalkan melalui penyediaan wasiat. Wasiat ialah dokumen untuk menyatakan hasrat berkaitan harta. Ia perlu mengandungi maklumat penting seperti hutang atau perkara lain yang perlu waris cakna selepas kematian.  Dengan adanya wasiat, urusan pengagihan aset dapat dilakukan dengan lebih teratur selain mengurangkan risiko pertikaian dan perebutan harta selepas pemergian seseorang. Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat, pembahagian harta akan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Bagi orang Islam, pembahagian dibuat berdasarkan Hukum Faraid. Bagi bukan Islam pula, ia tertakluk kepada Akta Pembahagian 1958. Apa yang…

Read More

PERNAHKAH anda mengalami sakit kepala, ruam kulit, hidung berair atau cirit-birit selepas makan makanan tertentu? Jika ya, ia mungkin berkaitan dengan masalah histamin. Histamin ialah sejenis bahan kimia semula jadi yang dihasilkan oleh badan. Ia penting untuk sistem imun, pencernaan dan fungsi saraf. Selain dihasilkan oleh badan, histamin juga boleh didapati dalam sesetengah makanan. Bagi individu yang mengalami masalah histamin, pengambilan makanan tertentu boleh mencetuskan pelbagai gejala yang menyerupai alahan. Apa itu masalah histamin? Masalah histamin berlaku apabila badan tidak dapat mengendalikan proses histamin dengan baik. Akibatnya, ia boleh menyebabkan pelbagai gejala yang tidak selamat pada badan. Antara gejala yang…

Read More