PASARAN kerja di Malaysia pada tahun 2026 semakin berubah seiring dengan peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang mula memainkan peranan besar dalam dunia teknologi moden. Selepas pandemik, konsep bekerja dari rumah atau ‘work from home’ menjadi satu norma baharu untuk ramai pekerja, khususnya dalam sektor berkait rapat dengan teknologi digital. Majikan hari ini tidak lagi menilai pekerja berdasarkan lokasi pejabat atau kehadiran tepat pukul sembilan pagi. Sebaliknya, mereka lebih mencari individu yang mampu menyelesaikan masalah, menjana keuntungan, meningkatkan sistem serta membawa nilai kepada syarikat. Ini bermakna walaupun anda tinggal jauh dari tempat kerja, anda masih berpeluang menerima gaji lumayan selagi…
AMAL HAYATI FAUZI
REALITI kehidupan hari ini menyaksikan ramai berdepan cabaran kewangan yang seakan tiada penghujung, terutama golongan pekerja dengan pendapatan rendah. Ramai bingung memikirkan tentang bekalan kewangan masa depan dan cara untuk keluar daripada belenggu ini. Bagaimanapun, menurut perancang kewangan, Adam Zubir, masih ada cara untuk menambah simpanan walaupun bergaji rendah. Apa yang diperlukan hanyalah disiplin serta usaha yang konsisten. Berikut ialah tip untuk menggandakan simpanan walaupun berpendapatan kecil. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang. Paksa diri simpan duit Bukan semua orang gemar dipaksa melakukan sesuatu, namun Adam menegaskan bahawa memaksa diri menyimpan wang adalah langkah penting untuk membina tabiat kewangan…
“KITA adalah apa yang kita makan”. Ungkapan ini sering dikaitkan dengan kepentingan menjaga pemakanan kerana apa yang diambil setiap hari memberi kesan terhadap kesihatan dalaman tubuh badan, khususnya sistem pencernaan dan usus. Apabila usus mengalami gangguan, tubuh badan akan mula memberi isyarat tertentu. Ada kalanya, tanda-tanda tersebut memberi reaksi pada kulit terlebih dahulu. Berikut lima keadaan kulit yang boleh menjadi petunjuk bahawa usus anda sedang bermasalah. Ruam, kulit bersisik atau kemerahan Kulit naik ruam, rasa gatal, bersisik atau kemerah-merahan yang sukar hilang? Ciri-ciri ini dikaitkan dengan tindak balas imun yang berpunca dari usus. Antaranya: Pengambilan makanan yang tidak sesuai untuk…
SATU dalam setiap 100 bayi yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital atau Congenital Heart Disease (CHD), iaitu masalah jantung yang wujud sejak lahir dan boleh menjadi ‘pembunuh senyap’ jika tidak dikesan lebih awal. Menurut pakar perubatan sebuah hospital swasta, Dr. Lim Wooi Kok, pengesanan awal serta rawatan moden kini memberi peluang lebih cerah kepada bayi untuk membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, demi mengelak perkara tidak diingini berlaku, ibu bapa disaran agar kekal peka terhadap tanda-tanda awal dan tidak memandang ringan pemeriksaan kesihatan bayi sejurus selepas kelahiran. Dua kategori utama masalah jantung kanak-kanak Penyakit jantung kongenital (sejak lahir) Keadaan…
Ramai menganggap bahagian atas peti ais ialah ruang tambahan yang sesuai untuk meletakkan pelbagai barang. Disebabkan permukaannya rata dan mudah dicapai, ramai menjadikannya tempat simpanan tanpa memikirkan kesannya. Sebenarnya, bahagian atas peti ais sering terdedah kepada haba sehingga boleh menjejaskan kualiti barangan tertentu dan mengundang risiko keselamatan. Berikut ialah 10 barang yang tidak sesuai diletakkan di atas peti ais: Minyak masak Minyak masak sensitif terhadap haba. Jika diletakkan lama di atas peti ais, suhu panas boleh mempercepat proses pengoksidaan dan menyebabkan minyak berubah bau serta menjadi tengik. Roti Menyimpan roti di atas peti ais boleh menyebabkan plastik pembungkus berwap akibat…
KESIBUKAN kerja mendorong ramai orang memilih untuk bersenam pada waktu malam. Namun, amalan itu menimbulkan perdebatan apabila ada yang berpendapat tubuh badan sepatutnya berehat selepas seharian bekerja. Menerusi laporan oleh Berita Harian, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Azhar Yaacob berkata, senaman pada waktu malam tidak semestinya memudaratkan, sebaliknya mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung kepada keadaan individu serta cara ia dilakukan. Risiko atau tidak bersenam waktu malam ? Menurut Azhar, bagi individu yang sudah biasa bersenam pada waktu malam, rutin itu boleh menjadi jadual harian yang konsisten walaupun sibuk bekerja. “Selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh…
DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kenaikan harga barang, ‘side income’ atau pendapatan daripada kerja sampingan boleh menjadi penyelamat beban kewangan anda. Perancang kewangan berlesen, Adam Zubir berkata, penggantungan kepada satu sumber pendapatan boleh menyebabkan seseorang berasa kurang selamat dari sudut kewangan. Berikut merupakan tujuh idea ‘side income’ terbaik di Malaysia yang dikongsikan oleh Adam Zubir. Guru tuisyen atau tutor Guru tuisyen atau tutor separuh masa merupakan pekerjaan sampingan yang popular, khususnya dalam kalangan golongan muda. Adam berkata, seseorang boleh memanfaatkan ilmu pengetahuan dalam subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lain-lain untuk mengajar pelajar sekolah. “Ada juga permintaan…
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyenaraikan 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026 baru-baru ini. Pemilihan bandar berkenaan dibuat berdasarkan Indeks Kebahagiaan dari Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets). Ini adalah 10 bandar paling bahagia di negara ini. Simpang Renggam, Johor Simpang Renggam popular dengan hasil nanas. Di sini terletaknya Ladang Nanas Peninsular yang merupakan ladang nanas terbesar negara. Bagi penggemar seni dan fotografi, mural Tiger of Renggam pasti mencuri perhatian. Lukisan pada bangunan lama berusia hampir satu abad itu pernah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Green Apple Awards for Beautiful Buildings tahun 2019. Dabong, Kelantan…
RAMAI pelajar cenderung meletakkan tumpuan sepenuhnya terhadap akademik semata-mata. Hakikatnya, dunia pendidikan dan kerjaya masa kini semakin menuntut lebih daripada sekadar markah pada kertas peperiksaan. Universiti dan pasaran kerja mula memberi perhatian kepada kemahiran insaniah, pengalaman praktikal serta kebolehan beradaptasi dalam pelbagai situasi. Justeru, penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah perlu menjadi nilai tambah penting yang mampu membentuk masa depan seseorang pelajar. AKTIF SEBAGAI AHLI KELAB KOPERASI Salah satu contohnya ialah penglibatan dalam kelab koperasi sekolah. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada urusan jual beli, pengurusan stok serta pengiraan untung dan rugi. Tanpa sedar, pelajar sebenarnya sedang mengasah kemahiran…
DI sebalik kegembiraan menerima bonus daripada syarikat, persoalan penting yang perlu ditanya pada sendiri adalah langkah terbaik untuk menguruskan wang bonus itu Menurut perancang kewangan berlesen, Dr. Adam Zubir, bonus merupakan peluang keemasan untuk memperbaiki kedudukan kewangan. Beliau menekankan bahawa ada tiga tindakan penting yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan duit bonus dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selesaikan hutang sedia ada dahulu Langkah bijak selepas menerima bonus ialah menyelesaikan hutang dengan kadar faedah tinggi seperti kad kredit atau pinjaman peribadi. “Selagi hutang belum selesai, sebahagian pendapatan masa depan anda telah dicuri oleh hutang yang telah anda buat. “Apabila melangsaikan hutang lebih awal, ia…

