Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 25, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERSEKITARAN kerja yang sihat dan positif adalah asas kejayaan sesuatu organisasi. Perkara sama juga dilihat dalam menguruskan keluarga.  Menurut Talent Labs, berikut merupakan ciri-ciri tempat kerja dengan persekitaran positif yang menjadi idaman ramai pekerja. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PERSEKITARAN kerja yang sihat dan positif adalah asas kejayaan sesuatu organisasi. Perkara sama juga dilihat dalam menguruskan keluarga.  Menurut Talent Labs, berikut merupakan ciri-ciri tempat kerja dengan persekitaran positif yang menjadi idaman ramai pekerja.

    Usaha dan pandangan dihargai

    Tempat kerja yang menghargai pandangan dan usaha pekerja kebiasaannya mempunyai budaya kerja yang terbuka serta saling menghormati. 

    Setiap idea yang dikemukakan diberi perhatian dan dipertimbangkan secara serius, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. 

    Secara tidak langsung, pekerja akan berasa lebih dihargai dan bersemangat untuk terus meningkatkan prestasi kerja mereka.

    Menghormati privasi dan keseimbangan diri

    Jika tempat kerja anda menghormati urusan peribadi dan memberi ruang kepada pekerja untuk menjaga keseimbangan hidup, itu petanda anda berada dalam persekitaran kerja yang baik. 

    Tidak semua organisasi memahami kepentingan menjaga kebajikan dan hak pekerja.

    Apabila pekerja diberi ruang untuk mengurus masa di luar waktu bekerja tanpa gangguan yang tidak perlu, ia menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi daripada majikan. 

    Menghormati masa peribadi pekerja juga mencerminkan sikap profesional dan keprihatinan dalam budaya kerja sesebuah organisasi.

    Penghargaan terhadap pekerja

    Penghargaan terhadap pekerja mencerminkan rasa prihatin dan penghormatan majikan terhadap usaha yang diberikan. 

    Apabila sumbangan pekerja diiktiraf secara terbuka, ia mampu meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka untuk terus memberikan yang terbaik.

    Budaya menghargai pekerja juga membantu mengelakkan suasana kerja toksik dalam kalangan rakan sekerja.

    Belajar daripada kesilapan

    Melakukan kesilapan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan perkembangan diri. 

    Kesilapan membantu seseorang mengenal pasti kelemahan serta menilai semula cara bekerja agar dapat memperbaiki prestasi pada masa hadapan.

    Tempat kerja yang sihat melihat kesilapan sebagai peluang untuk belajar dan memperbaiki diri, bukannya alasan untuk menjatuhkan pekerja. 

    Budaya seperti ini membuatkan pekerja lebih yakin untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa takut dihukum secara berlebihan.

    Berlaku adil

    Tempat kerja yang adil menilai pekerja berdasarkan prestasi, komitmen dan hasil kerja, bukannya amalan pilih kasih. 

    Apabila peluang, ganjaran dan layanan diberikan secara sama rata, pekerja akan lebih percaya terhadap organisasi dan berasa dihormati.

    Persekitaran kerja yang adil juga mampu meningkatkan motivasi pekerja untuk terus berkembang dan kekal lebih lama dalam sesebuah syarikat. – RELEVAN

    Previous ArticleJenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    Next Article Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.