Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 28, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERNAHKAH anda tiba-tiba teringin makanan manis, kopi atau makanan masin tanpa sebab yang jelas? Ramai menganggap ia sekadar “mengidam”, namun sebenarnya keinginan terhadap makanan tertentu boleh menjadi petunjuk bahawa tubuh sedang memerlukan sesuatu. - GAMBAR HIASAN CANVA

    PERNAHKAH anda tiba-tiba teringin makanan manis, kopi atau makanan masin tanpa sebab yang jelas? Ramai menganggap ia sekadar “mengidam”, namun sebenarnya keinginan terhadap makanan tertentu boleh menjadi petunjuk bahawa tubuh sedang memerlukan sesuatu.

     

    Kadangkala mengidam memberi gambaran tentang keadaan badan seperti kurang tenaga, stres, dehidrasi atau ketidakseimbangan gula dalam darah. 

     

    Menurut pakar perubatan dari luar negara, Dr. Michael Murray, memahami isyarat tubuh badan dapat membantu kita membuat pilihan makanan yang lebih baik dan seimbang.

     

    Mengidam makanan masin

     

    Jika anda sering teringin makanan masin seperti kerepek, makanan segera atau snek bergaram, tubuh mungkin sedang memberi isyarat bahawa anda mengalami stres atau kekurangan hidrasi.

     

    Apabila badan kehilangan banyak cecair, keseimbangan elektrolit juga boleh terganggu. Dalam keadaan stres pula, tubuh cenderung mencari makanan yang memberi rasa “selesa” secara segera.

     

    Apa yang badan perlukan:

     

    • Elektrolit
    • Hidrasi mencukupi
    • Mineral semula jadi

     

    Pilihan makanan lebih sihat:

     

    • Air kelapa untuk sumber kalium semula jadi
    • Timun dan limau yang menyegarkan
    • Saderi yang membantu hidrasi badan
    • Zaitun hijau yang kaya mineral

     

    Mengidam kafein

     

    Tidak boleh berfungsi tanpa kopi? Keinginan berlebihan terhadap kopi atau minuman berkafein mungkin petanda tubuh badan terlalu penat dan kekurangan tenaga.

     

    Ramai bergantung kepada kafein untuk kekal fokus, namun pengambilan berlebihan hanya memberi tenaga sementara sebelum tubuh kembali letih.

     

    Apa yang badan perlukan:

     

    • Rehat mencukupi
    • Tenaga berpanjangan
    • Sokongan fokus secara semula jadi

     

    Pilihan lebih baik:

    • Matcha yang mengandungi L-theanine untuk fokus lebih stabil
    • Teh hijau dengan kandungan kafein lebih lembut
    • Maca powder yang sering dikaitkan dengan tenaga semula jadi
    • Bee pollen yang mengandungi vitamin B dan asid amino

     

    Mengidam makanan manis

     

    Tiba-tiba rasa mahu coklat, kek atau minuman manis? Ia mungkin berlaku apabila paras gula dalam darah menurun secara mendadak.

     

    Keadaan ini biasanya berlaku apabila seseorang mengambil makanan tinggi gula secara berlebihan atau tidak makan dalam tempoh yang lama.

     

    Apa yang badan perlukan:

    • Paras gula darah yang stabil
    • Gabungan serat, protein dan lemak sihat

     

    Pilihan makanan lebih seimbang:

    • Epal bersama mentega badam
    • Yogurt Greek dan beri
    • Chia pudding untuk tenaga tahan lama
    • Kurma berinti kekacang sebagai manisan semula jadi

     

    Mengidam karbohidrat

     

    Keinginan terhadap roti, mi atau nasi dalam jumlah banyak juga boleh dikaitkan dengan emosi dan mood.

     

    Karbohidrat membantu penghasilan serotonin iaitu hormon yang berkait dengan rasa tenang dan gembira. Sebab itu ramai cenderung mencari makanan berkarbohidrat ketika stres atau penat emosi.

     

    Apa yang badan perlukan:

    • Karbohidrat kompleks
    • Tenaga yang dilepaskan secara perlahan
    • Nutrien yang menyokong emosi

     

    Pilihan lebih baik:

    • Oat untuk tenaga tahan lama
    • Ubi keledek yang kaya vitamin B6
    • Lentil yang mengandungi protein dan karbohidrat kompleks
    • Beras perang sebagai sumber tenaga lebih stabil

     

    Jangan abaikan isyarat tubuh badan

     

    Mengidam bukan sesuatu yang perlu dielakkan sepenuhnya. Namun, penting untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh tubuh. 

     

    Kadangkala badan tidak mahukan gula, kopi atau makanan ringan, tetapi sebenarnya memerlukan rehat, hidrasi atau nutrisi yang lebih seimbang.

     

    Mengamalkan pemakanan sihat, tidur mencukupi dan pengurusan stres yang baik boleh membantu mengurangkan craving berlebihan serta memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari. – RELEVAN

    Previous ArticleTerima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini
    Next Article Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.