RAMAI menjadi keliru apabila kelibat beberapa pengguna TikTok melakonkan watak sebagai robot tanpa perasaan menjadi sohor. Mereka akan tampil di hadapan kamera dan membuat pergerakan sama berulang kali, bergantung kepada hadiah yang diberikan penonton. Yang pertama kali menonton akan kaget, malah jengkel. Trend itu dikenali sebagai non-player character (NPC). Nama itu diambil dari terminologi permainan video. NPC merupakan watak yang diprogramkan untuk mengucapkan beberapa baris ayat atau menyampaikan misi tetapi tidak boleh dimainkan. Watak NPC kini menjadi trend di TikTok, termasuk di Malaysia. Kerja mereka: tampil di hadapan kamera, lakonkan watak NPC dengan mengulang-ulang skrip sama setiap kali diberikan hadiah.…
Umi Fatehah
KONFLIK di pejabat boleh menyebabkan kita terasa agak mencabar untuk menumpukan perhatian bagi menghasilkan kerja yang berkualiti dan memenuhi jangkaan majikan. Ia menjadi lebih mencabar apabila konflik yang berlaku dalam bentuk gaslighting, sejenis manipulasi yang disasarkan yang melibatkan pekerja menjadi mangsa meragui realiti atau keupayaan mereka sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Manipulasi jenis ini selalunya bermula dengan pengurus atau rakan sekerja yang memburukkan prestasi rakan sekerja (mangsa) dalam pelbagai cara dan aspek. Tetapi, manipulasi yang dilakukan dalam jangka masa panjang ini selalunya tercetus apabila pekerja yang menjadi mangsa dipersoalkan keupayaan dan kemahiran mereka untuk memenuhi jangkaan bos. Dalam artikel…
ADAKAH anda seorang pelajar sekolah menengah atau universiti? Baca artikel ini kerana ia akan membantu anda menetapkan matlamat kerjaya demi masa hadapan. Mengapa penting untuk anda menetapkan matlamat kerjaya pada peringkat awal? Hal ini kerana ia akan membantu anda menentukan laluan kerjaya yang jelas dan mengenal pasti keperluan pendidikan untuk ke arah kerjaya impian. Berikut, Relevan senaraikan lima matlamat kerjaya yang perlu dikenal pasti oleh pelajar agar dapat merancang matlamat kerjaya dengan lebih teliti. Menguasai kemahiran dalam industri kerjaya impian Di samping mengambil aliran atau kursus yang selari ke arah kerjaya impian, para pelajar juga dinasihatkan untuk menguasai juga kemahiran…
SEIRING dengan peningkatan usia, badan kita mengalami beberapa siri perubahan yang memerlukan perhatian dan penjagaan khas. Penjagaan kesihatan adalah penting bagi setiap peringkat umur. Namun, bagi golongan warga emas, mereka memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih teliti bagi menjamin kehidupan yang aktif dan bahagia. Sempena Hari Warga Emas Sedunia, Relevan kongsikan beberapa tip penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas. Kekal aktif Senaman boleh membantu melambatkan banyak kesan penuaan. Menurut Medline Plus, bersenam dengan kerap boleh meningkatkan keseimbangan badan dan memastikan warga emas boleh bergerak tanpa memerlukan bantuan. Selain itu, senaman juga dapat menstabilkan emosi dengan mengurangkan risiko kebimbangan dan kemurungan serta…
ANDA mungkin pernah memikirkan tentang kekayaan generasi sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Kekayaan generasi membawa maksud pewarisan harta bermula daripada anda atau generasi sebelumnya kepada generasi akan datang. Pewarisan harta yang dimaksudkan tidak terhad kepada wang sahaja. Ia boleh menjadi pewarisan dalam bentuk dana pelaburan, saham dan bon, hartanah mahupun keseluruhan syarikat. Dengan perancangan yang betul, anda boleh membina perniagaan keluarga atau menyediakan portfolio pelaburan untuk mewariskan kejayaan kewangan kepada generasi yang akan datang. Berikut, Relevan senaraikan empat cara untuk mula membina kekayaan generasi. Belanjakan wang dengan bijak Terdapat beberapa perangkap wang yang kebanyakan kita terjerumus ke dalam…
KEJAYAAN dalam pencarian kerja boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Walaupun dalam beberapa aspek tertentu mungkin berada di luar kawalan, terdapat langkah dan strategi khusus yang boleh dilakukan untuk meningkatkan prospek anda mendapatkan pekerjaan. Apabila mencari pekerjaan baharu, mempunyai kesedaran tentang kesilapan dalam proses pencarian kerja boleh membuatkan anda lebih menonjol berbanding calon-calon lain. Berikut, Relevan perincikan tujuh kesilapan dalam proses pencarian kerja seperti yang dikongsikan di Indeed. Mempunyai matlamat yang tidak jelas Jika tidak pasti pekerjaan yang diinginkan, proses pencarian kerja mungkin mencabar. Ini boleh merumitkan memilih syarikat untuk memohon atau memilih daripada beberapa peranan yang tersedia dalam organisasi. Sesetengah…
HARI Isnin ialah hari di mana kita semua perlu pergi kerja atau sekolah seperti biasa setelah bercuti dua hari pada hujung minggu. Tetapi, kenapa hujung minggu hanya mempunyai dua hari iaitu Sabtu dan Ahad? Siapa yang membuat keputusan kita perlu bekerja selama lima hari tetapi cuti pada hujung minggu dua hari sahaja? Mengapa mereka tidak menetapkan hari bekerja selama dua hari dan hujung minggu selama lima hari? Jika anda memikirkannya, dua hari bekerja sahaja tidak akan memberi banyak masa untuk menyelesaikan semua perkara yang perlu diselesaikan. Berapa banyak yang boleh anda pelajari jika anda hanya pergi ke sekolah dua hari…
ADAKAH anda memakai cermin mata atau kanta sentuh? Pasti ada beberapa kejadian yang membuatkan anda letih mahu bergantung kepada cermin mata atau kanta sentuh untuk melihat dengan jelas. Belum dikira lagi situasi seperti cermin mata hilang, patah, atau perlu membeli stok kanta sentuh yang banyak. Jika sudah bosan dan penat memakai cermin mata atau kanta sentuh, anda mungkin tertanya-tanya sama ada pembedahan laser-assisted in situ keratomileusis (LASIK) sesuai untuk anda. Menurut Mayo Clinic, kebanyakan orang yang menjalani pembedahan LASIK mencapai penglihatan 20/20 atau lebih baik. Tetapi dalam beberapa kes, mereka masih memerlukan cermin mata untuk memandu pada waktu malam atau…
SUDAH ada banyak perbincangan mengenai pelaburan hartanah dan bagaimana ia boleh mendorong kepada impian anda untuk mencapai tahap kebebasan kewangan (financial freedom). Kita sedikit sebanyak tahu dan faham bahawa ia melibatkan usaha yang tidak putus-putus, penyelidikan dan pemahaman. Tetapi, masih perlu ingat bahawa untuk menghasilkan pendapatan daripada hartanah bukanlah perkara yang mudah. Justeru itu, Relevan rungkaikan beberapa cara bagaimana kebanyakan orang menjana pendapatan daripada hartanah. Sewa hartanah (beli untuk sewa) Salah satu cara paling popular untuk menjana pendapatan melalui hartanah ialah beli rumah dan menyewakannya kemudian. Pilihan ini juga dikatakan pelaburan yang selamat dan kurang berisiko apabila dilakukan dengan betul.…
DALAM era digitalisasi kini, kehidupan kita semakin lama semakin bergantung kepada peranti digital termasuklah membeli belah. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja dan tanpa risau waktu kedai ditutup. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk memandu ke pusat beli belah hanya untuk membeli beberapa barang. Semuanya di hujung jari sahaja. Menurut Security Intelligence, memandangkan hakikat bahawa individu biasa kini meluangkan kira-kira 400 minit rutin harian mereka untuk aktiviti dalam talian, ia telah membuka pintu kepada individu tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan dalam talian. Sebagai langkah berjaga-jaga, mari kita kenal pasti jenis-jenis penipuan kewangan agar kita tidak menjadi mangsa penipuan…