Umi Fatehah

ADIK-adik, minuman manis seperti air bergas, jus dan minuman tenaga memang sedap dan menyegarkan.  Namun, pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya kepada buah pinggang dan otak. Oleh itu, penting untuk kita kurangkan pengambilan minuman manis dan banyakkan minum air kosong demi kesihatan yang lebih baik. Minuman manis mengandungi gula yang tinggi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi.  Buah pinggang adalah organ penting yang membantu menapis darah dan membuang toksin dari badan. Apa akan jadi sekiranya buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik? Sekiranya buah…

Read More

RAMAI pelajar membesar dengan rasa cinta dan kasih terhadap haiwan. Ada pelajar yang sukakan kucing dan ada juga gemar mengisi masa lapang dengan menonton dokumentari hidupan liar. Tahukah anda, minat terhadap haiwan juga boleh dijadikan sumber inspirasi kerjaya? Salah satu pekerjaan yang melibatkan haiwan secara langsung ialah penjaga zoo! Walaupun nampak mudah dari luar, sebenarnya kerjaya ini memerlukan pengetahuan, keberanian dan komitmen yang tinggi. Tugas penjaga zoo Penjaga zoo ialah individu yang bertanggungjawab menjaga haiwan-haiwan di zoo. Tugas mereka bukan sekadar memberi makan malah turut merangkumi pemantauan kesihatan, kebersihan habitat haiwan dan memastikan haiwan tidak mengalami tekanan atau bosan. Setiap…

Read More

BEBERAPA bulan lalu, Zarif mula rasa bosan dengan kerjayanya sebagai akauntan. Dia sudah lama ingin mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar, misalnya dalam bidang pemasaran atau kreatif.  Jadi, dia nekad mencari kerja baharu dan menghantar permohonan kerja ke pelbagai syarikat. Namun, semuanya tidak berjalan lancar. Berpuluh-puluh atau mungkin ratusan permohonan kemudian, Zarif masih tidak menerima jawapan gembira. Dia mula tertanya-tanya, “Kenapa susah sangat nak cari kerja sekarang?” Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi sama seperti Zarif. Sama ada mahu cari kerja atau cuba menceburi bidang baharu, semuanya masih tidak ada khabar. Apa yang berlaku dalam pasaran kerja sekarang? Kemajuan…

Read More

PELAJAR dalam era teknologi hari ini tidak perlu ke pasar malam atau pusat beli belah untuk memahami asas kewangan dan perbelanjaan. Segalanya dipelajari secara digital atau lebih khusus, melalui permainan video. Dahulu, bermain permainan video memerlukan konsol dan cakera fizikal. Hari ini, permainan video seperti Mobile Legends, Genshin Impact atau PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma dalam telefon pintar masing-masing. Meskipun permainan-permainan tersebut dimuat turun secara percuma, ramai pemain sanggup membelanjakan wang sebenar untuk membeli kulit (skin), barang atau watak baharu. Bagi sesetengah pelajar, ini merupakan kali pertama mereka memasukkan nombor kad debit ke dalam aplikasi. Mereka sudah melakukan…

Read More

BUAT pelajar yang sedang membaca artikel ini, cuba mengaku pernahkah anda sengaja menangguh kerja sekolah sehingga saat akhir? Kononnya, mahu berehat sebentar sahaja selepas pulang dari sekolah tetapi akhirnya terus terleka melayari TikTok atau bermain permainan video. Pada waktu malam pula, sudah terlalu mengantuk untuk membuka buku sekolah. Akhirnya, kerja sekolah yang diberikan tidak sempat disiapkan dan tergesa-gesa menyiapkannya di tapak perhimpunan. Dalam keadaan kelam kabut, tidak mungkin anda mampu menyiapkannya dengan baik. Jadi, anda mencuit bahu rakan mahu meminjam bukunya untuk meniru sahaja. Walaupun anda tidak akan dimarahi oleh guru kerana kerja sekolah sempat disiapkan tetapi cara ini sebenarnya…

Read More

SETIAP tahun, Hari Guru biasanya disambut dengan lagu, bunga, ucapan manis penghargaan dan hadiah. Tetapi kalau betul-betul mahu hargai guru, kita kena berhenti menyusahkan mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Dalam diam, peranan guru hari ini bukan lagi sekadar mendidik anak murid. Mereka kini juga terpaksa berdepan dengan perangai ibu bapa yang keterlaluan yang melepaskan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain. Beban guru Dulu, guru hanya perlu menjaga dan menyelia 30 hingga 40 murid dalam satu kelas. Murid-murid pula mempunyai pelbagai latar belakang, perangai dan tahap pemahaman. Itu juga sudah cukup mencabar. Namun, sekarang ini guru bukan sahaja perlu…

Read More

“AWAK seorang wanita. Wanita tidak boleh menjadi peguam.” Itu ialah jawapan yang diterima oleh Myra Bradwell apabila beliau memohon untuk menjadi peguam di Amerika Syarikat pada tahun 1869. Jawapan ringkas itu menggambarkan bagaimana wanita pada zaman itu dipinggirkan daripada kerjaya profesional hanya kerana jantina mereka. Namun, bagi Bradwell, apa yang dilihat sebagai penolakan oleh sistem sebenarnya menjadi titik permulaan perjuangan beliau yang berani menentang status quo dan perjuangannya tidak sia-sia. Sebelum dunia menerima peguam wanita Hari ini, melihat wanita mengendalikan kes di mahkamah bukan sesuatu yang luar biasa. Tetapi pada pertengahan abad ke-19, perkara itu langsung tidak terlintas dalam fikiran…

Read More

SEJAK pandemik COVID-19, bekerja dari rumah (WFH) atau bekerja jarak jauh (remote jobs) semakin mendapat sambutan daripada pelbagai pihak di seluruh dunia.  Golongan muda kini semakin cenderung mencari peluang pekerjaan yang fleksibel kerana ia membantu menjimatkan kos dari pelbagai aspek, termasuk pengangkutan dan makan harian.  Menyedari kecenderungan ini, semakin ramai majikan mula menawarkan waktu kerja yang fleksibel serta sistem kerja hibrid bagi menarik minat tenaga kerja profesional muda. Walaupun perubahan itu semakin diterima, majikan yang terbuka untuk menawarkan kerja dari rumah masih terhad. Jadi, mencari kerja fleksibel tetap memerlukan strategi yang tersusun dan usaha yang berterusan. Jika anda berminat untuk…

Read More

IMAN (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun dan bekerja dalam sektor teknologi maklumat di ibu kota.  Dengan pendapatan hampir RM4,000 sebulan, secara realistiknya dia sudah boleh hidup selesa. Dia juga masih bujang, berkerjaya dan ada pendapatan tambahan sebagai jurugambar sambilan.  Namun, setiap kali hujung bulan tiba, dia tetap dilanda dilema yang sama; “Kenapa gajinya tidak pernah cukup?” Gaya hidup Salah satu faktor utama tekanan kewangan yang dihadapi Iman ialah gaya hidupnya sendiri. Walaupun tinggal seorang, Iman memilih untuk menyewa sebuah unit kediaman secara bersendirian dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM1,500. Jumlah ini sahaja telah mengambil lebih 35 peratus daripada pendapatan…

Read More

HARI Isnin sering dikaitkan dengan perasaan berat hati, hilang motivasi dan keletihan emosi. Pelik, bukan? Hari baharu pada minggu baharu sepatutnya memberi semangat yang lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi kenapa ramai rasa lesu, hilang motivasi dan menghitung hari sehingga Jumaat tiba lagi? Keadaan ini biasanya dikenali sebagai Monday blues. Jadi, salah Isnin atau salah kita kerana selalu tidak bersemangat mengenangkan perlu melakukan rutin yang sama berulang kali? Isnin tak salah Isnin hanyalah satu hari dalam seminggu tetapi apa yang menjadikannya menakutkan ialah peralihan. Dua hari hujung minggu diluangkan dengan aman beralih kepada rutin harian yang padat, penuh dengan kerja dan…

Read More