Umi Fatehah

“KALAULAH aku mula menyimpan duit lebih awal” “Kalaulah aku jaga kesihatan dari dulu” “Kalaulah aku tak terlalu risau tentang apa orang fikir” Ini antara ayat yang sering diungkapkan oleh ramai orang apabila mereka melihat kembali kehidupan mereka pada usia 20-an. Hakikatnya, usia 20-an adalah fasa yang penuh dengan percubaan dan kesilapan. Ketika itulah ramai sedang mencari arah hidup, membina kerjaya, mengenali diri sendiri dan belajar berdikari. Disebabkan itu, tidak semua keputusan yang dibuat akan menjadi tepat. Ada perkara yang hanya difahami selepas melalui pengalaman sendiri. Walaupun masa tidak boleh diputar kembali, pengajaran daripada mereka yang pernah melaluinya boleh menjadi panduan…

Read More

RAMAI orang beranggapan mereka masih mempunyai banyak masa untuk menguruskan kewangan. Ketika masih muda dan sihat, soal simpanan, perlindungan kewangan atau perancangan masa depan sering dianggap boleh ditangguhkan. Namun, apabila usia meningkat dan komitmen semakin bertambah, ramai mula menyedari terdapat beberapa perkara yang sepatutnya dimulakan lebih awal.  Hakikatnya, pengurusan wang bukan sekadar berapa banyak pendapatan yang diperoleh tetapi sejauh mana seseorang bersedia menghadapi masa depan. Berikut tujuh perkara yang sering menjadi penyesalan ramai apabila bercakap tentang kewangan. Tidak simpan wang secara konsisten Ramai yang berhasrat untuk mula menyimpan apabila gaji meningkat atau apabila keadaan kewangan menjadi lebih stabil. Malangnya, masa…

Read More

APABILA mendengar tentang Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), ramai yang membayangkan kanak-kanak yang sukar duduk diam atau tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas.  Namun hakikatnya, ADHD juga boleh berterusan sehingga dewasa dan menjejaskan pelbagai aspek kehidupan seseorang. Malah, ramai individu dewasa tidak menyedari bahawa kesukaran yang mereka hadapi selama bertahun-tahun mungkin berpunca daripada ADHD yang tidak pernah didiagnosis. Apa itu ADHD? ADHD ialah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memberi tumpuan, mengawal impuls dan mengurus tingkah laku. Walaupun simptomnya sering dikesan ketika zaman kanak-kanak, sesetengah individu hanya menyedari keadaan mereka apabila dewasa, terutamanya apabila berdepan tuntutan kerja,…

Read More

PERNAHKAH anda berasa letih sepanjang masa walaupun sudah mendapat tidur yang mencukupi? Atau mungkin anda semakin sukar memberi tumpuan terhadap tugasan yang sebelum ini dapat diselesaikan dengan mudah? Ramai menganggap keadaan ini sebagai tanda malas atau kurang motivasi. Hakikatnya, ia mungkin petanda awal bahawa anda sedang mengalami burnout.  Burnout bukan sekadar rasa penat selepas bekerja keras. Ia merupakan keadaan keletihan fizikal, mental dan emosi yang berlaku apabila seseorang berdepan tekanan berpanjangan tanpa rehat atau pemulihan yang mencukupi. Lebih membimbangkan, ramai individu tidak menyedari mereka sedang menuju ke arah burnout kerana simptomnya muncul secara perlahan-lahan. Sentiasa letih walaupun sudah berehat Rasa…

Read More

ZON selesa sering disalah tafsir sebagai keadaan yang stabil dan selamat. Hakikatnya, terlalu lama selesa boleh menyebabkan perkembangan diri terbantut tanpa disedari. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya perlahan-lahan sehingga akhirnya sedar bahawa diri masih berada di tahap yang sama, sedangkan orang lain sudah jauh ke hadapan. Berikut lima tanda anda mungkin sudah berada dalam zon selesa yang berbahaya. Tiada lagi cabaran baharu dalam kerja harian Jika rutin kerja anda hari ini hampir sama seperti enam bulan atau setahun lalu tanpa sebarang perkembangan tugasan, itu satu isyarat awal. Anda mungkin sudah tidak diberi projek baharu, tidak terlibat dalam perkara yang…

Read More

DALAM kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga dan pelbagai komitmen harian, ramai wanita cenderung meletakkan keperluan diri di tempat kedua. Ada yang terlalu fokus memenuhi tanggungjawab terhadap orang lain sehingga terlupa untuk meluangkan masa menjaga diri sendiri. Akibatnya, kesihatan, kesejahteraan emosi dan penampilan sering diabaikan. Hakikatnya, penjagaan diri bukan sekadar soal kecantikan. Ia juga berkait rapat dengan keyakinan diri, kesihatan mental dan kualiti hidup secara keseluruhan. Apabila wanita meluangkan masa untuk menjaga diri sama ada melalui senaman, rehat yang mencukupi atau rawatan penjagaan diri, ia boleh membantu mereka berasa lebih segar, yakin dan bersedia menghadapi cabaran harian. Penjagaan diri semakin mendapat perhatian…

Read More

SEMUA orang pernah melalui hari yang terasa berat. Bangun pagi tetapi semangat untuk bekerja atau menyiapkan tugasan seolah-olah hilang entah ke mana. Akhirnya, kerja tertangguh, emosi terganggu dan rasa bersalah mula muncul. Keadaan ini sering dilabel sebagai malas. Namun, tidak semestinya ia sesuatu yang negatif semata-mata. Menurut Penolong Profesor Pentadbiran Perniagaan di Harvard Business School, Jon M. Jachimowicz, rasa malas kadangkala boleh menjadi isyarat bahawa tubuh dan minda sebenarnya memerlukan rehat atau ada sesuatu dalam rutin harian yang perlu diperbetulkan. Masalahnya, apabila tanggungjawab tetap perlu diselesaikan, kita tidak boleh sekadar menunggu semangat datang. Perlu ada strategi untuk bergerak semula. Berikut…

Read More

RAMAI beranggapan seseorang itu hidup melebihi kemampuan hanya apabila mereka memiliki kereta mewah, pakaian berjenama atau sering bercuti ke luar negara. Hakikatnya, masalah kewangan tidak semestinya berpunca daripada gaya hidup yang kelihatan mewah. Ada individu yang berpendapatan sederhana tetapi sentiasa berdepan masalah kewangan kerana perbelanjaan mereka melebihi apa yang mampu ditanggung. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh menyebabkan hutang semakin bertambah, simpanan semakin berkurangan dan matlamat kewangan menjadi sukar dicapai. Berikut lima tanda yang menunjukkan anda mungkin sedang hidup melebihi kemampuan. Sentiasa menunggu gaji  Menunggu hari gaji merupakan perkara biasa bagi kebanyakan pekerja. Namun, jika wang sering habis sebelum tiba…

Read More

KEHADIRAN kecerdasan buatan (AI) telah banyak membantu memudahkan urusan di tempat kerja. Daripada menulis e-mel dan menyediakan laporan sehinggalah menganalisis data, pelbagai tugas kini boleh diselesaikan dengan lebih pantas menggunakan teknologi tersebut. Namun, kemudahan ini juga menimbulkan satu persoalan penting. Adakah kita semakin bergantung kepada AI sehingga mengabaikan kemahiran sendiri? Walaupun AI mampu meningkatkan produktiviti, penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada prestasi kerja dan perkembangan kerjaya seseorang dalam jangka panjang. Berikut beberapa risiko yang perlu diberi perhatian. Kemahiran berfikir semakin tumpul Apabila terlalu bergantung kepada AI untuk mencari idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, individu mungkin kurang menggunakan…

Read More

PERNAHKAH anda mengalami rasa kebas atau seperti dicucuk-cucuk jarum pada tangan atau kaki selepas duduk atau tidur dalam posisi tertentu? Dalam kebanyakan kes, keadaan ini biasanya tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa minit apabila aliran darah kembali normal. Namun, jika kebas berlaku dengan kerap, berpanjangan atau tanpa sebab yang jelas, ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian. Berikut beberapa punca yang boleh menyebabkan tangan dan kaki kerap kebas. Saraf terhimpit Salah satu punca paling biasa ialah saraf yang terhimpit atau tertekan. Keadaan ini boleh berlaku akibat postur badan yang kurang baik, pergerakan berulang atau masalah…

Read More