KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini, 24 April 2025 menunjukkan sejumlah 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM. Berita gembiranya, 14,179 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 2,466 berbanding tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. Ia juga meningkatkan…
Umi Fatehah
PENCAPAIAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 merekodkan keputusan terbaik dalam tempoh 11 tahun lalu iaitu sejak diperkenalkan syarat pensijilan wajib lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah pada tahun 2013. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, nilai gred purata keseluruhan (GPK) pada 2024 merekodkan pada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023 yang mengecil sebanyak 0.11 mata. Katanya, sejumlah 14,179 calon SPM 2024 memperoleh keputusan cemerlang semua A iaitu A+, A- meningkat 2,466 calon berbanding 11,713 calon pada 2023. “Calon yang memperoleh keputusan lulus sekurang-kurangnya gred E juga meningkat kepada 136,791 calon berbanding 131,489 (2023). “Pencapaian calon bandar dan luar…
SERAM tetapi seronok. Kebiasaannya, itu perasaan yang ramai alami bila menonton filem hantu, membaca kisah seram atau mendengar cerita misteri lewat malam. Walaupun kita tahu ia akan buat jantung berdebar dan tidur jadi tak lena, filem seram tetap dicari lebih-lebih lagi pada malam hujung minggu untuk ditonton bersama keluarga atau rakan-rakan di asrama. Persoalannya, kenapa kita suka sangat ‘menyeksa’ diri sebegitu? Menurut pakar psikologi, pengalaman menonton atau membaca sesuatu yang seram sebenarnya mencetuskan reaksi yang sangat unik dalam otak kita. Ia mengaktifkan hormon adrenalin iaitu hormon yang muncul ketika kita dalam keadaan cemas atau teruja. Dalam konteks ini, tubuh rasa…
SETIAP pelajar pasti pernah rasa malas untuk belajar. Kadang-kadang, buku belum dibuka tetapi sudah rasa penat macam baru selesai acara larian 4×100 meter. Tetapi, kalau rasa malas ini dibiarkan berlarutan, kesannya bukan sekadar pada markah peperiksaan tetapi akan menjejaskan masa hadapan. Tabiat atau sifat malas belajar akan menyebabkan kita tertinggal dalam pelajaran. Mungkin pada awalnya hanya ketinggalan satu atau dua topik tetapi lama-lama, jurang pengetahuan jadi semakin besar. Apabila guru sedang mengajar di dalam kelas, kita mula sukar untuk memahami apa yang disampaikan lalu perlahan-lahan hilang minat sepenuhnya. Akibatnya, kita semakin jauh daripada potensi dan prestasi sebenar yang mampu dicapai.…
HARI yang dinanti-nantikan bakal tiba. Esok, pada 24 April ini, ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan mengetahui keputusan yang menjadi penanda kepada fasa baharu dalam hidup mereka. Keputusan itu mungkin menggembirakan, mungkin juga sebaliknya. Apa pun keputusannya, ia adalah cerminan kepada usaha yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persekolahan. Seperti biasa, Relevan sedia membantu memudahkan urusan anda. Sama ada anda calon SPM, ibu bapa, adik-beradik atau penjaga, berikut adalah panduan menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan mulai jam 10 pagi. Di sekolah Bagi calon sekolah, keputusan SPM boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Inilah cara yang…
DALAM Islam, kepercayaan kepada hari akhirat dan balasan syurga serta neraka adalah asas rukun iman. Neraka digambarkan sebagai tempat yang sangat dahsyat azabnya, tempat kegelapan yang tiada belas kasihan. Namun, Allah SWT yang Maha Penyayang tidak pernah menutup pintu harapan. Dalam lautan kemurkaanNya, sentiasa ada ruang kasih sayang. Dalam banyak nas dan hadis, disebut bahawa ada golongan tertentu yang akan terhindar dari api neraka. Bukan kerana mereka sempurna tetapi hati mereka teguh menuju Allah. Mereka yang bertauhid dengan ikhlas Mereka yang menyembah Allah dengan sepenuh hati tanpa mensyirikkanNya sudah melangkah di jalan keselamatan menuju syurga. Tauhid ialah akar keimanan, pelindung…
SETIAP tahun, ribuan pelajar menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan debaran. Bagi sesetengah orang, keputusan itu mungkin menggembirakan sebagai tanda usaha selama bertahun-tahun membuahkan hasil. Bagi yang lain pula, ia mungkin menimbulkan rasa kecewa atau keliru. Apa pun keputusan yang diterima, satu hal yang pasti: SPM bukan penamat. Sebaliknya, ia adalah pintu masuk kepada pelbagai pilihan masa depan. SPM bukan penamat tetapi permulaan kepada membuka laluan kepada bab seterusnya dalam hidup. Sama ada memilih untuk menyambung pelajaran, menimba kemahiran atau melangkah ke dunia pekerjaan. ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang perlu dibuat selepas mendapat keputusan SPM? Berikut ialah panduan ringkas tentang laluan-laluan…
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi beribu-ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan membuka satu bab penting dalam hidup mereka. Keputusan SPM bakal diumumkan. Ia merupakan saat yang paling mendebarkan selepas perasaan seram sejuk ketika melangkah masuk ke dewan bagi menjawab kertas peperiksaan. Adik-adik mungkin ada yang gementar, ada juga sudah bersedia menerima apa jua keputusan. Tetapi, mungkin lebih ramai yang belum bersedia untuk tahu hasil usaha mereka selama ini. Namun, apa jua keputusan yang bakal diterima, ketahuilah bahawa ia bukan penamat kepada segalanya. Ia hanyalah satu langkah dalam perjalanan panjang menuju masa depan. Persoalan lebih penting sekarang, apa yang perlu…
SIAPA yang tidak sukakan bau wangi? Sama ada minyak wangi, pewangi kereta, penyegar udara di rumah, pencuci pakaian beraroma segar atau lilin berharuman lavender kita semua sukakan suasana yang nyaman dan menenangkan. Malah, bau yang menyenangkan sering dikaitkan dengan kebersihan, ketenangan emosi dan mental. Namun, ada sesuatu yang ramai daripada kita tak sedar. Di sebalik aroma yang sedap dihidu itu, tersembunyi potensi bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan secara senyap. Bau wangi bukan lagi sekadar bau, ia juga adalah gabungan bahan kimia yang kita sedut setiap hari tanpa kita tahu kesannya. Apa bahan kimia yang tersembunyi dalam pewangi? Kebanyakan pewangi komersial…
ADA pemimpin disegani kerana kekuatannya, ada juga yang dikenang kerana kelembutannya. Bagi rakyat Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah kedua-duanya, disegani kerana kekuatan dan kelembutannya. Semalam, 14 April 2025 sekitar jam 7.10, negara diselimuti rasa hiba apabila menerima khabar duka tentang pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lebih dikenali sebagai Pak Lah, beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun. Negara kehilangan seorang negarawan yang bukan sahaja pernah memimpin tetapi telah mencintai negaranya dengan cara paling damai dan tulus. Berikut adalah sedikit latar belakang mengenai Pak Lah yang telah memberikan sumbangan besar dalam dunia politik dan kepimpinan negara.…