TAHUKAH anda bahawa berlian, salah satu bahan paling berharga di bumi turun seperti hujan di planet lain? Menurut American Scientist, planet ais gergasi seperti Uranus dan Neptun dikatakan mempunyai tekanan dan suhu ekstrem yang mampu menukar karbon dalam atmosfera mereka menjadi berlian. Walaupun bunyinya seperti kisah dongeng, teori itu disokong oleh eksperimen makmal dan kajian saintifik. Hasil kajian menunjukkan bahawa keajaiban itu mungkin berlaku di tempat yang tidak dapat dilihat secara langsung. Fenomena ini bukan sekadar mempesonakan tetapi juga membuka jalan kepada pemahaman mendalam mengenai struktur planet dan proses unik di luar sistem suria kita. Tentang Uranus dan Neptun Uranus…
Umi Fatehah
PENGIKTIRAFAN sebagai Seniman Negara 2024 adalah pencapaian yang amat bermakna bagi Lat. Ia bukan sahaja menandakan penghargaan terhadap sumbangannya dalam seni lukis, komik dan kartun tetapi juga menunjukkan sokongan padu yang diterima daripada rakyat Malaysia dan kerajaan. Menurut beliau, kejayaan ini tidak datang secara tiba-tiba melainkan hasil daripada sokongan yang tidak pernah putus dari masyarakat yang menghargai seni tempatan. Lat menyatakan bahawa sepanjang perjalanan seni beliau, sokongan daripada peminatnya telah memberi kekuatan dan motivasi untuk terus berkarya dan menyumbang kepada perkembangan seni lukis di negara ini. “Pengiktirafan ini adalah hasil sokongan daripada rakyat Malaysia dan kerajaan yang tidak pernah berhenti…
SIAPA yang pernah menonton Kampung Boy ketika zaman kanak-kanak dahulu? Bagi generasi yang membesar di Malaysia pada zaman 70-an dan 80-an, kartun Kampung Boy, lukisan Datuk Lat, ikon kartunis Malaysia pasti tidak lekang daripada ingatan. Sejak mula diterbitkan pada 1979, Kampung Boy telah menjadi simbol budaya yang memperkenalkan kehidupan masyarakat desa Malaysia kepada dunia dengan cara yang ringkas, bermakna dan diselitkan bersama lawak jenaka. Walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu, nukilan anak Perak itu terus bertahan dan masih relevan hingga kini. Tetapi, apakah yang membuatkan Kampung Boy begitu istimewa dan masih mekar di hati peminatnya? Kampung Boy: Karya yang tidak…
BEBERAPA tahun belakangan ini, penapis air telah menjadi salah satu keperluan utama di kebanyakan rumah. Sama ada di bandar besar atau kawasan luar bandar, ramai yang kini lebih berhati-hati terhadap kualiti air yang digunakan setiap hari. Walaupun bekalan air paip dikatakan selamat untuk diminum, kebimbangan terhadap pencemaran seperti logam berat, klorin, bakteria dan bahan kimia lain menyebabkan orang ramai mencari alternatif yang lebih selamat dan bersih. Di Malaysia, kesedaran tentang kesihatan semakin meningkat dan masyarakat mula memahami bahawa air bersih adalah asas kepada gaya hidup sihat. Selain itu, faktor seperti rasa air paip yang kurang menyenangkan serta keraguan terhadap kebersihannya…
PERNAHKAH anda terfikir mengapa wang yang disimpan dengan bersungguh-sungguh terasa semakin kecil nilainya dari tahun ke tahun? Dahulu, RM50 boleh memenuhi troli pasar raya tetapi sekarang jumlah itu hanya cukup untuk beberapa barang asas. Itulah kesan inflasi – dalam diam, menghakis kuasa beli tanpa disedari. Adakah inflasi bahaya? Inflasi tidak datang dengan tanda amaran atau kejatuhan dramatik seperti krisis ekonomi. Sebaliknya, ia berlaku dengan perlahan tetapi kesannya akan tetap menghentam. Inflasi akan mengurangkan kuasa beli wang dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, jika kadar inflasi adalah 3 peratus setahun tetapi akaun simpanan anda hanya memberikan 2 peratus faedah, anda sebenarnya…
PERNAHKAH anda melihat wang kertas Malaysia yang mempunyai tandatangan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz? Duit yang mempunyai tandatangan beliau sangat diingini oleh rakyat Malaysia, sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai koleksi berharga. Sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dari 2000 hingga 2016, Zeti sudah menjadi wajah yang tidak dapat dipisahkan daripada kestabilan kewangan negara. Setiap ringgit yang dikeluarkan oleh BNM ketika beliau memegang jawatan itu mempunyai nilai simbolik yang lebih besar. Bagi sesetengah orang, duit yang ditandatanganinya menjadi seolah-olah satu bentuk penghormatan terhadap kepimpinan yang cemerlang dalam mengemudi ekonomi negara. Pengalaman dan kepimpinan Lebih dikenali sebagai Zeti Aziz, beliau dilahirkan pada…
MEMAAFKAN bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Mengucapkan kata maaf lebih mudah berbanding benar-benar memaafkan. Memaafkan memerlukan kekuatan jiwa yang luar biasa serta keberanian untuk melepaskan kesakitan yang seolah-olah telah berakar dalam diri kita. Tidak kira sama ada ia berpunca daripada pengkhianatan seorang sahabat, kata-kata nista yang menjatuhkan maruah, layanan yang tidak adil atau kekecewaan akibat ditinggalkan oleh seseorang – memaafkan bukanlah keputusan yang boleh diambil dengan ringan. Namun, di sebalik segala kepayahan itu, memaafkan adalah satu langkah besar menuju kedamaian. Ia bukan sekadar tindakan melepaskan rasa dendam, tetapi juga perjuangan untuk melepaskan diri daripada beban luka yang menghimpit jiwa. Luka…
BARU-baru ini, terdapat perbincangan di media sosial mengenai kebimbangan bahawa graduan baharu terlalu memilih dalam menentukan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Adakah generasi muda sebenarnya cerewet dalam memilih pekerjaan atau ada faktor lain yang menyebabkan mereka berhati-hati dalam pemilihan kerja? Realitinya, persepsi bahawa anak muda terlalu memilih kerja tidak menggambarkan keadaan sebenar. Gaji rendah tetapi kos sara hidup meningkat Salah satu isu terbesar yang dihadapi oleh golongan muda ialah gaji tidak setimpal dengan kos sara hidup makin meningkat. Menurut laporan New Straits Times, banyak pekerjaan untuk jawatan permulaan tidak menawarkan gaji yang mencukupi untuk menampung keperluan asas seperti sewa rumah, pengangkutan…
ANDA sudah tonton filem ‘Ipar Adalah Maut?’ Filem yang mengangkat tema pengkhianatan ini mencetuskan perbincangan hangat kerana ia menyentuh isu sensitif mengenai hubungan antara suami dan adik ipar. Perselingkuhan dalam kalangan keluarga – sebuah topik yang jarang dibincangkan secara terbuka menjadi isu utama dalam filem itu. Rupa-rupanya, ia berkait rapat dengan realiti masyarakat lebih daripada yang disangka. Dengan lakonan mantap oleh Michelle Ziudith sebagai Nisa, Davina Karamoy sebagai Rani (adik ipar) dan Deva Mahenra sebagai Aris (suami), ‘Ipar Adalah Maut’ berjaya mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang sering diabaikan tetapi boleh membawa kesan yang merosakkan jika batas-batas agama dan moral tidak…
DALAM kehidupan seharian, sama ada sedang duduk, berdiri atau berbaring pasti ramai antara kita yang asyik bermain telefon, bukan? Lebih-lebih lagi apabila sudah meluangkan masa berjam-jam bekerja. Kita pasti ada keinginan yang kuat untuk memegang telefon dengan alasan mahu berehat seketika. Pada awalnya mahu menatal (scroll) media sosial sekejap sahaja. Tetapi, apa yang kononnya mahu dilakukan selama lima minit berlanjutan menjadi 30 minit. Masa rehat sepatutnya diluangkan melakukan aktiviti yang memberi ruang kepada otak untuk berhenti berfikir. Namun, disebabkan kita kerap menggunakan telefon pada waktu rehat, otak tidak dapat masa rehat yang sepatutnya. Disebabkan kita terlalu ketagih dengan telefon pintar…