BARU-baru ini, tular di media sosial X berkenaan isu seorang pemandu bas dan murid perempuan sekolah rendah. Pemuda yang berumur 24 tahun tersebut disyaki merekod dan memuat naik video ‘bermesraan’ bersama beberapa orang murid di dalam bas yang dipandunya. Apa yang membuatkan orang ramai marah ialah dalam salah satu video pemandu bas itu, dia secara terang-terangan mengusap bibir dan mencium dahi kanak-kanak tersebut. Kapsyen pada videonya juga sangat menjijikkan. Dia menulis “harini crush kita busy buat homework”. Bukan itu sahaja, kesemua video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya juga memaparkan wajah kanak-kanak tersebut dengan jelas. Apa yang dilakukan oleh pemandu…
Umi Fatehah
ANDA suka bekerja di syarikat sekarang. Kerja bersesuaian dengan minat, rakan sekerja bertanggungjawab dan gaji juga lumayan. Tetapi ada satu perkara yang mengganggu ketenteraman ketika bekerja. Bos anda orangnya sangat sukar untuk difahami. Emosinya pula tidak tentu hala. Kadang kala dia dengan senang hati mempelawa makan tengahari bersama tetapi ada masa dia mengamuk menghentak-hentak meja! Walaupun gembira bekerja di samping rakan sekerja yang baik hati, perangai bos yang kurang senang itu membuatkan anda mahu berhenti kerja. Mungkin ada yang menganggap berhenti kerja di syarikat yang bagus hanya disebabkan bos teruk itu merugikan. Namun, siapa sahaja yang mempunyai kesabaran dan keimanan…
LIM Beng Hong, juga dikenali sebagai B.H. Oon, memainkan peranan penting dalam meletakkan asas untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam sistem kehakiman dan perundangan di Tanah Melayu. Dahulu, akses pendidikan untuk wanita adalah terhad tetapi itu bukan alasan untuk Beng Hong tidak menuntut ilmu. Beliau mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang. Kerja kerasnya dalam menuntut ilmu membolehkannya menjadi peguam cara pada 1926. Beliau juga berjaya menubuhkan firma guaman sendiri dan beroperasi selama lima dekad. ARTIKEL BERKAITAN: Srikandi pembebasan: Tan Sri Aishah Ghani Kemudian, beliau mencapai kejayaan sebagai wanita pertama dari Tanah Melayu yang menyertai Badan Kehakiman Inggeris. Keputusannya…
TAN Sri Dr. Aishah Ghani merupakan ahli politik dan aktivis yang berwibawa di Malaysia. Banyak jasa beliau dalam politik negara, terutamanya dalam memperjuangkan hak dan martabat wanita. Namanya tidak asing dalam lembaran sejarah Malaysia kerana sumbangan yang dicurah kepada landskap politik Malaysia pramerdeka bukan biasa-biasa. Pada awalnya, beliau melibatkan diri dalam dunia politik sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Beliau juga memimpin sayap wanita PKMM yang dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (Awas). Pada 1949, Aishah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan dilantik sebagai Setiausaha UMNO Kampung Baru. Selepas beberapa tahun berkhidmat sebagai wartawan dan…
BELAKANGAN ini, pelbagai isu semasa dibincangkan dalam media sosial, terutamanya X. Namun, antara isu-isu berbangkit, ada satu perbincangan yang menerima pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut. Ia berkaitan rakyat Malaysia yang gemar menyalahgunakan jabatan kecemasan di hospital kerajaan. Perkara itu menjadi lebih sensitif apabila isu sedia ada seperti nasib para petugas kesihatan, khususnya doktor tidak dibela. Hartal Doktor Kontrak, kekurangan kakitangan, gaji tidak bermaruah – semuanya belum mendapat keadilan. Tambahan pula, isu rakyat menyalah guna jabatan kecemasan itu rata-ratanya diluahkan doktor di hospital kerajaan. Pucuk pangkal perkara itu dibangkitkan bermula dengan kenyataan: “Orang kita suka salah gunakan jabatan kecemasan. Macam…
SETIAP kali tibanya bulan Ogos, pendek kata setiap bucu, inci dan pelusuk kota raya akan dihiasi bendera Jalur Gemilang. Sinonim dengan bulan kemerdekaan, menggantung bendera merupakan salah satu cara kita zahirkan rasa patriotik kepada negara. Sering kita dengar orang berpesan, “jaga dan hormat bendera”. Tetapi mungkin ramai yang kurang faham pesanan tersebut. Apa yang perlu dilakukan untuk menghormati bendera? Walaupun niat kita cuma mahu menunjukkan semangat cintakan negara, ada adab dan pantang larangnya dalam menggunakan Jalur Gemilang yang sebelum ini mungkin tidak diketahui. ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui adab dan pantang larang ketika menggunakan Jalur Gemilang Berbalik kepada persoalan tadi: kenapa kita…
ILMU kewangan merupakan pengetahuan asas penting yang boleh diguna pakai sepanjang hayat. Sebab itu, sasaran ilmu kewangan tidak terhad kepada golongan dewasa, malah kanak-kanak. Memperkenalkan kanak-kanak kepada ilmu kewangan akan menggalakkan mereka membina tabiat kewangan yang bagus. Selain itu, ia juga membantu mereka menjalani kehidupan dewasa dengan cermat. Berikut merupakan aktiviti menarik untuk mengajar anak-anak tentang ilmu kewangan. 1. Beri wang poket melalui usaha mereka sendiri Ibu bapa boleh menetapkan sistem pemberian wang poket secara mingguan atau bulanan. Sebelum itu, sediakan jadual tugasan harian untuk mereka patuhi. Tugaskan mereka dengan aktiviti seperti menyelesaikan kerja sekolah, menjalankan tugas harian di rumah…
BIASA kita dengar orang cakap, “kalau nak berjaya, kena kerja keras”. Tetapi, definisi kerja keras itu sendiri tidak jelas. Perlu kerja sampai korbankan cuti? Atau perlu buat dua hingga tiga kerja? Atau perlu kerah tubuh bekerja selama mampu dalam sehari? Disebabkan itu, ada yang salah anggap mereka perlu kerja lebih masa setiap hari untuk dikira sebagai kerja keras. Faham, cabaran kehidupan dan ekonomi sekarang bukan biasa-biasa. Jadi ramai menganggap mereka perlu bekerja keras untuk kelangsungan kehidupan dan capai apa yang diimpikan. Namun, berbaloikah anda korbankan masa untuk diri sendiri dan keluarga supaya boleh bekerja sepanjang masa? Bahagiakah jika hidup begitu? …
PERASAAN kurang yakin terhadap tubuh sendiri adalah sesuatu yang normal. Setiap orang pasti pernah mengalaminya dari semasa ke semasa. Ia boleh menjadi lebih mencabar apabila perut terasa buncit. Pakailah apa sahaja baju pun tetap rasa tidak cantik. Namun, perut buncit juga normal. Kita hanya manusia yang tidak sempurna. Ia bukan satu kekurangan. Masalah perut buncit boleh diatasi dengan beberapa cara dalam masa seminggu sahaja. Rujuk tip-tip di bawah. 1. Aktif bergerak Selain bersenam, cubalah untuk meningkatkan pergerakan dan aktiviti fizikal sepanjang hari, terutamanya jika anda sering duduk dalam jangka masa yang lama. Beberapa aktiviti fizikal yang boleh dilakukan termasuklah: Naik…
KEHIDUPAN di universiti ialah fasa yang banyak mengajar tentang realiti hidup. Selain belajar segalanya berkaitan kursus atau bidang yang diambil, anda juga perlu belajar cara urus kewangan sendiri. Berbeza dengan kehidupan di rumah di mana ibu bapa menanggung segala kos, kini pelajar perlu membuat keputusan bagaimana dan di mana anda mahu membelanjakan wang. Perlu diingat bahawa setiap keputusan akan membawa kesan, sama ada positif atau negatif. Ikuti tip berikut untuk membantu anda menguruskan wang sebagai pelajar universiti dengan lebih baik. Rancang perbelanjaan Langkah pertama adalah mengenal pasti sumber pendapatan, sama ada daripada elaun yang diberikan ibu bapa atau pinjaman pendidikan.…

