Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pilihan juadah sihat: Berbuka dengan penuh nikmat dan khasiat

    Pilihan juadah sihat: Berbuka dengan penuh nikmat dan khasiat

    By Umi FatehahFebruary 25, 2025Updated:February 25, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Menu sihat iftar mesra diet. - GAMBAR HIASAN ONBAB/PEXELS

    RAMADAN bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga tetapi juga peluang untuk perbaiki tabiat pemakanan. 

    Pemilihan makanan yang sihat ketika berbuka puasa dapat membantu tubuh kekal bertenaga, mengelakkan rasa lesu selepas makan dan menyokong kesihatan jangka panjang.

    Berikut adalah beberapa idea juadah berbuka yang lebih sihat dan sesuai untuk rakyat Malaysia:

    1. Mulakan dengan kurma dan air kosong

    Kurma bukan sekadar sunnah tetapi juga sumber tenaga yang baik selepas seharian berpuasa. Ia mengandungi gula semula jadi, serat dan mineral seperti kalium yang membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. 

    Betul, sunat berbuka puasa dengan makanan manis terlebih dahulu. Tetapi ia tidak bermakna anda perlu minum sirap bandung cincau atau teh tarik kaw sejurus sahaja doa berbuka puasa habis dibaca.

    Minum air manis untuk berbuka puasa akan menyebabkan kenaikan gula darah secara mendadak dan membuatkan tubuh lebih cepat letih. Seeloknya, pilih air kosong untuk menghidrat badan dengan baik. Makan kurma untuk mengikut sunah berbuka dengan makanan manis.

    1. Bubur lambuk oat

    Bubur lambuk sering menjadi pilihan utama ketika berbuka kerana ia mudah dihadam. Namun, penggunaan nasi putih yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah. 

    Sebagai alternatif, oat boleh digunakan untuk menggantikan nasi kerana ia lebih tinggi serat dan rendah indeks glisemik. 

    Tambahkan ayam cincang, lobak merah dan daun sup untuk memberikan rasa lebih sedap serta menyihatkan. 

    Bubur lebih mudah dicerna dan tidak akan membebankan perut selepas seharian berpuasa. Perut juga tidak akan terkejut sekiranya terus makan makanan berat dalam kuantiti yang banyak.

    1. Sup ayam dengan sayur-sayuran

    Sup ayam adalah pilihan yang baik kerana ia membantu mengembalikan garam mineral yang hilang sepanjang hari. 

    Sup yang sihat dan sedap perlu dimasak menggunakan dada ayam tanpa kulit bersama sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang dan bayam. 

    Bahan-bahan itu juga dapat membekalkan protein serta serat yang diperlukan oleh badan selepas seharian berpuasa. Ia juga memberikan rasa kenyang lebih lama tanpa membebankan sistem pencernaan.

    1. Nasi perang dengan lauk panggang

    Jika ingin menikmati hidangan yang lebih mengenyangkan, nasi perang adalah pilihan yang lebih baik berbanding nasi putih kerana kandungan seratnya lebih tinggi. 

    Ia membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik dan memberikan tenaga yang lebih stabil. Untuk melengkapkan hidangan, lauk seperti ikan siakap bakar, ayam panggang berempah atau daging bakar air asam boleh dijadikan pilihan. 

    Lauk panggang lebih sihat kerana tidak mengandungi minyak berlebihan seperti makanan bergoreng. Tambahkan juga ulam-ulaman seperti timun, daun selom dan pegaga untuk meningkatkan kandungan vitamin serta mineral dalam hidangan.

    1. Roti john versi sihat 

    Jika mahukan sesuatu yang lebih ringan tetapi tetap mengenyangkan, roti john boleh dibuat dengan cara yang lebih sihat. 

    Gunakan roti gandum penuh yang lebih tinggi serat dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan isi. 

    Ayam cincang tanpa lemak boleh digunakan bersama telur, tomato, timun dan salad untuk meningkatkan kandungan nutrisi. Selain itu, elakkan penggunaan mayonis dan sos berlebihan bagi mengurangkan kandungan lemak dan gula dalam hidangan ini.

    1. Kerabu mangga atau kerabu betik

    Bagi yang menggemari makanan berasaskan sayur-sayuran, kerabu mangga atau kerabu betik boleh dijadikan pilihan pembuka selera yang menyegarkan.

    Kedua-duanya kaya dengan serat dan vitamin C yang membantu sistem imun serta pencernaan. Untuk menambah rasa dan tekstur, tambahkan kacang tanah panggang serta sedikit udang kering. 

    Kerabu ini bukan sahaja rendah kalori malah memberi rasa segar dan rangup yang enak selepas seharian berpuasa.

    1. Sate ayam tanpa kuah kacang berlebihan

    Sate ayam sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dimakan. Namun, untuk menjadikannya lebih sihat, pilih sate ayam tanpa kulit dan kurangkan penggunaan minyak ketika memanggang. 

    Jika ingin menikmati kuah kacang, sediakan sendiri dengan mengurangkan jumlah gula dan minyak yang digunakan. Hidangan ini boleh dipadankan dengan timun dan bawang merah untuk menambahkan lagi kandungan serat dalam hidangan.

    1. Smoothie buah tanpa gula tambahan

    Bagi yang sukakan minuman sejuk, smoothie buah adalah pilihan yang lebih baik berbanding air sirap atau minuman berkarbonat. 

    Campurkan buah-buahan seperti pisang, kurma dan susu rendah lemak untuk menghasilkan smoothie yang berkrim dan menyegarkan. Tambahkan sedikit chia seed atau oat untuk meningkatkan kandungan serat dalam minuman ini.

    1. Air barli atau air kelapa semula jadi

    Minuman yang menyegarkan seperti air barli dan air kelapa semula jadi sangat sesuai untuk menghidrasi badan selepas seharian berpuasa. 

    Air barli membantu menyejukkan badan dan perbaiki sistem pencernaan. Manakala air kelapa mengandungi elektrolit semula jadi yang membantu mengembalikan tenaga. Pastikan minuman ini diambil tanpa tambahan gula bagi mengekalkan manfaat kesihatannya. – RELEVAN

    Previous ArticleBelum ganti puasa? Ini panduan qada’ dan bayaran fidyah
    Next Article Surat buat ibu bekerja: Hentikan rasa bersalah

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.