Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa malam kita mengantuk?

    Kenapa malam kita mengantuk?

    By Umi FatehahFebruary 19, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa malam kita mengantuk? - GAMBAR HIASAN ROBINA WEERMEIJER/UNSPLASH

    PERNAHKAH anda terfikir, kenapa waktu malam kita rasa mengantuk dan apabila pagi kita rasa segar?

    Semuanya kerana kelenjar pineal! Walaupun saiznya kecil macam kacang, kelenjar dalam otak ini berkuasa untuk mengawal tidur dan bangun kita.

    Apa itu kelenjar pineal?

    Kelenjar pineal terletak di tengah otak dan bertanggungjawab mengeluarkan melatonin iaitu hormon yang buat kita rasa mengantuk pada waktu malam dan segar di siang hari.

    Kelenjar ini ibaratnya seperti suis lampu. Melatonin akan ‘dihidupkan’ apabila persekitaran menjadi gelap dan ‘dimatikan’ jika cerah.

    Adakah kelenjar ini penting?

    Bayangkan kalau kelenjar pineal rosak atau tak berfungsi dengan baik. Kita mungkin susah tidur malam dan asyik mengantuk pada siang hari!

    Malah, kelenjar ini bukan sahaja mengawal tidur tetapi juga membantu kesihatan tulang, menjaga emosi dan mengawal badan memproses ubat.

    Untuk menjaga kelenjar pineal supaya kekal sihat, elakkan penggunaan gajet seperti telefon atau tablet sebelum tidur.

    Hal ini kerana cahaya biru daripada skrin gajet boleh mengganggu pengeluaran melatonin. Sebaiknya, hentikan penggunaan gajet sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur.

    Selain itu, pastikan bilik tidur dalam keadaan gelap sepenuhnya. Jika ada cahaya seperti lampu jalan raya atau cahaya dari peralatan elektronik, cuba gunakan langsir gelap atau pelitup mata ketika tidur. Dengan cara ini, kelenjar pineal dapat berfungsi dengan lebih baik.

    Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kelenjar pineal. Makan makanan yang kaya dengan melatonin seperti pisang, ceri, oat dan kacang dapat membantu mengawal waktu tidur dengan lebih baik.

    Di samping itu, makanan yang tinggi magnesium seperti bayam dan badam juga bagus untuk menyokong fungsi kelenjar pineal.

    Walaupun kecil, kelenjar pineal sangat penting untuk badan kita. Ia bukan sahaja mengawal waktu tidur tetapi juga mempengaruhi kesihatan mental dan keseimbangan hormon.

    Siapa sangka kelenjar sekecil ini boleh beri kesan besar pada hidup kita. Hebat betul ciptaan tuhan, bukan? – RELEVAN

    Previous ArticleRasa nak berhenti kerja? Tanya 9 soalan ini dulu
    Next Article Fahami inflasi dengan cara mudah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.