Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    By Umi FatehahDecember 19, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP kali tahun baharu menjelma, azam untuk menurunkan berat badan pasti berada dalam senarai teratas. Namun, ramai yang bersemangat pada bulan Januari dan mula hilang momentum beberapa bulan kemudian.

    Menurut Known Well, kunci kejayaan penurunan berat badan bukan terletak pada disiplin melampau atau sasaran angka semata-mata tetapi pada matlamat yang realistik, berperingkat dan selari dengan cara tubuh manusia berubah.

    Berikut ialah tujuh matlamat penurunan berat badan yang lebih praktikal dan boleh dicapai, seperti yang dikongsikan oleh Known Well.

    1. Ubah tabiat

    Ramai gagal kerana terlalu fokus pada angka di penimbang. Sebaliknya, Known Well menyarankan matlamat berasaskan tabiat atau tindakan.

    Contohnya, menetapkan sasaran untuk berjalan tiga kali seminggu atau menyediakan bekal makan tengah hari dua kali seminggu. Perubahan terasa lebih terkawal apabila kita menilai apa yang kita lakukan, bukan hanya hasil akhirnya.

    2. Tambah protein

    Satu langkah positif ialah memastikan protein ada dalam setiap hidangan. Ayam, ikan tuna, telur, yogurt Greek atau kekacang adalah pilihan mudah.

    Kajian sistematik 2024 mendapati pengambilan protein yang mencukupi membantu mengekalkan jisim otot, yang menyumbang sehingga 20 hingga 30 peratus kadar metabolisme rehat tubuh.

    3. Mulakan dengan 10 minit pergerakan sehari

    Tidak perlu terus berlari lima kilometer. Menurut kajian, berjalan 10 minit selepas makan sudah memberi kesan positif terhadap kawalan gula darah. Pergerakan kecil yang konsisten lebih berkesan daripada azam besar yang sukar dikekalkan.

    4. Tambah latihan kekuatan sekali seminggu

    Latihan kekuatan membantu membina otot, menyokong metabolisme, kesihatan tulang dan emosi. Tidak perlu ke gim, cukup dengan lakukan senaman berat badan seperti squat atau tekan dinding sudah mencukupi untuk permulaan.

    5. Baiki kualiti tidur

    Analisis meta 2019 menunjukkan individu yang tidur kurang tujuh jam sehari mempunyai risiko obesiti lebih tinggi. Kurang tidur mengganggu hormon lapar seperti ghrelin dan leptin, sekali gus meningkatkan selera dan keinginan terhadap makanan tinggi kalori.

    6. Elak bergantung dengan penimbang

    Berat badan bukan satu-satunya penanda kejayaan. Perhatikan tahap tenaga, kualiti tidur, keselesaan pakaian atau bacaan kesihatan seperti tekanan darah. Latihan kekuatan boleh meningkatkan otot sambil mengurangkan lemak, menyebabkan berat kekal sama tetapi komposisi tubuh bertambah baik.

    7. Beri masa kepada diri sendiri

    Menurut kajian sistematik 2024, tabiat kesihatan mengambil masa antara dua hingga lima bulan untuk terbentuk. Pendekatan perlahan dan stabil lebih lestari serta mengurangkan tekanan kepada tubuh.

    Elak menambah stres dengan membina matlamat untuk menurunkan berat badan mendadak dalam masa dua hingga tiga minggu. Ia hanya akan memburukkan keadaan dan tubuh badan menjadi tidak sihat.

    Mengapa azam penurunan berat badan selalu gagal?

    Menurut Known Well, kegagalan sering berpunca daripada sasaran terlalu ketat dan tidak realistik. Fokus berlebihan pada penimbang membuatkan kita terlepas pandang perubahan positif lain.

    Selain itu, tempoh masa yang terlalu singkat dan pengabaian faktor biologi seperti hormon, metabolisme dan kesan ubat-ubatan juga menyumbang kepada rasa putus asa.

    Kesimpulannya, azam penurunan berat badan yang berjaya bukan tentang perubahan drastik, tetapi keputusan kecil yang konsisten. Tahun baharu tidak memerlukan versi baharu diri anda dalam masa dua minggu. Cukup dengan versi yang lebih sihat sedikit demi sedikit. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    Next Article Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.