Zubaidah Ibrahim

DARAH tinggi ataupun hipertensi merupakan penyakit yang biasa kita dengar tetapi masih ramai dalam kalangan pesakit tidak cakna dengan komplikasi penyakit itu sedangkan ia boleh membawa kepada masalah kesihatan lebih serius seperti strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan kerosakan mata. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, hampir 30 peratus rakyat Malaysia mempunyai risiko untuk mendapat masalah darah tinggi. Jumlah itu bersamaan dengan 6.4 juta penduduk negara ini. Sebanyak 15.9 peratus daripada jumlah tersebut mengetahui mereka mempunyai hipertensi manakala 14.1 peratus pula tidak mengetahui mereka menghidap penyakit kronik itu. Bagi pesakit yang mengetahui mempunyai masalah itu, 90 peratus daripada…

Read More

SEBANYAK 25,099 kes jangkitan Covid-19 telah dicatatkan semalam yang mana menunjukkan penurunan berbanding kelmarin iaitu 26,832. Sekali gus, pertambahan kes baharu itu menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,246, 779 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 100 kes atau 0.40 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 24,999 kes atau 99.60 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 17,236 atau 68.67 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 7,763 kes atau 30.93 peratus dan kategori 3…

Read More

PENGAMBILAN snek yang sihat sangat penting untuk mengurangkan rasa lapar berterusan dan menyebabkan makan berlebihan. Ia juga merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Snek sihat juga perlu sentiasa diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal cergas dan bertenaga. Sebenarnya, menyediakan snek sihat tidaklah sukar, sebaliknya lebih mudah dan enak dimakan. Sehubungan itu, Pakar Perubatan, Dr. William C. Lloyd III berkongsi lima jenis snek sihat yang rendah karbohidrat dan sangat sedap dimakan. 1. Avokado Avokado membantu mengawal gula dalam darah daripada meningkat dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Makan sebiji atau…

Read More

JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan semalam sebanyak 26,832 kes berbanding kelmarin iaitu 28,825 yang merupakan kes tertinggi direkodkan sejak pandemik bermula di negara ini. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,221,680 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 133 kes atau 0.50 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 26,699 kes atau 99.50 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 18,230 atau 67.94 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 8,469 kes atau 31.56  peratus dan kategori…

Read More

SETIAP orang dikurniakan bakat dan kebolehan tersendiri begitu juga dengan kepintaran luar biasa yang mana perkara tersebut telah dikesan serta menerima pengiktirafan sejak usia kanak-kanak. Tahap kepintaran yang tinggi itu telah melonjakkan nama-nama seseorang sehingga dikenang sepanjang zaman. Sehubungan itu, berikut RELEVAN kongsikan beberapa manusia pintar yang pernah mencipta nama ketika masih kanak-kanak dengan kebolehan intelektual yang tinggi. 1. Priyanshi Somani Dilahirkan pada November 16, 1998 di Gujarat, India Priyanshi Somani dikenali sebagai kalkulator rohani. Pada usia satu tahun dia memenangi Piala Dunia dalam aritmetik mental. Dia juga memenangi Anugerah Kanak-kanak Hebat Pogo. Gadis berusia 24 tahun itu berkebolehan dalam…

Read More

SEBANYAK 26,701 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam manakala kelmarin Malaysia mencatakan kes tertinggi sejak pandemik bermula di negara ini iaitu sebanyak 27,831 kes. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,138,215 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 118 kes atau 0.44 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 26,583 kes atau 99.56 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 20,480 kes atau 22.86 peratus diikuti kategori 1 sebanyak 6,103 kes atau 22.86 peratus dan kategori…

Read More

TIDUR yang nyenyak atau juga dipanggil gelombang tidur perlahan adalah istilah digunakan untuk mentakrifkan tidur tahap tiga dan empat. Pada tahap ini, kadar denyutan jantung dan pernafasan anda menjadi perlahan, gelombang otak juga perlahan dan otot mata berada dalam keadaan relaks. Peringkat ini juga dikenali sebagai fasa pemulihan tidur kerana badan anda membaiki tidur dan menguatkan sistem imun. Semasa tidur, anda mengalami peringkat kitaran tidur yang berbeza. Tidur nyenyak adalah peringkat diperlukan yang mana apabila bangun akan berasa segar. Apabila meningkat usia, jumlah tidur nyenyak yang kita dapat setiap malam semakin berkurang. Ini kerana badan kita sudah matang dan tidak…

Read More

TIDAK semua orang menyukai pekerjaan yang mereka lakukan disebabkan pelbagai faktor seperti persekitaran kerja yang kurang baik, tahap kesukaran melaksanakan tugas itu, bebanan tugas dan berasa bosan kerana melakukan kerja yang sama sejak sekian lama. Jangan biarkan diri dalam terus berada dalam perspektif negatif terhadap pekerjaan yang dilakukan. Cuba cari penyelesaian sebaiknya agar kembali bersemangat dan seronok bekerja. Berikut RELEVAN kongsikan tip yang disarankan oleh The Balance Careers untuk mengecas kembali semangat dan mencipta keseronokan bekerja. 1. Bekerjasama dengan penyelia untuk menetapkan matlamat Kerja boleh terasa bosan jika anda rasa tidak mempunyai sesuatu matlamat untuk diusahakan. Bekerjasama dengan penyelia anda…

Read More

SEBANYAK 21 kematian dicatatkan semalam dengan 9 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Menurut data laman web CovidNow, jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 32,180 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 6,514. Kes positif harian semalam merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik bermula di Malaysia iaitu sebanyak 27,831 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,111,514 kes. “Daripada keseluruhan jumlah kes baharu itu, sebanyak 97 kes atau 0.35 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5. “Bagi kategori…

Read More

ANAK-ANAK perlu dididik sejak kecil untuk menjaga kebersihan agar tabiat tersebut sebati dalam diri dan membentuk keperibadian terpuji sehingga mereka meningkat dewasa. Sehubungan itu, Dettol Malaysia melancarkan kempen kesedaran awam iaitu Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyasarkan100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun. Di bawah inisiatif Hidup Sihat, Malaysia Hebat, program sekolah ini akan dilancarkan di lebih 400 buah sekolah rendah seluruh Malaysia bermula 17 Januari 2022 dengan matlamat untuk mendidik pelajar darjah satu hingga darjah tiga agar mengamalkan dan mengekalkan tabiat kebersihan sejak usia muda. Menurut Presiden Persekutuan Persatuan…

Read More