Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu psoriasis, punca dan rawatan

    Apa itu psoriasis, punca dan rawatan

    By Zubaidah IbrahimMarch 23, 2022Updated:December 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: freepik - www.freepik.com

    PSORIASIS adalah penyakit autoimun yang mempunyai ciri-ciri seperti kegatalan, kemerahan atau tompok merah pada kulit yang diseliputi sisik putih. Penyakit tersebut bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan secara fizikal, tetapi boleh mengganggu emosi dan keyakinan pesakit.

    Nasib baik kita hidup di zaman yang mempunyai pelbagai pilihan rawatan untuk penyakit psoriasis dan ia juga sangat berkesan. Namun, adalah penting untuk pesakit memahami keadaan mereka dan rawatannya untuk mendapatkan hasil terbaik.

    Pakar Dermatologi dari Amerika Syarikat, Dr. Francisco Tausk berkata, memahami beberapa isu berkaitan penyakit itu akan membolehkan pesakit menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik.

    Justeru itu, beliau berkongsi empat tip untuk membantu pesakit psoriasis mengurangkan masalah tersebut dengan berkesan dan mendapatkan kesan pemulihan yang terbaik.

    1. Tekanan memainkan peranan besar dalam psoriasis

    Tekanan boleh mencetuskan perkembangan psoriasis pada peringkat awal. Ia juga boleh memburukkan lagi keadaan penyakit itu secara keseluruhan. Dr. Tausk mengesyorkan agar pesakit melakukan meditasi untuk menenangkan fikiran, bersenam, yoga dan apa juga kaedah untuk mengurangkan tekanan.

    Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Jon Kabat-Zinn untuk merawat psoriasis, beliau menggunakan kaedah ketenangan jiwa bagi mengurangkan tekanan dan mendapati pesakit yang bermeditasi dapat sembuh dengan cepat berbanding dengan mereka yang tidak melakukan meditasi.

    Sehubungan itu, Dr. Tausk menggalakkan semua pesakit agar melakukan meditasi dan perkara berkaitan dengannya untuk mengurangkan tekanan selain mengikuti arahan ubatan yang diberikan oleh doktor.

    2. Menurunkan berat badan boleh mengurangkan psoriasis.

    Perubahan gaya hidup seperti pengurangan tekanan, pemakanan sihat dan senaman dapat mengurangkan masalah psoriasis. Penurunan berat badan adalah perubahan gaya hidup yang penting untuk menyembuhkan psoriasis dengan lebih cepat.

    Obesiti dikaitkan dengan psoriasis bahkan pesakitnya lebih cenderung mempunyai berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh tisu lemak yang menghasilkan Tumor Necrosis Factor atau TNF iaitu salah satu protein yang terlibat dalam pembentukan psoriasis.

    Malah, beberapa ubat biologi yang merawat psoriasis  juga berfungsi secara langsung untuk mengurangkan TNF dalam badan.

    3. Jangan berhenti mengambil ubatan atau rawatan

    Sebahagian pesakit beranggapan bahawa mereka boleh berhenti mengambil ubatan setelah penyakit psoriasis semakin pulih. Hakikatnya, ada pesakit yang akan mengalami semula psoriasis, malah menjadi semakin teruk jika mereka berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba.

    Jika ubat anda berkesan dan mengembalikan semula kulit yang sihat, anda perlu terus mengambilnya untuk kekal bebas psoriasis.

    4. Psoriasis bersama anda sepanjang hayat

    Pesakit perlu memahami bahawa  psoriasis adalah penyakit seumur hidup yang tidak akan hilang, tetapi ia boleh dirawat dengan berkesan untuk memastikannya terkawal sebanyak 75 hingga 100 peratus.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak pilihan rawatan yang akan memastikan kulit bersih dan mengembalikan keyakinan pesakit.-RELEVAN

    featured sakit kulit tekanan
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.