Zubaidah Ibrahim

WALAUPUN kita sudah berada di fasa endemik dan institusi pendidikan telah beroperasi secara bersemuka, tetapi ramai orang memilih untuk belajar menggunakan platform online bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan tujuh tip penting untuk menjadikan pembelajaran online lebih efektif seperti berikut: Akses internet Tidak semua orang mempunyai akses internet di rumah dan juga boleh menggunakannya secara konsisten tanpa sebarang gangguan kerana ada yang berkongsi bersama adik-beradik. Selain itu, ada segelintir pelajar yang tidak cekap menggunakan teknologi maka, bantuan daripada para guru dan penjaga adalah sangat penting untuk menyokong pendidikan dalam talian agar mereka dapat menuntut ilmu dengan lancar.…

Read More

BUKAN mudah untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya kerana kerjaya tersebut tidak hanya berbekalkan glamor semata-mata. Mereka yang berjaya dalam kerjaya ini terpaksa bekerja keras, sabar, tabah, berpengetahuan luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang bagaimana industri itu berkembang serta bergerak. Trend hari ini mungkin tidak bernilai esok. Berkongsi tip untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Faizal Hamid menitipkan tujuh rahsia penting bagi mencapai matlamat tersebut. Kehendak pasaran Pereka perlu sentiasa bersedia dengan kehendak pasaran kerana trend dan cita rasa pelanggan sentiasa bertukar. Harus…

Read More

KETIKA hamil kita sering mendengar pantang larang terhadap beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh ibu mengandung bagi menjaga kesihatan kandungan dan mengelakkan keguguran. Salah satu makanan tersebut ialah terung yang dikatakan tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana akan menyebabkan keguguran kandungan. Menjawab kepada persoalan itu, pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi maklumat mengenai khasiat pemakanan terung kepada ibu mengandung menerusi blog peribadinya. Ulasnya, terung merupakan makanan yang tinggi nutrisi dan sangat bermanfaat untuk ibu mengandung. Tulis Zubaidi, walaupun tiada kajian kukuh membuktikan pengambilan terung boleh menyebabkan keguguran kandungan, tetapi dinasihat pengambilan sayuran itu perlulah secara sederhana ketika usia kandungan…

Read More

MEMBERI ganjaran kepada diri atau self reward dalam bentuk material selepas bertungkus-lumus melakukan sesuatu merupakan sesuatu yang perlu. Ia sebagai tanda penghargaan buat diri kita agar lebih bermotivasi, bekerja lebih kuat serta efektif.  Ganjaran kepada diri sendiri dapat mengurangkan tekanan kerja kerana kita tahu apa yang bakal diperoleh pada masa akan datang atau meletakkan sasaran tertentu seperti gaji dan imbuhan lain.  Namun, ada yang terleka memberi ganjaran kepada diri sehingga berbelanja berlebih-lebihan. Pada akhirnya duit gaji setiap bulan habis begitu sahaja tanpa sebarang simpanan atau pembelian aset yang mempunyai nilai lebih tinggi pada masa hadapan. Profesor Tadbir Urus dan Pelaporan…

Read More

SKOLIOSIS yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan satu keadaan apabila tulang belakang membengkok ke kiri atau ke kanan melebihi 10 darjah. Lazimnya, skoliosis boleh berbentuk C atau S dan kebiasannya ia tidak menyebabkan sakit belakang. Namun, kanak-kanak dengan lengkungan skoliosis yang besar mungkin berasa tidak selesa. Beg sekolah yang berat atau pemakaian beg pada sebelah bahu bukanlah penyebab skoliosis, mahupun menjadi punca ia bertambah teruk. Postur badan yang tidak betul juga bukan punca berlakunya skoliosis. Bagaimanapun, kedua-dua ini mungkin menyebabkan sakit belakang. Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang UM Specialist Centre (UMSC), Dr. Chung Weng Hong menjelaskan,…

Read More

JANGKITAN Covid-19 tidak boleh dipandang remeh kerana ia bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan gejala berlanjutan walaupun telah disahkan sembuh. Perkara itu secara tidak langsung mengganggu kehidupan seharian bekas pesakit Covid-19 dan juga memberi kesan kepada prestasi kerja mereka apabila gejala tersebut terjadi. Menurut pensyarah di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Prof. Dr. Moy Foong Ming, pesakit Covid-19 lazimnya mengambil masa dua hingga enam minggu untuk pulih. Pun begitu, terdapat sebilangan pesakit yang masih mengalami gejala berlanjutan setelah sembuh. Keadaan kesihatan berlanjutan lebih tiga bulan yang dikenali sebagai sindrom Long Covid itu turut membawa gejala tertentu…

Read More

KITA selalu mengeluh tidak cukup wang atau kehabisan duit terutama menjelang hujung bulan sehingga terpaksa berhutang sementara menunggu gaji dan perkara itu akan terus berulang. Bak kata pepatah, gali lubang, tutup lubang dan akhirnya anda masih lagi berada tahap kewangan yang sama tahun berganti tahun ekoran kesilapan menguruskan kewangan dengan berkesan. Lebih memburukkan keadaan apabila anda melebihkan kehendak berbanding keperluan apatah lagi pada masa kini banyak godaan apabila banyak tawaran gajet baharu atau pelbagai item untuk memenuhi gaya hidup semata-mata. Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkongsi tujuh faktor yang menyebabkan…

Read More

SEORANG remaja dari California, Amerika Syarikat (AS) Jack Rico menggemparkan dunia apabila dia berjaya memiliki lima ijazah sarjana muda pada usia 15 tahun dan pencapaian itu dicapai dalam masa empat tahun sahaja. Jack Rico, yang berasal dari California memperoleh empat ijazah bersekutu sebelum berusia 13 tahun. Dia kini berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Nevada dengan purata nilai gred (GPA) sebanyak 3.78. “Sejujurnya saya amat menyukai semua kelas yang diikuti. “Sebahagian daripada kelas saya adalah berkaitan sejarah dan filem, jadi saya belajar sesuatu yang berbeza dalam setiap kelas,” katanya. Rico sebelum itu mengikuti pembelajaran di…

Read More

SUDAH  menjadi lumrah seorang wanita dalam mementingkan penampilan diri sehingga mereka sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk kelihatan cantik. Perut buncit merupakan antara masalah utama yang sering dihadapi oleh wanita terutamanya kaum ibu terutama selepas bersalin. Untuk mengatasi masalah ini, ada di antara mereka mengambil inisiatif dengan memakai korset bagi memperbaiki postur badan terutamanya bagi mengurangkan perut buncit. Dalam pada itu, masih ramai yang tidak peka dengan kesan pemakaian korset dalam jangka masa yang panjang sehingga mengundang kepada risiko kesihatan yang lebih bahaya. Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya, pemakaian korset yang ketat boleh mengakibatkan otot…

Read More