Zubaidah Ibrahim

GAJI merupakan motivasi terbesar kepada para pekerja untuk terus bertungkus-lumus menjayakan sesebuah pekerjaan itu. Jika anda merasakan gaji tersebut tidak setimpal dengan usaha keras itu, cuba berunding dengan majikan agar membuat kenaikan gaji. Usah khuatir untuk meminta kenaikan gaji dan tidak salah menyuarakan hasrat tersebut. Relevan kongsikan lima tip yang dicadangkan di laman web money.usnews.com untuk anda cuba. 1. Tentukan jumlah kenaikan yang ingin diminta Sebagai langkah pertama, anda perlu melengkapkan diri dengan data gaji yang kukuh berkaitan industri, jawatan, lokasi dan pengalaman anda untuk meyakinkan majikan bahawa perlu membayar gaji lebih daripada yang diterima sekarang. Mulakan proses dengan mendapatkan…

Read More

MENIKMATI sekurang-kurangnya secawan kopi setiap hari merupakan satu kemestian bagi pencinta kopi sebelum memulakan aktiviti seharian. Menurut pakar perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, kopi yang mengandungi kafein sangat diperlukan untuk mendapat kesegaran pada setiap pagi. Tanpa kopi dan kafein, mereka akan rasa mengantuk serta tidak bersemangat. Namun, persoalannya apa yang akan berlaku jika terlebih minum kopi? Atau dengan kata lain pengambilan kafein berlebihan dos. “Badan pemantau kesihatan, U.S. Food and Drug Administration (FDA) mengatakan pengambilan kafein kurang dari 400 miligram adalah selamat. “Lebih dari dos ini kesan baik akan digantikan dengan kesan buruk,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.…

Read More

KITA sering mendengar iklan tentang kebaikan multivitamin seperti dapat mengurangkan risiko untuk mengidap penyakit jantung, kanser dan dapat mengurangkan masalah kemerosotan kognitif. Persoalannya, adalah kita benar-benar perlu mengambil multivitamin untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mencegah pelbagai penyakit? Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran, tidak semua orang memerlukan vitamin tambahan kerana ia boleh diperoleh daripada diet pemakanan harian yang cukup untuk memberikan nutrisi terbaik kepada badan kita. Dalam hal ini, pelbagai kajian dilakukan untuk melihat keberkesanan multivitamin, antaranya kajian melibatkan 450,000 orang mendapati, multivitamin tidak mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau…

Read More

DALAM dunia saham, pelabur runcit boleh dikategorikan kepada dua iaitu pedagang saham (trader) dan pelabur yang mana masing-masing memainkan peranan dan menggunakan kaedah atau konsep berbeza. Secara ringkasnya, trader ialah mereka yang menjalankan kegiatan beli dan jual saham dalam masa singkat iaitu bawah setahun. Pedagang saham ini juga akan menggunakan analisa teknikal yang berpandukan kepada carta. Pelabur pula membuat pelaburan dalam jangka yang agak panjang iaitu sekitar lima atau 10 tahun dengan mencari syarikat-syarikat berpotensi besar dan kukuh. Selain itu, pelabur akan melihat kepada analisis fundamental seperti penyata pendapatan, tahap kewangan dan kunci kira-kira. Terdapat pelbagai jenis pelabur iaitu pelabur…

Read More

SERING kita dengar orang berkata, “hidup zaman sekarang tidak cukup jika melakukan satu pekerjaan”. Ia berikutan kos hidup yang sangat tinggi dan juga pada masa sama memenuhi tuntutan kemahuan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, mahu atau tidak, kita perlu mencari satu atau lebih pekerjaan sambilan untuk menambah pendapatan dan menjalani hidup lebih selesa. Berikut tujuh tip yang dikongsikan oleh laman web carian kerja terkenal, Indeed.com untuk mengimbangi hidup sekiranya melakukan pekerjaan sambilan. 1. Fleksibiliti maksimum Jika anda mempunyai pekerjaan sambilan pertama dan sedang memburu pekerjaan sambilan kedua. Cuba cari yang menawarkan fleksibiliti sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda lebih peluang…

Read More

SEBANYAK 24,466 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam berbanding kelmarin 27,299 kes. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,419,636 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 105 kes atau 0.43 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 24,361 kes atau 99.57 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 15,657 atau 63.99 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 8,704 kes atau 35.58 peratus dan kategori 3 sebanyak 51 kes atau 0.21 peratus. “Bagi kes kategori 4 pula…

Read More

JANGKITAN kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan rekod baharu apabila semalam sebanyak 32,070 kes dilaporkan. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,337,227 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 180 kes atau 0.56 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 31,890 kes atau 99.44 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 masih lagi yang tertinggi iaitu 23,674 atau 73.82 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 8,216 kes atau 25.62 peratus dan kategori 3 sebanyak 95 kes…

Read More

MALAYSIA mencatatkan kes jangkitan Covid-19 harian yang tertinggi semalam iaitu sebanyak 31,199 kes. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,305,157 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 194 kes atau 0.62 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 31,005 kes atau 99.38 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 masih lagi yang tertinggi iaitu 20,834 atau 66.78 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 10,171 kes atau 32.60 peratus dan kategori 3 sebanyak 102 kes atau 0.32peratus. “Bagi kes…

Read More

CABARAN utama mereka yang bertugas syif malam ialah gangguan masa tidur yang mana sudah menjadi fitrah manusia untuk tidur pada waktu malam dan bekerja pada siang hari. Tidur yang tidak teratur kerana bertugas syif malam itu akan memudaratkan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Laman web University Of ST. Augustine For Health Sciences berkongsi tip untuk kekal sihat walaupun bekerja syif malam. 1. Amalkan tidur yang baik Latih diri untuk tidur mengikut jadual yang ditetapkan dan wujudkan persekitaran yang kondusif, bersih serta selesa untuk mendapatkan tidur nyenyak. Elakkan pendedahan cahaya yang terlalu terang ketika tidur pada waktu siang hari dengan…

Read More

JANGKITAN Covid-19 mencatatkan 27,179 kes baharu semalam berbanding 25,099 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,273,958 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 172 kes atau 0.63 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 27,007 kes atau 99.37 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2. “Kes kategori 2 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 19,215 atau 70.70 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 7,792 kes atau 28.67 peratus dan kategori 3 sebanyak 102 kes atau 0.37 peratus. “Bagi kes kategori 4…

Read More