Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pulmonari hipertensi bakal menyebabkan kegagalan jantung

    Pulmonari hipertensi bakal menyebabkan kegagalan jantung

    By Zubaidah IbrahimMarch 28, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: ijeab - www.freepik.com

    PULMONARI hipertensi merupakan salah satu masalah darah tinggi yang berpunca daripada salur darah atau arteri di bahagian paru-paru dan juga bahagian kanan jantung. 

    Antara punca terjadinya masalah itu adalah pembuluh darah semakin sempit, salur darah tersumbat atau kerosakan salur darah di bahagian paru-paru.

    Ketiga-tiga penyebab itu membuatkan pengaliran darah di paru-paru menjadi perlahan dan tekanan darah di bahagian arteri tersebut meningkat.

    Oleh itu, jantung terpaksa be­kerja dengan lebih keras untuk memastikan perjalanan darah adalah optimum. Apabila jantung bekerja secara maksimum, lama-kelamaan ia akan menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan optimum.

    Menurut Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Iskandar Mirza Amran, sesetengah pesakit pulmonari hipertensi mendapat kegagalan jantung secara perlahan-lahan dan ada yang berlaku secara mendadak.

    “Walaupun sesetengah masalah pulmonari hipertensi tiada penawarnya tetapi rawatan yang diterima di hospital boleh mengurangkan gejalanya dan dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

    “Kebiasaannya, pesakit akan mendapat gejala berkaitan penyakit ini secara perlahan-lahan,” katanya.

    Simptom

    Simptom boleh dilihat dalam tempoh berbulan-bulan atau beberapa tahun. Antaranya seperti berikut:

    •       Sesak nafas yang berterusan.
    •       Pada mulanya sesak nafas berlaku semasa bersenam. Ia kemudian menjadi semakin teruk yang mana pesakit akan mendapat sesak nafas walaupun semasa berehat.
    •       Sentiasa rasa letih, tidak bermaya, mahu pitam, pe­ning, sakit atau rasa menekan di bahagian dada, bibir dan kulit menjadi biru serta jantung berdebar.

    Sementara itu, jantung normal mempunyai empat ruang iaitu dua ruang di bahagian atas yang dinamakan atria dan dua lagi di bahagian bawah (ventrikel).

    Setiap kali darah yang tidak ber­oksigen melalui jantung, bahagian bawah jantung kanan atau ventrikel kanan akan mengepam darah kepada paru-paru me­lalui salur darah utama dinamakan pulmonari arteri.

    Semasa darah tidak beroksigen me­lalui paru-paru, karbon dioksida akan dilepaskan dan oksigen akan diserap oleh sel darah merah.

    Semua proses pemindahan oksigen ini berlaku secara mudah melalui salur darah di paru-paru (pulmonari arteri), salur darah kapilari dan vena.

    Ia akan disalurkan terus kepada bahagian jantung sebelah kiri. Namun, jika terdapat perubahan pada sel-sel di bahagian pulmonari arteri, dindingnya akan menjadi keras, bengkak dan tebal.

    Proses ini menyebabkan pergerakan darah menjadi perlahan atau terhenti kepada paru-paru, menyebabkan masalah pulmonari hipertensi.

    Terdapat beberapa risiko yang membuatkan seseorang itu boleh mendapat masalah pulmonari hipertensi.

    Antaranya, sejarah keluarga yang mempunyai masalah pulmonari hipertensi, berat badan berlebihan atau obesiti, masalah pembekuan darah tidak normal atau mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah darah beku di paru-paru serta terdedah kepada asbestos.

    Komplikasi

    Antara komplikasi penyakit pulmonari hipertensi adalah pembengkakan otot di bahagian kanan jantung dan kegagalan jantung.

    Bahagian kanan jantung akan membengkak bagi mengepam darah dengan lebih efisien kepada paru-paru disebabkan salur darah pulmonari arteri yang mengecil atau tersumbat.

    Jika pembengkakan itu semakin teruk, otot jantung tidak mampu untuk mengepam dengan sempurna dan kegagalan bahagian kanan jantung berlaku.

    Pesakit juga berhadapan risiko me­ngalami darah beku di bahagian salur darah di paru-paru, pengepaman jantung tidak sekata, pendarahan paru-paru dan komplikasi semasa mengandung yang boleh menyebabkan risiko keguguran.

    Pelbagai ujian akan dilakukan oleh doktor jika pesakit mempunyai simptom pulmonari hipertensi.

    Antaranya ujian darah, pengimejan iaitu x ray dada, echocardiogram, imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

    Selain itu, ujian elektrokardiogram, right heart catheterization, turut dibuat selain mengambil sampel biopsy di bahagian paru-paru.

    Rawatan

    Dalam pada itu, terdapat pelbagai jenis rawatan bagi masalah pulmonari hipertensi. Seperti dimaklumkan sebelum ini, rawatan adalah untuk melambatkan proses komplikasi dan juga me­ningkatkan kualiti hidup dengan me­ngurangkan simptom sesak nafas.

    Antara rawatan tersebut termasuk pemberian ubat bagi membuka salur darah paru-paru yang mengecil atau tersumbat.

    Selain itu, ubat pencair darah atau warfarin turut diguna untuk mengurangkan risiko pembentukan darah beku di bahagian salur darah paru-paru.

    Bagi pesakit yang mempunyai masalah rentak jantung tidak sekata, mereka diberikan ubat bagi memastikan jantung boleh mengepam dengan lebih kuat dan efisien.

    Terapi oksigen pula diberikan kepada sesetengah pesakit yang mempunyai masalah sleep apnea atau tinggal di kawasan beraltitud tinggi. Namun, jika semua rawatan di atas tidak dapat mengurangkan simptom tersebut, maka pembedahan akan dilakukan.-RELEVAN

     *Artikel ini disunting dari artikel “Pulmonari hipertensi beri risiko kegagalan jantung yang disiarkan di Kosmo! pada 18 Mac 2022

    featured jantung
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.